Saya dan suami telahpun selamat kembali dari mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Kami berada disana selama 45 hari dan kembali ke tanahair pada 18 Disember yang lalu.Syukur alhamdulillah kerana telah dapat menyempurnakan rukun Islam yang kelima ini dengan jayanya. Sesungguhnya kembara kerohanian ini memberikan keinsafan betapa kita hamba Allah di atas muka bumi ini telah melakukan pelbagai dosa dan noda samada secara sedar ataupun tidak.Maka wajarlah kita mensucikan hati dan memohon keampunan ke hadrat Ilahi atas secara dosa-dosa kita yang lalu. Apabila kita terpandang Kaabah di depan mata sendiri yang sebelum ini hanya dalam bayangan saja, kita akan mengakui kebesaran Ilahi. Sesungguhnya kembara ini menambahkan keimanan kita kepada agama dan Tuhan yang disembah iaitu Allah Subhanahuwataala. Saya dengan ini menyeru kepada anda yang telah mampu dari segi kewangan supaya bersegeralah menunaikan haji ataupun umrah kerana ibadah ini pasti dapat mengubah diri kita menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari sebelumnya.
Showing posts with label ibadah haji. Show all posts
Showing posts with label ibadah haji. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secar...
-
Januari 2020 TARIKH & MASA KURSUS 4/1/2020 (Sabtu) 9.30 pg – 2.30 ptg FROZEN FOOD PART 1 (RM16...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...