Akak ni dah lama teringin nak makan kuih Pau. Hari tu pergi Jusco belilah Pau. Mak oi, mahalnya Rm2.00 seketul. Akak ni fobia nak buat pau sebabnya selalu tak menjadi. Sebelum kukus nampak ok naiknya tapi setelah dikukus,jadi kecut dan berkedut-kedut kulitnya. Tak tahulah apa sebabnya. Mungkin pakai tepung gandum , tak cukup uli atau tak letak serbuk penaik agaknya. Dipendekkan cerita, akak pun ronda-ronda dalam internet dan terjumpalah satu resipi pau yang agak berlainan sedikit resepinya dari biasa. Jadi akak cubalah resipi tu dan alhamdulillah, menjadi. Baru kali inilah resipi pau ku menjadi lembut dan kenyal. Anak-anak semua puji pau ni sedap. Intinya akak letak inti kaya (beli siap) dan inti kacang merah (buat sendiri). 2 hari makan pau ni, siap bawak bekal pergi sekolah lagi. Istimewanya pau ni boleh dipanaskan semula bila dah sejuk. Ia akan lembut semula.
Antara petua-petua membuat pau ini ialah :
1. Gunakan tepung pau kerana lebih putih .Pau akan jadi lembut dan kenyal.
2. Setelah diadun menjadi doh hendaklah diuli dengan tangan selama 15 minit hingga doh lembut. Jika guna mesin lebih baik.
3. Rehatkan doh selama lebihkurang 45 minit agar ia naik 3 x ganda.
4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin dan boleh dicanai.
5. Setelah diisikan inti, rehatkan lagi doh 20 minit hingga ia naik 2 x ganda.
6. Air hendaklah mendidih baru masukkan pau.
7. Boleh gunakan pengukus aluminium atau pengukus buluh.
8. Pau yang telah dibentuk disusun dalam dulang kecil yang muat dimasukkan dalam pengukus.
9. Lapik penutup kukus dengan kain nipis agar air tak menitik.
10. Kukus pau selama 15 minit dengan api besar.
11. Simpan pau yang telah sejuk dalam bekas bertutup agar tidak kering.
12. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula dan menjadi lembut semula.
5 comments:
kak noraini, apa beza tepung pau dgn tepung roti biasa? kalau takde tepung pau, paling sesuai ganti dengan tepung roti atau tepung superfine? terima kasih > saya yang baru belajar :D
Siti,
Tepung pau adalah tepung protin tinggi sama macam tepung roti.Tetapi ia lebih putih.Kalau takda tepung pau, boleh guna tepung roti atau tepung allpurpose.Tetapi jika guna tpg allpurpose, ia lembut tetapi kurang kenyal. Semoga berjaya.
camana nak buat pau mentega? dah cuba buat, tp mentega cair.. apakah jenis mentega yg nak digunakan untuk inti nya?
Mcmna nak bgi pau putih?
Mcmna nak bgi pau putih?
Post a Comment