Mee Hailam

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:



Masakan dari mee memang menjadi kegemaran keluarga saya. Samada untuk sarapan pagi mahupun minum petang, mee selalu menjadi hidangan. Salah satu yang menjadi kegemaran anak-anak saya ialah mee hailam. Membuat mee tidaklah susah. Yang penting perencahnya cukup. Satu petua ialah gunakan air stok untuk membuat kuahnya.Air stok adalah air rebusan tulang ayam, daging atau udang. Perencahnya mesti cukup samada ayam, daging, udang atau sotong. Manisan dari bahan-bahan inilah yang menyedapkan lagi mee anda samada mee goreng, mee bandung atau apa saja mee. Satu lagi petua ialah, basuh dahulu mee dibawah air paip supaya minyak dan rasa sodanya hilang agar tidak menjejaskan rasa mee anda.

Bahan-bahan :

1 peket mee kuning
200 gm daging, direbus
100 gm udang
100 gm isi ayam, dicincang
2 tangkai sawi
1 batang lobak merah, dicincang panjang
3 sudu besar cili kisar
5 biji cili api, di ketuk
1/2 cawan kicap pekat
2 cawan air rebusan daging
garam dan perasa
1/3 cawan minyak, untuk menumis

Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging yang telah dihiris halus, isi ayam dan udang. Kacau hingga ayam empuk.
3. Masukkan air rebusan daging, lobak, kicap dan 1 cawan air. Biarkan mendidih. Jika mahu kuah banyak, tambahkan air.
4. Masukkan mee, sawi dan cili api. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan garam dan perasa. Angkat dan hidangkan.

3 Responses to "Mee Hailam"

SARINA SANGKALA Says :
June 7, 2010 at 2:29 AM

waaa..akhirnya jumpa resipi nie..nak cuba lah..tenks kak..=)

eykin hamid Says :
June 2, 2012 at 1:52 AM

akhir nye jumpe gak resepi mee hailam yg seng..arigato gozaimasu

eykin hamid Says :
June 2, 2012 at 1:53 AM

akhir nye jumpe gak resepi mee hailam yg seng..arigato gozaimasu

Post a Comment

Resipi Noraini Copyright © 2009 Designed by Ipietoon for Bie. Vector by DaPino. Edited by Aqmalbaik 2010 for Resipi Noraini