Membuat Kuih Lapis

Kuih-muih tempatan enak dimakan untuk minum petang. Antara kuih-muih yang menjadi kegemaran keluarga saya ialah kuih lapis. Untuk memasak kuih lapis, kita menggunakan cara kukus. Didihkan air 3/4 penuh. Loyang yang digunakan dalam resipi ini berukuran 10 inci. Griskan loyang dengan sedikit minyak dan panaskan ia selama 3 minit kemudian barulah dituangkan adunan. Setelah masak, sejukkan selama beberapa jam barulah dipotong. Gunakan pisau tajam yang dibasahkan dan potong mengikut bentuk disukai.

Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubikayu
1 cawan gula pasir
600 ml santan pekat
800 ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan hijau

Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, santan dan air dalam sebuah mangkuk.Gaul hingga adunan sebati.Tapiskan untuk membuang gentel tepung.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan merah dan hijau.
3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan hijau dalam loyang.
Tutup periuk kukus dan kukus 10 minit.
4. Tuangkan pula adunan merah dan kukus 10 minit. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis. Lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. Apabila kuih telah masak, angkat dan sejukkan.

3 comments:

LYNN said...

Harap halalkan resepi nak cuba drp kak ani pulak..selalu resepi drp makcik dan nenek dikanpung letak rempah sikit..pada layer yg putih tu...

Unknown said...

sye hrap lbih byk lgi rsepi yng kak wat ye.

Unknown said...

HalaLkan ya sis saya mahu mencuba resepi dari sis..

Popular Posts