Ayam Ungkep

Hari ini nak perkenalkan satu masakan yang popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa di kampung halaman suami saya di Muar. Cara memasaknya lebih kurang macam rendang tetapi bumbunya terdiri dari rempah ratus seperti jintan manis, ketumbar dll.Lauk ini mempunyai aroma yang memikat selera dan enak dimakan bersama kuah lodeh dan nasi putih. Selalunya masakan ini dihidangkan di hari raya bersama ketupat dan kuah kacang.

Bahan-Bahan :
1.5 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bumbu (rempah ratus di kisar)
2 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
4 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :
1. Bahan bumbu dibasuh dan kisar hingga lumat bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
3. Masukkan bumbu kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing. Jika kurang minyak, tambah sedikit lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau sebati.Tambahkan dua cawan air dan asam keping.Kacau biar rata.Tutup kuali dan biarkan rendidih selama 30 minit hingga ayam empuk.
5. Tambahkan air jika ayam belum empuk.Masukkan garam dan perasa.
6. Angkat dan hidangkan.



>>> Ayam Ungkep dinikmati bersama Sayur Lodeh




3 comments:

Anonymous said...

Salam Pn.Noraini,
Apa yg boleh saya katakan resipi2 anda sangat menarik dan yang paling penting ianya cukup terperinci dalam penyediaan.
Terima kasih kerana resipi anda sememangnya mengembirakan keluarga saya,beberapa telah cuba dan ternyata ia berkesan.
Selamat berjaya dan semoga resipi2 lebih menarik dapat dihasilkan.

Pn.Risha

geraikita said...

sdp aym ungkep ni...sajian kami keluarga jawa muar..klu nk pedas ley tambah cili padi xpn cili boh..

noorcahaya said...

sy kalo goreng ayam mmg buat cam style ungkep cuma ada tambah biji sawi... lepas ayam 3/4 masak.. tutup api dan sejukkan sikit.. tabur tepung, kacau.. pastu grg sampai golden brown.. guna api besar je.. sekejap dh masak.. sbb isi dlm dh masak... nnt kerak2 ayam dia yg sedappp.. lawan dgn asam pedas... perghhh.. tapi tgk ayam ungkep.. teringin plak nak mkn dgn lontong...

Popular Posts