Showing posts with label kursus kek lapis. Show all posts
Showing posts with label kursus kek lapis. Show all posts

Kursus Kek Lapis Sarawak 22 Mei Masih Ada Kosong

Assalamualaikum, apa khabar para pengunjung semua. Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin memberitahu bahawa pada hari Sabtu ini akan diadakan kursus Kek Lapis Sarawak. Kursus ini masih ada beberapa kekosongan tempat. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah menghubungi Puan Noraini  di no.014-3247478. Yuran promosi adalah RM120 saja. Anda tidak perlu membawa apa-apa barang kecuali pen dan yuran saja.

Kursus Kek Lapis 7/3 masih ada kosong.

Kepada anda yang berminat untuk mempelajari cara membuat Kek Lapis Tradisional dan juga Lapis Sarawak, jemputlah mengikuti kursus ini yang akan diadakan pada hari Ahad 7/3/2010 di Aniz Baking Centre, Taman Samudra. Yuran istimewa diberikan kepada para peserta iaitu RM120 untuk bengkel sehari dari pukul 10 pg hingga 5 petang. Yuran ini adalah yang termurah jika dibandingkan dgn tempat-tempat lain.
Anda akan diajar pelbagai jenis kek lapis seperti Kek Lapis Prun Tradisional,Kek lapis Semarak, Kek lapis Kincir Angin, Kek Lapis Tembikai,Roll Domino, Roll Tikar dan beberapa resipi bonus.Anda juga diberikan tip dan panduan membuat kek lapis. Anda  boleh membeli buku Variasi Kek Lapis dengan harga diskaun rm17.00 saja.Kepada yang berminat boleh menghubungi Puan Noraini di talian 03-31675408/014-3247478.Tempat terhad kepada 20 peserta saja.

Kursus Kek Lapis 13 Jun 2009


Puan Fathilah dan para peserta bergambar kenangan.


Kek Lapis Rintik

Kek Lapis Zig-Zag


Para peserta sedang asyik mendengar penerangan Puan Fathilah.

Pada hari Sabtu yang lepas,telah diadakan kursus Kek Lapis yang telah diajar oleh Puan Fathilah Omar.Seramai 7 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Kalau ada yang tak faham tu, boleh call beliau ok.Mari kita tengok gambar-gambarnya.

Promosi Kursus Kek Lapis RM90 saja.

Disebabkan ada halangan yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menunda kursus kek lapis sarawak pada 10 Mei. Sebagai gantinya kursus Kek Lapis Komersil akan diadakan pada 16 Mei (Sabtu). Resipi yang akan diajar dalam kursus ini ialah Kek Lapis Betawi, Kek Lapis Kukus Sri Wangi,Kek Lapis Rintik dan Kek Lapis Keju Zig-Zag.Turut diberikan resipi bonus seperti Kek Lapis Prun dan Kek Lapis Asam Manis. Untuk kelas ini anda hanya perlu membayar RM90 sahaja. Kelas bermula pukul 9.30 pagi hingga 1.30 tgh. Kepada yang berminat, sila sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478/03-31675408.

Kursus Kek Lapis 22 Mac 2009


Para peserta kursus kek lapis.Maaflah gambarnya jadi biru pulak.


Sedang mencuba potong kek lapis bercorak.

Untuk bulan Mac ini telah berlangsung kursus membuat Kek Lapis Sarawak pada 22 Mac yang lalu. Seramai 8 peserta telah menghadiri kursus hands-on ini. Mereka telah mempelajari pelbagai jenis kek lapis sarawak dari yang asas hinggalah yang bercorak dan bergulung. Tak susah membuat kek lapis ini cuma masa membuatnya yang agak panjang. Berkat dari kesabaran anda itu, anda pasti berbangga dengan hasilnya nanti. Selamat berjaya diucapkan kepada anda semua.

Kursus Kek Cawan dan Kek Lapis Sarawak


Kek lapis bercorak, tak susah membuatnya.


Pelbagai jenis design kek cawan.

Kursus Kek Cawan dan Cara Menghias dengan Krim mentega, pes gula dan royal aising akan diadakan pada Sabtu, 14 Februari manakala Kursus Kek Lapis Sarawak akan diadakan pada Ahad, 15 Februari. Untuk kelas kek cawan anda akan belajar menyediakan 4 jenis kek cawan + 3 resipi bonus, membuat krim mentega (jenis komersil), membuat pelbagai paten hiasan kek dan menghias kek cawan anda sendiri dengan krim mentega. Saya juga akan menunjukkan anda cara membuat pes gula (sugarpaste) dan royal icing. Manakala untuk kelas kek lapis sarawak anda akan didedahkan dengan rahsia-rahsia dan teknik membuat kek lapis sarawak yang pelbagai corak. Setelah anda mempelajarinya, anda boleh membuat pelbagai jenis corak kek lapis dengan kreativiti anda sendiri. Kedua-dua kelas sudah ada peserta seramai 13 orang.Sesiapa yang berminat, sila daftar awal agar tidak kecewa nanti. Hubungi 014-3247478 atau sms pun boleh.Jika anda menghantar emel,pastikan anda sertakan no.hphone sekali untuk confirmation kelas ini.

Kursus Kek Lapis 9 Nov 2008


Sebahagian peserta bergambar kenangan.

Seramai 19 orang peserta telah mengikuti kursus Kek Lapis Bakar dan Kukus (asas) yang telah diadakan di Akademi Bakeri Ria pada minggu yang lepas. Nampaknya para peserta telah menunjukkan kesungguhan masing-masing dalam menghasilkan kek lapis yang cantik. Bagaimanapun kerana para peserta masih baru mempelajari pembuatan kek lapis, tentulah ada kekurangan disana-sini. Saya berharap anda semua mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan tentunya kek lapis buatan anda akan bertambah baik dari masa ke semasa. Selamat maju jaya diucapkan kepada para peserta semua.

Kursus Kek Lapis - 10 Ogos


Sebahagian peserta bergambar kenangan.


Dua peserta dari Singapura,Mastura dan Mazna bergambar bersama cikgu.

Alhamdulillah, kursus kek lapis yang terakhir untuk tahun ini telahpun selesai. Seramai 27 orang peserta telah menghadiri kursus sehari itu. Ada yang datang dari Perak, Johor, Pahang, Melaka , Singapura dan juga sekitar Selangor dan KL. Masing-masing menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk mempelajari pembuatan kek lapis tradisional dan kek lapis moden terutama kek lapis Sarawak. Saya berharap ilmu yang dipelajari selama sehari itu dapat dipraktikkan. Makin banyak kita mencuba dan membuat praktikal makin bertambah kemahiran atau skill kita. Mula-mula buat kek lapis mungkin tidak perfect jadinya tetapi lama kelamaan anda akan bertambah pandai dan kek lapis yang dihasilkan juga akan bertambah cantik rupanya. Kek lapis ini boleh dibuat awal dan tahan 1- 2 bulan jika dibalut dengan plastic wrap atau kertas aluminium dan simpan di dalam petisejuk (chiller). Ia juga boleh dibekukan (frozen) sehingga 3 bulan walaupun tanpa pengawet. Jangan lupa menghidangkan kek lapis untuk hari raya nanti.

Kursus Kek Lapis - 27 Julai 2008


Sebahagian peserta kursus kek lapis.


Baru belajar nak melapis ni.


Seronok nampaknya peserta kita.

Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus kek lapis pada 27 Julai yang lepas. Saya sungguh berbangga kerana ada yang sanggup datang dari jauh seperti Singapura, Batu Pahat, Gemas, Kuantan dan lain-lain semata-mata untuk menimba ilmu.Syabas diucapkan kepada anda semua. Saya berharap anda semua akan mempraktikkan ilmu yang dipelajari pada hari ini. Sekurang-kurangnya biarlah pulang modal, anda dapat ilmu dan boleh pula dijadikan sumber pendapatan sampingan kerana kek lapis memang popular dan sentiasa ada pasaran.

Kursus Kek Lapis 29 Jun 2008




Para peserta dan aksi mereka membuat kek lapis

Kursus Kek Lapis telahpun berlangsung semalam dan seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus sehari ini. Peserta bukan setakad datang dari sekitar KL dan Selangor sahaja, malahan dari Kota Bharu dan Batu Pahat pun sanggup datang untuk menimba ilmu. Syabas di ucapkan kepada anda yang kuat semangat ini. Beberapa resipi telah diajar seperti dua jenis kek lapis tradisional, dua jenis kek lapis moden (sarawak) dan 5 paten kek lapis roll. Saya berharap dengan latihan praktikal dan tunjukajar yang telah diberikan, anda semua akan berjaya menghasilkan kek-kek lapis yang cantik dan enak untuk hidangan di hari raya nanti. Bila sudah ada kemahiran dan keyakinan, boleh mengambil tempahan pula. Jadi dapatlah menambah pendapatan keluarga, maklumlah hari ini kos kehidupan dah semakin mahal. Tentang buku Variasi Kek Lapis,ramai yang hampa kerana tidak dapat membeli buku ini. Insyaallah sebulan dua lagi baru ada di pasaran kerana dalam proses cetakan ketiga. Harap bersabarlah ya.

Kursus Kek lapis -27/4/2008


>>Masing-masing nak mencuba buat kek lapis.


>>Pasa peserta kursus bergambar ramai .


>> Kek inti untuk kek lapis gulung

Alhamdulllah, syukur kepada Ilahi kerana Kursus Kek Lapis yang diadakan pada 27/4/2008 telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Seramai 21 orang peserta telah menghadiri kursus praktikal sehari ini. Yang paling menggembirakan saya ialah ramai orang luar KL yang datang seperti dari Terengganu, Pulau Pinang dan Johor Baru.Saya sungguh berbangga dengan keazaman mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menamatkan kursus. Dah ada ilmu tu praktikkan bila sampai di rumah nanti. Akhirkata dari saya "practice make perfect" .

Kursus Kek Lapis 3





>>Peserta kursus bergambar kenangan

Bersua kembali di halaman ini. Dah beberapa hari tak update sebab sebab sebuk buat persiapan untuk kelas kek lapis pada 30/3/2008. Alhamdulillah kursus telah berjalan dengan lancar dan seramai 12 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Mereka ialah Afidah,Siti Zaliah, Norazian,Faizah,Yusnita,Rozanna,Hafsah, Wan Rogayah, Bunaiyah,Gidah, Suraya dan Faridah. Ada yang datang dari Seremban dan Segamat, Johor. Demi kerana menuntut ilmu, mereka sanggup datang dari jauh. Syabas di ucapkan.

Saya sungguh berbangga kerana para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh mempelajari cara-cara pembuatan kek lapis ini. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana dapat menamatkan kursus dengan jayanya. Bagi saya membuat kek lapis ini tidaklah susah sangat jika kita tahu dan faham kaedah yang betul membuatnya. Diharap selepas ini anda semua rajin-rajinlah membuat kek lapis kerana ilmu itu perlu dipraktikkan selalu supaya kita bertambah mahir dan berpengalaman. Jika ada masalah, bolehlah menghubungi saya. Kursus seterusnya ialah Kursus Membuat Biskut Raya pada 13/4/2008. Sesiapa yang dah bagi nama tu,harap boleh hadirkan diri.

Kursus Kek Lapis 2


>> Kek-kek roll yang dihasilkan peserta

>>Sedang menunjukkan cara membuat kek roll

>>Kek lapis prun berempah

>>Tekun sekali akak kita melapis kek

>>Begitu caranya nak menyusun kek!

Kursus Kek Lapis 2 telah berjaya di adakan pada 2/3/2008 di Akademi Bakeria di Taman Melawati,KL.Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut iaitu Norzie, NorAqlima,Norhanis,Azrinie, Faridah,Ainel,NunEzar,Norfadilawati, Mohamad Yusni dan Zety.Mereka telah memberikan kerjasama yang baik dan bersungguh-sungguh menjalankan tugasan yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah berjaya menyempurnakan kursus tersebut. Harapan saya, resipi tu jangan simpan dalam fail saja, kena cuba buat kek lapis ini. Kalau percubaan pertama kurang berjaya, jangan putus asa.Cuba lagi hingga mendapat hasil yang perfect. Kalau ada masalah, boleh hubungi saya.

Kursus Kek Lapis (1)


>> Sedang menunjukkan cara membuat Roll Dinda.

>> Sebelum digulung sapu jem dulu.

>>Abang Mat Hidir kita sedang beraksi menggulung kek roll.

>>Kek lapis roll hasil tangan peserta.

>>Peserta kursus yang sentiasa bersemangat.



Kursus Kek Lapis siri pertama telah berjaya dilangsungkan di Akademi Bakeri Ria, Taman Melawati, KL. Seramai enam orang peserta telah menghadiri kursus sehari yang merupakan kelas praktikal(hands-on). Mereka terdiri dari Wani, Normah, Norhaya, Mohd.Hidir, Bahyah dan Ila.
Kursus bermula pada pukul 10.30 pagi dengan taklimat dan penerangan ringkas dari saya tentang jenis-jenis kek lapis, kaedah membuatnya dan masalah-masalah yang sering dihadapi dalam membuat kek lapis ini. Kemudian para peserta mula membuat kek lapis sarawak mereka sendiri dengan pengawasan dan tunjukajar dari saya. Saya berbangga kerana para peserta sangat bersungguh-sungguh membuat tugasan yang telah diberikan. Mereka juga tidak segan untuk bertanyakan pelbagai soalan berhubung pembuatan kek lapis ini. Di akhir program, mereka telah dapat menyiapkan 3 jenis kek lapis iaitu Kek Lapis Semarak, Kek Lapis Prun dan Roll Dinda. Nampaknya mereka sangat gembira dengan kek-kek hasil air tangan mereka untuk dibawa pulang dan dinikmati bersama keluarga.

Saya berharap para peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari samada untuk santapan sendiri ataupun membuat perniagaan secara kecil-kecilan. Mana tahu dari kecil-kecilan boleh jadi besar-besaran kerana belum ramai orang di Semenanjung ni yang membuat perniagaan kek lapis samada tradisional mahupun kek lapis sarawak. Jadi pasaran masih terbuka luas untuk anda menceburinya. Saya mendoakan anda semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. Jika ada masalah boleh hubungi saya .

Kursus Kek Lapis

Bersua kembali. Ramai pengunjung laman ini yang bertanya adakah saya mengadakan kursus kek lapis. Buat masa ini memang tiada tetapi dalam perancangan tu ada. Mungkin selepas bulan Mac kerana saya masih mencari tempat yang sesuai. Pada tahun lepas, saya mengajar di Bagus Baking Center tetapi tahun ni ingat nak ubah angin pulak. Antara kriteria kursus kek lapis ini ialah :

Masa : 10 pagi - 5 petang
Jenis resepi : kek lapis tradisonal dan Lapis Sarawak
Jumlah resipi : 6 jenis
Jenis kursus : demonstrasi dan hands- on (praktikal)
Bayaran : RM150
Tarikh dan tempat : Belum pasti

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah menghubungi saya di tel .o3-31675408/014-3247478 atau email : ani_z@ streamyx.com

Kursus Masakan di Bagus Baking Center

Sepanjang bulan November dan Disember 2007, saya telah mengadakan kursus pembuatan Kek Lapis di Bagus Baking Center cawangan Kajang, Taman Permata dan juga Shah Alam. Kursus ini adalah dalam rangka program promosi buku "Variasi Kek Lapis" untuk tahun 2007.
Sambutan sangat menggalakkan dimana ramai peserta yang hadir .Dalam demonstrasi ini, saya menunjukkan kepada peserta cara membuat 3 jenis kek lapis iaitu lapis tradisional dan lapis sarawak. Di akhir kursus, peserta membawa pulang kek-kek yang telah dihasilkan.





>>>kelas di Taman Permata , Shah Alam dan Kajang





>>> Peserta di kelas Kek Lapis di Shah Alam








>>> Kek Lapis Mocha Chip, Kek Lapis Zig Zag dan Kek Roll Semarak
yang diajar di kelas Shah Alam

Popular Posts