Jadual Bulan Mac 2012

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Berikut adalah jadual bulan MAC 2012

10/3/12  - FROZEN FOOD PART 1
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Karipap biasa, Karipap pusing, Donat, Kuih Kasturi,Samosa, Popia dan Apam Dot-Dot.Penerangan mengenai cara penyimpanan dan pembungkusan.

11/3/12 -  ANEKA PASTRI
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Mempelajari cara membuat puff pastry seperti Puff Sardin,Chicken Pie, Apple Pie,Portugese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur dan Cream Puff.

17/3/12 - KEK LAPIS SARAWAK
10 pg - 5 ptg (RM130)
Resipi : Kek Lapis Betawi,Kek Lapis Semarak,Kek Lapis Kincir Angin,Kek Lapis Prun,Roll Domino dan Roll Tikar.Promosi istimewa- yuran hanya  RM130 untuk bulan Mac saja.

18/3/12 -  BAHULU DAN SWISSROLL
10 pg - 5 ptg (RM150)
Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti bahulu pandan, bahulu cappucino, bahulu lapis dan bahulu gulung.Membuat Swissroll Marble,Benji Roll dan Swissroll Trio Manis.

24/3/12 - HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA
10 pg - 5 ptg (RM150)
Membuat Kek Span, membancuh krim mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang,bunga ros, daun dan lain-lain.Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang dihias sendiri.

25/3/12 - HOMEMADE CHOCOLATE
10 pg - 3 ptg (RM150)
Mengenali jenis-jenis coklat.Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan.Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya.Membuat coklat truffle, coklat oreo,lolipop.Pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.

31/3/12 - ANEKA KEK DAN KUIH KUKUS
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Kek Coklat Lembap,Kek Buah Kukus, Kek Sarang Semut,Kek Lapis Asam Manis,Apam Tepung gandum,Apam Gula Hangus,Apam Coklat dan Apam Kaya Blossom.

1/4/12 - BISKUT RAYA UNTUK PERNIAGAAN
10 pg - 5 ptg (RM150)
Resipi : Biskut Almond London, Biskut Tat Gulung, Tat Nyonya,Mama Carrie,Biskut Cip Coklat,Biskut Semperit,Biskut Fancy Aiskrim dan Biskut Shortbread Coklat.Resipi bonus dan Buku Biskut percuma.Tip dan panduan membuat bisnes biskut raya.

Jadual Bulan Mac 2012

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Untuk mengikuti jadual lengkap bulan Mac 2012, sila layari laman web kami www.anizbakingcentre.com  . Sekian, terimakasih.

Kursus Bulan Februari 2012

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Sepanjang bulan Februari 2012 telah berlangsung 6 kursus yang telah dihadiri oleh lebih  kurang 100 orang peserta yang datang dari seluruh negara.Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakkan dan ianya memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan penganjuran kursus-kursus masakan pada masa akan datang.Tahniah diucapkan kepada yang telah hadir dan saya mendoakan kejayaan anda semua.Saya akan memuatkan beberapa keping gambar peserta-peserta kursus sepanjang bulan Februari ini.Maaflah ada beberapa kelas yang tidak ada gambar kerana kamera tak ada pada hari tersebut.

Para peserta kursus Frozen Food Part 2 bersama Chef Noraini.

Antara Kek Coklat yang dipelajari.

Para peserta kursus Kek Coklat dan Hiasan.

Chef Noraini bersama peserta Kursus Biskut Raya.

Aneka Kek Cawan .

Peserta kursus Kek Cawan bersama Chef Noraini.

Kursus Talam dan Kek Cawan - 21 & 22/1/2012

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Peserta kursus kuih talam bersama kuih-muih yang dihasilkan.

Peserta kursus kek cawan dan mufin sedang menghias kek.

Antara mufin yang telah dihasilkan.
Pembuka tirai pada tahun ini ialah Kursus Talam dan Kursus Kek Cawan yang diadakan pada 21/1 dan 22/1.Tahniah kepada para peserta yang hadir.Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan apabila pulang ke rumah nanti.

Selamat Tahun Baru 2012

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pelawat semua.Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada anda.Semoga tahun baru ini akan memberi lebih keceriaan dan kebahgiaan kepada anda semua. Kursus di Aniz Baking Centre akan bermula pada 21/1/2012 hinggalah bulan Julai sebelum kita menyambut Ramadan.Ramai yang  bertanya, kenapa lambat sangat bermula kelas tahun ini.Sebenarnya saya ada sesi fotografi untuk buku terbaru saya "Variasi Kek Keju".Jadi kelas bermula agak lewat sikit.

Jadual Baru Tahun 2012

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Aniz Baking Centre telahpun mengeluarkan jadual baru untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2012. Jadual boleh diikuti di blog ini atau layari www.anizbakingcentre.com . Jika berminat membuat tempahan kursus, sms ke 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com . Jika anda menghantar sms, sila beritahu untuk tempahan kursus, berikan nama penuh anda dan tarikh kursus yang ingin dihadiri.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK -562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors, selewat-lewatnya seminggu sebelum kursus berlangsung.

Kursus Homemade Chocolate dan Kek Cawan Ada Kosong.

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Dua lagi kursus akan berlangsung minggu ini iaitu Kursus Homemade Chocolate dan juga Kursus Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat boleh sms nama dan tarikh kursus ke no.014-3247478.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK no: 562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors.
Pelbagai jenis produk homemade chocolate yang dipelajari.

Pelbagai hiasan kek cawan dari krim mentega.

Kursus Frozen Food dan Roti - 17 &18/12/2011

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Dua kursus telah berlangsung pada minggu lepas iaitu kursus Frozen Food dan Kursus Roti.Kursus telah berlangsung dengan jayanya dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang hadir.Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan apabila pulang ke tempat masing-masing.

Peserta kursus Frozen bergambar kenangan.

Kuih-muih frozen yang telah dihasilkan leh peserta.

Ini pula peserta kursus roti yang turut dihadiri 3 jejaka.

Kelas Terakhir Tahun 2011

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Masih ada lagi 4 kelas yang akan berlangsung pada bulan Disember sebelum kami menutup tirai 2011.Pada 17/12- Frozen Food Part 1 iaitu mempelajari pelagai jenis kuih-muih yang boleh dibekukan.18/12 - Aneka Roti.Anda akan mempelajari cara membuat pelbagai jenis roti ban manis,donat, roti pizza dan roti kentang.Pada 24/12 - Homemade Chocolate.Cara-cara membuat coklat buatan tangan dari dapur anda sendiri,tidak perlu peralatan mahal.Manakala pada 25/12- Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Semua kelas masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Puan Noraini di talian 014-3247478 atau sms nama penuh dan tarikh kursus ke nombor yang sama juga.

Kursus Talam dan Kek Popular -10 &11/12/2011

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Peserta kursus talam bergambar kenangan.
Peserta kursus kek popular.
Peserta kursus talam sedang memotong kuih-muih.
Kursus Talam dan Kek Popular telah berlangsung pada minggu yang lalu.Ramai peserta yang hadir ke kursus ini.Tahniah diucapkan kepada anda yang menghadiri kursus ini dan ada peserta yang sanggup datang dari jauh seperti dari Singapura, Kluang dan Kuantan .Pengorbanan anda tentunya tidak akan sia-sia.Manfaatkanlah ilmu yang telah dipelajari itu dengan sebaiknya.

Resipi Noraini Copyright © 2009 Designed by Ipietoon for Bie. Vector by DaPino. Edited by Aqmalbaik 2010 for Resipi Noraini