Showing posts with label Bayar Yuran. Show all posts
Showing posts with label Bayar Yuran. Show all posts
BAYARAN YURAN KURSUS
Assalamualaikum kepada para pelawat semua. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada para peserta yang telah membuat bayaran untuk kursus Kek Keju 27/11/2010 dan Kursus Hiasan Kek pada 28/11/2010. Hanya ada 2 kekosongan lagi untuk 27/11 dan 8 tempat kosong lagi untuk kursus Hiasan Kek.Peserta terhad kepada 20 orang saja.Kepada peserta yang telah membuat pembayaran, hendaklah sms nama anda dan tarikh kursus yang ingin disertai. Slip bayaran hendaklah dibawa semasa hadir pada hari kursus nanti.Anda tidak perlu membawa apa-apa barang kecuali pen saja kerana semua bahan dan peralatan akan disediakan. Kepada anda yang telah menempah untuk kelas 4 dan 5 Disember iaitu Kelas Frozen Food dan Kek Cawan dan Hiasan, bolehlah membuat pembayaran yuran dari sekarang.
PERATURAN BARU UNTUK DAFTAR KURSUS
Assalamualaikum diucapkan kepada para pelawat di Resipinoraini.Saya berharap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya ingin mewar-warkan satu peraturan baru untuk mengikuti kursus di Aniz Baking Centre.Saya bersyukur kerana kursus-kursus masakan yang kami anjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari anda semua.Bagaimanapun, ada beberapa perkara kurang enak yang perlu diperbetulkan agar menjadi lebih kemas dan teratur.Peraturan ini akan berkuat-kuasa mulai kursus 27 November 2010.
Ini berkenaan dengan pendaftaran peserta. Memang ramai yang memberi nama untuk mengikuti kursus sehingga ada sesetengah kelas yang terlebih peserta. Tetapi ramai yang cancel walaupun telah memberi pengesahan kehadiran . Seringkali dengan alasan yang remeh-temeh, bakal peserta sewenang-wenangnya membatalkan kelas. Tentunya kami tidak menggemari tabiat seperti ini diteruskan.Ini menutup peluang orang yang benar-benar berminat. Kami hanya mahukan peserta yang serius dan betul-betul memberikan komitmen untuk hadir.
Oleh itu, mulai kelas 27 November 2010, sesiapa yang berminat mengikuti sebarang kursus di Aniz Baking Centre hendaklah membuat bayaran penuh RM150 sebelum menghadiri kursus. Tiada diskaun untuk bekas peserta kerana harga barang sudah naik mendadak.Semua orang membayar harga yang sama iaitu RM150.(Yuran kursus tidak dinaikkan)
1. Bank-in bayaran anda RM150 kemana-mana cawangan MAYBANK. Bayar atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS. No akaun : 562900001799
2. Setelah membuat bayaran, faks slip bayaran ke 03-31675408 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com atau ani_zakaria@yahoo.com.my
3. Hantar sms ke 014-3247478 memberitahu bayaran telah dibuat dan sertakan nama anda dan tarikh kursus yang ingin diikuti. Nama anda akan dimasukkan dalam senarai peserta.
4. Kami akan menyemak bayaran anda secara online.
5. Pada hari kursus, sila bawa slip bayaran anda untuk pengesahan.
6. Sekiranya anda tidak dapat hadir kursus tetapi bayaran telah dibuat, anda boleh menukar tarikh kursus yang lain.
7. Bayaran hendaklah dibuat sekurang-kurang 4 hari sebelum kelas berlangsung.
8. Tempat terhad kepada 20 peserta saja. Siapa membuat bayaran dulu, dia mendapat tempat.
Apa-apa kemusykilan, bolehlah emel ke admin@anizbakingcentre.com atau ani_zakaria@yahoo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secar...
-
Januari 2020 TARIKH & MASA KURSUS 4/1/2020 (Sabtu) 9.30 pg – 2.30 ptg FROZEN FOOD PART 1 (RM16...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...