Showing posts with label kursus april 2010. Show all posts
Showing posts with label kursus april 2010. Show all posts

Kursus Frozen Food (24/4) dan Biskut Raya (25/4/2010)


Frozen Food seperti samosa,pau,karipap pusing dll.
Peserta kursus Frozen Food bergambar kenangan.
Beraneka biskut telah dihasilkan oleh peserta.
Peserta kursus Biskut Raya bergambar kenangan.


Bulan April sudah sampai ke penghujungnya. Dua kelas telah berlangsung pada minggu yang lalu iaitu Kursus Frozen Food pada 24/4 dan Kursus Biskut Raya pada 25/4. Kedua-dua kursus ini telah dihadiri oleh lebih dari 20 orang peserta yang datang dari sekitar Selangor/KL juga dari tempat yang jauh seperti Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Pahang. Tahniah kepada anda semua kerana berjaya menamatkan kursus tempohari.

Kursus Bahulu dan Kek Popular (17 dan 18 April 2010)

Peserta kursus bahulu & swissroll.
Kek Gulung Trio Manis.
Peserta kursus kek popular
Sebahagian kek yang telah dipelajari.

Dua kursus telah diadakan pada hujung minggu yang lepas. Kursus Bahulu &Swissroll telah diadakan pada 17/4 dan Kursus Kek Popular pula diadakan pada 18/7. Seramai 16 orang peserta mengikuti kursus bahulu dan 24 orang mengikuti kursus kek popular. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah mengikuti kursus dengan jayanya. Diharap anda dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.

Kursus Roti dan Pastri 10 dan 11 April 2010

Sausage bun dan mini pizza.
Bermacam jenis roti yang dihasilkan.
Tartlet buahan dan tat keju turut dihasilkan.
Para peserta 10/4 bergambar kenangan.
Staf MTDC turut meluangkan masa menghadiri bengkel roti dan pastri.


Kursus Roti dan Pastri telah diadakan pada dua hari berturut-turut iaitu pada 10 dan 11 April yang lalu. Pada 10 April ia telah dihadiri oleh seramai 21 orang peserta.Manakala kursus pada 11 April pula dihadiri oleh 15 orang kakitangan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Nampaknya pada peserta bersungguh-sungguh mempelajari teknik membuat roti dan hasilnya mereka berjaya menghasilkan roti-roti yang lembut seperti di kedai bakeri. Teruskan usaha anda semua.

Popular Posts