Menghias Kek Dari Piping Jelly



Sumber : http://bakingproject.com


Piping gel is another ingredient that you can use to make interesting pictures on cakes. Most of my visitors who are in the cake business is already an expert in this technique. However, for the sake of some newbies, I’ve decided to document my project this morning using piping gel. Take note that I am also still learning, so forgive me if the end result is not that good.

1. first of all decide what you want to draw on the cake. You can pipe directly on the cake or like me, trace it. I take a baking sheet and trace the picture that I like.

2.Then I transfer the paper onto my cake. Before that I have covered the cake with fondant and leave it to dry overnight. You can also cover the cake with icing but make sure it is cool in the fridge and the icing has hardened a little.

3.To trace the picture, I use a toothpick and prick some holes along the pencil line. Remove the paper and you will see the dotted lines on your cake. Now, draw the outline. I use melted chocolate for this and pipe it using a paper piping bag. You need a steady hand for this.

4.Leave that to dry.

5.Colour your clear piping gel. I use my gel colouring, you can also use the usual liquid colouring. This is how the clear gel looks like.

6.Spoon the coloured gel into the paper piping bag, snip the end and fill in the outlines.

7.That’s all there is to it, actually. Apart from the paper piping bag, I also used a small artist brush to touch up and blend the colours together. My finished picture :

8.I’m using a dummy cake here, so for the finishing touch, I just tied a ribbon at the bottom of the cake.

I think this is one of the easiest cake decorating technique. I’m hoping with a little more practice I can make finer piping for the outline. The important thing is the consistency - you have to make sure the icing or melt chocolate you are using is soft, if it is too thick the lines will break and you will have big bulbs. It has to be smooth and thin so you can glide easily to trace the outline. Filling in the gel is easy and I’m sure you will not encounter any problem.

Well , I hope this article has been useful. Cheerio !

Filem Schism lawan Filem Fitna





JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.
Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan. untuk lihat video tersebut: http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk
Sambungan artikel:
“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya. Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna.
Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya. “Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”
“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.
Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah. Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,”
kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.
Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.
Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.
Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.
Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi

Kuih Bakar Kak Saba


KUIH BAKAR KAK SABA
Kiriman : Ctsamsena/resipi.net


Bahan -bahannya :
3 1/2 cawan santan
5-6 biji telur
2 cawan gula
1/2 cawan air pandan - dr 10 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum
bijan -goreng tanpa minyak

Cara Membuatnya :
1. Gaulkan gula dengan telur sehingga gula hancur.
2. Dan masukkan semua bahan lain di atas kecuali bijan dan kacau sebati.
3. Tapiskan ke dalam acuan.
4. Bakar selama lebih kurang 45 minit - 1 jam pada 180c.
5. Taburkan bijan bila setengah waktu membakar.
Petua Kak Saba:
Bakar kuih pada api di bawah dulu pada setengah jam pertama dan selebihnya bakar api diatas pulak. Oleh kerana kat sini daun pandan mahal jadi kita ubahkan sikit. Kita pakai 4 cawan santan +1 sudu teh pandan emulco.Potong kuih apabila telah cukup sejuk.

Mufin Koko Cheese


Sejak kebelakangan ini saya sebuklah sikit jadi tak sempatlah nak posting artikel baru atau cuba resipi baru.Kesian pula pada pengunjung, asyik tengok benda yang sama aje. Jadi sayapun ronda-rondalah website yang lain dan terpikat dengan dua resipi ni iaitu Kuih Bakar Kak Saba dan Mufin Koko Cheese. Resipi ini saya petik dari http://www.resipi.net/ .Kuih Bakar saya selalu panggil bingka atau orang Perak panggil bengkang. Saya selalu juga buat kuih bakar ni, sedap untuk minum petang. Resipinya pula ringkas dan senang membuatnya. Jadi anda bolehlah cuba resipi-resipi ini siap dengan gambar sekali. Jangan pulak ada yang hantar mesej, marah-marah kenapa masukkan resipi orang lain dalam blog sendiri. Be open minded, blog adalah satu medium yang anda boleh masukkan apa saja , samada resipi / artikel/gambar milik sendiri atau dipetik dari sumber-sumber yang lain asalkan bagi kredit pada tuanpunya asal. Sebab dalam internet tak ada copyright.Semua orang boleh copy and paste .Jangan pulak resipi/artikel orang lain mengaku sendiri punya.Itu yang salah. Jadi apa saja resipi atau artikel yang terdapat dalam blog ini adalah koleksi saya dan dikongsikan bersama anda semua.


KOKO CHEESE MUFFIN
Sumber : Ringo – http://myresipi.com/resipi.net

Bahan-bahan :( 10 biji )

140 gm choco chip
100 gm cream cheese
80 gm butter
2 biji telur size B
60 gm gula
100 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius.
2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. Bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3. Tambah gula dan kacau lagi.
4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.


Blog Pilihan - Batriesyiahomemade





>>Kek -kek yang dihasilkan oleh Yusnina.
Hari ini kita berkenalan pula dengan seorang lagi bloggers yang bergiat aktif dalam perniagaan home-base dengan mengambil tempahan pelbagai jenis kek termasuk kek fondant. Blog tersebut ialah http://www.batriesyiahomemade.blogspot.com/ . Tuanpunya bernama Yusnina Che Rahim dari Perlis. Saya dahpun masuk ke blog beliau dan admire kek-kek beliau yang cantik-cantik belaka. Tentu beliau dah lama dalam bidang hiasan kek agaknya. Oklah, sesiapa yang nak menempah kek atau bertanya berkenaan dengan hiasan kek ini, bolehlah menghubungi beliau di h/p no: 019-4242226.

Kursus Kek lapis -27/4/2008


>>Masing-masing nak mencuba buat kek lapis.


>>Pasa peserta kursus bergambar ramai .


>> Kek inti untuk kek lapis gulung

Alhamdulllah, syukur kepada Ilahi kerana Kursus Kek Lapis yang diadakan pada 27/4/2008 telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Seramai 21 orang peserta telah menghadiri kursus praktikal sehari ini. Yang paling menggembirakan saya ialah ramai orang luar KL yang datang seperti dari Terengganu, Pulau Pinang dan Johor Baru.Saya sungguh berbangga dengan keazaman mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menamatkan kursus. Dah ada ilmu tu praktikkan bila sampai di rumah nanti. Akhirkata dari saya "practice make perfect" .

Menghias Kek Dengan Fresh Cream



>>Kek disaluti fresh cream dan dihiasi chocolate ganache




Di negara kita,fresh cream yang digunakan untuk menyalut kek dikenali sebagai Non-Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu) .Bahan ini ada dijual di kedai-kedai bahan kek dalam kotak 1 liter dan terdapat dalam bermacam jenama seperti Bakers Mix,Trans,Anchor dan lain-lain.Krim ini bewarna putih dan rasanya sudah manis, tidak perlu ditambah gula lagi. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Dairy dan non dairy whipping cream, sila ke label aising atau label tip dan panduan. Ada jenis yang dibekukan dan ada yang tidak perlu dibekukan. Jika anda menggunakan jenis yang dibekukan, nyah-bekukan ia pada suhu bilik beberapa jam sebelum diputar. Krim segar hendaklah diputar dalam keadaan ia masih sejuk supaya ia mudah kembang. Tuangkan krim kedalam mangkuk adunan dan kuantitinya tidak melebihi 20 peratus dari saiz mangkuk. Ini untuk memudahkan proses mengembang.Jika dimasukkan terlalu banyak, ia akan melimpah keluar.Putar dengan kelajuan sederhana menggunakan alat whisk (bulat) sehingga kembang dan kental.Jangan terlalu lama dipukul kerana ia akan menjadi kasar,kering dan susah disapukan pada kek. Krim ini boleh dibuat filling dan juga menyalut kek. Kek yang bersalut krim segar perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas.Keluarkan hanya apabila hendak dipotong. Di dalam peti sejuk, ia tahan 4 - 5 hari. Contoh kek menggunakan topping fresh cream ialah Black Forest Cake, Blueberry Cake dan sebagainya.

Blog Pilihan - Midnitebaker




>>pelbagai kek hasil tangan Balqis

Nak promo satu lagi blog iaitu http://midnitebaker.blogspot.com/ .Tuanrumahnya bernama Balqis dan beroperasi di Taiping, Perak. Beliau menjalankan bisnes home-base dengan menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake. Sesiapa yag berminat untuk menempah, sila hubungi beliau di h/p no : 012-3862589/012-6915740. Emel beliau ialah balqis_cakes@yahoo.com

Marjerin Dan Shortening


>>Crisco adalah jenama sejenis shortening

Marjerin
Marjerin adalah bahan gantian kepada mentega kerana harganya yang lebih murah. Ia diperbuat daripada lemak sayuran ataupun lemak haiwan. Di negara kita, marjerin diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air,pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan tidak mengandungi lemak susu. Bagi kebanyakan industri bakeri, mereka mengunakan marjerin untuk menjimatkan kos dan menambah perisa seperti butteroil dan lain-lain supaya rasanya sama seperti menggunakan mentega. Saya juga kadangkala mencampurkan marjerin dan mentega tulin bagi mendapatkan rasa seperti mentega untuk membuat kek dan juga biskut. Kek mentega yang menggunakan campuran dua bahan ini elok gebunya dan kurang berminyak jika dibandingkan dengan menggunakan majerin 100 peratus. Untuk membuat krim mentega sejenis marjerin bernama krimwell digunakan. Ia bewarna putih dan sesuai dicampurkan dengan mentega untuk membuat krim ini.

Panduan Penyimpanan
Marjerin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia keras pada suhu bilik. Marjerin yang telah dibuka hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup rapat bagi menghindarkan ia menyerap bau-bauan dari makanan lain. Letakkan ia dalam almari yang kering dan dingin. Jangan simpan di tepi dapur atau tempat panas kerana ia akan cair.

Shortening
Shortening adalah lemak sayuran putih yang berkalori tinggi dan tidak mengandungi karbohidrat atau protin. Ia bewarna putih dan sering digunakan dalam pembuatan pastri, roti,krim mentega dan lain-lain. Shortening jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ia ada digunakan sedikit dalam pembuatan biskut. Anda perlu berhati-hati apabila membeli lemak putih ini kerana ada sejenis lemak putih yang dinamakan LARD adalah diperbuat dari lemak babi.Cara penyimpanan adalah sama dengan marjerin.

Perbezaan mentega, marjerin dan shortening


>>Mentega tulin

Saya sering ditanya tentang perbezaan antara mentega, marjerin dan shortening yang sering digunakan dalam pembuatan kek, roti, biskut dan pastri.Setelah mencari dari pelbagai sumber maklumat, bolehlah saya simpulkan ketiga-tiga produk itu seperti berikut.

Mentega
Apakah yang dimaksudkan dengan mentega? Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini.Dinegara kita terdapat dua jenis mentega yang biasa didapati di pasaraya iaitu mentega tulin (pure butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter). Contoh mentega tulin adalah seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain. Manakala mentega lepa susu pula ialah Buttercup,Butterlite dan lain-lain. Perbezaan yang nyata ialah dari segi harga dimana mentega tulin harganya lebih mahal berbanding mentega lepa susu. Mengapa? Ini adalah kerana mentega tulin mengandungi kandungan lemak susu yang tinggi sehingga 80 peratus dari kandungan beratnya. Selebihnya adalah bahan-bahan lain seperti cecair, garam dan lain-lain.Kek yang menggunakan mentega tulin lebih sedap rasanya berbanding mentega lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. Ia membangkitkan rasa yang lebih enak dan aroma yang lebih harum untuk kek kita. Bagaimanapun, kerana harganya yang lebih mahal, ramai pengguna yang memilih produk yang lebih murah seperti mentega lepa susu. Selain dari membuat kek, mentega lepa susu guna sesuai untuk disapu diatas roti atau biskut. Mentega lepa susu lebih murah harganya kerana kandungan lemak susunya tidak tinggi seperti mentega tulin.Ia juga dicampurkan dengan minyak kelapa sawit, susu tepung dan garam. Jika kita perhatikan pada kertas bungkusan pada mentega tulin, kita akan dapati terdapat perkataan bergaram dan tidak bergaram (salted and unsalted butter). Kedua-duanya boleh digunakan.Jika mentega itu telah bergaram, tidak perlulah kita masukkan garam lagi dalam adunan kek kita .

Panduan Penyimpanan
Mentega adalah bahan yang mudah lembik apabila dibiarkan pada suhu bilik pada jangkamasa yang lama. Oleh itu ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak digunakan.Apabila menyimpan mentega, pastikan ia berbalut dengan elok dan diletakkan di tempat simpanan khas. Jangan campurkan ia dengan bahan-bahan makanan lain kerana mentega mudah menyerap bau-bauan dari makanan lain. Mentega mempunyai jangkahayat yang lama iaitu lebih kurang 1 tahun dari tarikh pengilangannya. Pastikan anda membeli mentega yang belum tamat tempohnya.

Tips Penggunaan
1. Anda boleh memilih menggunakan mentega tulin atau lepa susu.Dari segi tekstur,ianya lebih kurang sama tetapi dari segi rasa, mentega tulin lebih sedap.
2. Keluarkan mentega dari peti sejuk kira-kira 30 - 45 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
3. Untuk mempercepatkan mentega lembut, potong dadu kecil-kecil dan biarkan sebentar. Ada juga orang yang meletakkan mentega atas oven yang sedang dipanaskan. Tapi hati-hati jangan lama sangat kerana mentega akan cair kerana terlalu panas.
4. Untuk melembutkan mentega, tidak perlu memanaskan dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia akan cair, kecuali jika memang anda nak gunakan mentega cair.
5. Mentega yang terlalu lembik sudah tidak sesuai untuk membuat kek atau biskut kerana akan lebih berminyak daripada keadaan biasa.

Apam/Kek Kukus Marmar


>>Sodap nampaknya kek ni,simple pulak buatnya.

Bahan-bahan: ( Tin berukuran 10 inci )
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara Membuatnya:
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat .Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Blog Pilihan- Lea-oven.blogspot.com


>>Cupcakes dari Lea-oven


>>Kek Harijadi


>>Kek Spongebob

Seronok saya tengok para bloggers yang rajin menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan home-base seperti membuat kek dan sebagainya. Melalui medium internet ni, saya berharap anda semua dapat memajukan lagi perniagaan ini dan seterusnya melangkah lebih maju lagi dengan membuka kedai. Tak ramai orang kita yang buka kedai kek. Semoga anda semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. Blog yang dipaparkan pada kali ini ialah http://lea-oven.blogspot.com/ . Nama sebenarnya Dalia dan mesra dipanggil Lea sahaja. Beliau beroperasi di Ipoh, Perak. Beliau membuat pelbagai jenis kek seperti kek harijadi, cupcake, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain. Untuk membuat tempahan, sila hubungi h/p:
012-2839337 atau emel : lea1207@yahoo.com

Donat Coklat Kayumanis


Hari minggu ni nak buat apa untuk minum petang? Apa kata anda buat Donat Coklat Kayumanis . Selalunya kita buat donat yang bentuk roda tu tapi kali ini kita cipta kelainan pula. Buat donat yang bulat dan letakkan inti coklat di dalamnya.Lepas itu gaulkan dengan serbuk kayu manis dan gula kastor .Pasti sedap. Ada satu lagi donat ala Malaysia yang diletakkan sambal ikan bilis didalamnya. Biasa dijual di gerai-gerai di tempat tinggal saya.

Bahan-bahan :
300 gm tepung protin tinggi (tepung roti)
200 gm tepung gandum biasa
14 gm yis segera
70 gm gula kastor
3 gm garam
40 gm mentega
1 biji telur A
310 gm air
inti:
coklat masakan secukupnya
sedikit serbuk kayu manis dan gula kastor - untuk sadur

Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan doh ke dalam sebuah mangkuk adunan kecuali air.
2. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit hingga habis.
3. Uli dengan tangan atau mesin hingga menjadi doh yang lembut.Pakai mesin uli 10 minit kelajuan sederhana. Uli dengan tangan ambil masa 15 - 20 minit.
4. Masukkan doh dalam mangkuk besar dan tutup dengan plastik. Rehatkan 30 minit di tempat hangat hingga naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh dan uli semula sekejap. Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 40 gm.
6. Canaikan dan masukkan seketul coklat masakan seberat 5 gm . Rehatkan doh 15 minit .
7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
8. Serbuk kayu manis di gaul dengan gula kastor. Gaulkan donat yang suam itu ke dalam gula tadi. Hidangkan.

Peluang Niaga Dengan IWANI






Hari ni nak warwarkan tentang peluang bisnes ni pada sesiapa yang berminat. Saya terjumpa iklan Iwani Frozen Food Sdn.Bhd. yang mencari usahawan-usahawan baru bagi membuka perniagaan kiosk atau kedai menjual produk frozen food dari Iwani. Ada bermacam-macam produk disediakan seperti makanan seafood dan kuih-muih tempatan seperti karipap pusing, samosa,cucur badak, popiah dan sebagainya. Yang menariknya,anda yang layak berpeluang mendapat pinjaman dari Mara atau Yayasan Tekun. Kiosk boleh dibuka di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco,Mydin dan lain-lain. Anda yang berminat boleh layari http://peluangperniagaaniwani.blogspot.com/

Ela dan Kek Lapis


>>Fadhilah (Ela) minat buat kek lapis


>>Kek Lapis Betawi (RM45 - 1.6 kg)


>>Kek Lapis Mocca (RM48 - 1.6 kg)


>>Kek Lapis Rintik (RM48 - 1.6 kg)

Hari ini saya perkenalkan seorang kawan dan bekas anak murid saya bernama Fadhilah Omar (Ela) dari Pelabuhan Klang. Beliau mengusahakan bisnes kek lapis secara home-base di rumahnya. Menurut Ela, minatnya dalam kek lapis ini tumbuh sejak beliau di bangku sekolah lagi kerana sering membantu ibunya membuat kek lapis untuk tempahan pelanggan. Senang cakap, mewarisi bakat ibunya yang mahir membuat kek lapis. Saya dah pun merasa kek lapis Ela ni dan memang sedap. Harganyapun tidaklah mahal sangat, paling murah RM45 untuk 1.6 kg (8x8 inci). Kek yang dijual ialah Kek Lapis Betawi(RM45), Kek Lapis Prun(RM45), Kek Lapis Asam Manis(RM45), Kek Lapis Mocca(RM48),Kek Lapis Rintik(RM48) dan Kek Buah Kukus(RM45).Sesiapa yang berminat untuk menempah kek lapis, bolehlah menghubungi Fadhilah (Ela) di tel.no.03-33746550 atau h/p : 019-2469195.

Bisnes Biskut Raya


>>Biskut Havana


>>Biskut Mama Carey

Untungkah bisnes biskut raya? Itulah pertanyaan yang dilontarkan oleh seorang peserta kursus biskut raya tempohari. Jawapan saya, apa-apa bisnespun jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh demi mencari rezeki yang halal, pasti mendapat barakah dari Allah SWT.Dengan kata lain, jangan kita membuat bisnes itu semata-mata untuk mendapat untung sahaja tetapi niatkan bahawa kita membuat bisnes itu bagi menunaikan fardu kifayah bagi meningkatkan ekonomi bangsa dan agama kita.Pastinya niat yang baik itu mendapat balasan yang baik juga. Allah SWT tentu akan membukakan pintu rezeki yang melimpah ruah kepada kita kerana 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan.

Berbalik kepada bisnes biskut raya, saya pernah menjalankan bisnes itu sejak saya berhenti kerja sebagai wartawan. Saya mengikuti beberapa kursus membuat biskut dan memulakannya dari rumah.Saya buat sampel biskut-biskut yang popular seperti Almond London, Tat Gulung dan beberapa jenis lagi.Masukkan dalam plastik kecil dan tampalkan pada kad manila.Saya edarkan kepada kawan-kawan siap dengan biskut contoh untuk dirasa. Adik-beradik dan saudara-mara terdekat dioffer untuk menjadi pengedar di pejabat atau tempat kerja mereka. Pada tahun pertama , order tidaklah banyak setakad 2,000 hingga 3,000 biji saja tetapi akan meningkat dari tahun ke setahun sehingga pada tahun lepas mencecah 30,000 biji biskut sehingga tak larat nak buat. Saya cuma dibantu oleh suami dan anak-anak saja. Dari modal RM3,000 boleh dapat pendapatan RM8,000.Kira-kira RM5,000 untung bersih untuk kerja satu bulan lebih.Lepas lah belanja raya. Nak kira penat tu apa-apa kerja pun penat.Cuma bergantung kepada niat kita,jika niat kita ikhlas nak bantu masyarakat untuk dapatkan produk home-made yang sedap lagi halal,tak terasa penatnya...seronok lagi ada bila tengok biskut kita laku. Untuk mendapatkan maklumat lebih detail bagaimana nak jalankan bisnes ni,daftarlah untuk kursus biskut raya pada bulan Jun, Julai dan Ogos nanti.

Blog Pilihan- Aishahmad.blogspot.com



>>Cupcake dan kek novelty ilham Aishah
Blog yang menjadi pilihan pada kali ini ialah blog http://aishahmad.blogspot.com/ yang beroperasi di Puchong, Selangor (kalau tak silap saya).Beliau mengusahakan bisnes home-base dan mengambil tempahan kek, biskut, cupcake, kek lapis dan lain-lain. Cantik-cantik keknya. Sesiapa yang berminat untuk menempah, bolehlah menghubungi Puan Aishah di no.tel.014-6424348 atau emel ke aishahmad62 @yahoo.com .

Dari Blog ke Blog

Saya bercadang untuk mengadakan satu ruangan yang memberi peluang kepada bloggers yang ada bisnes untuk promosikan aktiviti dan produk mereka di ruangan ini. Saya ni selalu terima pertanyaan dari pengunjung yang minat nak order kek, malangnya saya tak ambil order. Jadi saya akan highlight blog-blog mana yang dirasakan sesuai. Sesiapa yang nak diwarwarkan blognya, bolehlah hantar mesej di CBox atau emel saya.

Kak Ani di Majalah Saji Mei 2008


>>Majalah Saji, Mei 2008
Aktiviti Kak Ani yang mengadakan kursus di Taman Melawati telah diberikan liputan di dalam Majalah Saji keluaran Mei 2008. Maka bertalu-talulah orang menalifon bertanyakan tentang kursus.Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Kepada anda yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus Kak Ani pada bulan Jun, Julai dan Ogos, sila rujuk ke ruangan Info Semasa. Jadual untuk bulan-bulan tersebut sudah ditetapkan. Jika ada perubahan, akan diberitahu kelak. Pada bulan April ini, masih ada kursus Kek lapis pada 27/4/2008. Kak Ani juga akan menjadi kolumnis untuk majalah Saji. Bermula bulan berapa, tidak pasti lagi. Insyaallah akan diberitahu. Kak Ani akan menulis pelbagai topik dalam bidang masakan seperti kek, biskut, roti, hiasan kek dan pelbagai lagi. Jika nak dapatkan artikel tersebut, belilah majalah Saji.(promosi ni).

Kursus 4 - Biskut Raya


>>Mari ramai-ramai buat biskut


>>Senang aje buat biskut ni, bukan susah


>> Celup kak jangan tak celup


>>Bila nak siap biskut banyak-banyak ni


>>Para peserta kursus biskut raya


Bersua kembali. Dah beberapa hari tak posting baru kerana internet rosak. Hari ini Kak Ani nak masukkan kisah kursus biskut raya yang baru berlangsung pada hari Ahad lepas. Alhamdulillah, ianya telah berjalan dengan jayanya. Seramai 19 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut dari KL,Kuala Selangor, Bangi dan ada yang dari Seremban. 5 jenis biskut telah dibuat pada hari tersebut dan Kak Ani beri lagi 8 resipi bonus. Para peserta telah menunjukkan kerjasama yang baik dan ramai yang berkira-kira untuk membuat bisnes biskut pada hari raya nanti. Kak Ani berharap segala tips dan panduan yang diberikan dalam kursus tersebut dapat dimanfaatkan bagi menambah pendapatan keluarga atau mencari duit raya untuk hari raya nanti. Tahniah kepada anda semua kerana berjaya menamatkan kursus dan semoga sukses dalam apa jua lapangan yang anda ceburi.

Kursus Biskut Raya


>> Sebahagian dari biskut raya yang akan dipelajari.

Bersua kembali di ruangan ini. Kak Ani nak beritahu tentang kelas biskut raya pada esok 13/4/2008. Sesiapa yang dah register tu eloklah datang kerana Kak Ani akan bagi banyak tips dan panduan membuat biskut raya. 8 resipi bonus juga akan diberikan. Juga bagaimana nak memulakan perniagaan biskut raya secara kecil-kecilan atau home-base. Hari Raya lagi lima bulan, eloklah mencari ilmu yang berkaitan dengan bidang yang nak kita ceburi itu. Nak buat bisnes biskut raya ni tak payah buka kedai, dari rumahpun kita boleh mulakan. Tapi bagaimana caranya? Kalau nak tahu rahsianya jumpa esok. Rasanya kelas ni dah cukup peserta. Sesiapa yang berminat dengan kursus ini, Kak Ani akan buat lagi pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Mei tiada kelas kerana ada urusan lain. September dah puasa jadi tak ada kelaslah.

Sekadar Renungan

Iktibar dari kisah Sufiah Yusof

Tentu ramai yang telah mengetahui kisah kanak-kanak pintar matematik yang telah berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Amat malang sekali penghujung cerita Sufiah ini yang akhirnya sekadar menjadi pelacur! Ia tentunya menyedihkan, memalu dan mengaibkan seluruh keluarganya. Kita sebagai orang Islam turut rasa malu atas perbuatan terkutuknya.Media Barat mengambil peluang untuk mengembar-gemburkan isu ini bagi menjatuhkan imej agama kita, walhal dikalangan masyarakat dan penganut agama mereka, berjuta lagi wanita yang menjadi pelacur. Ada beberapa perkara yang boleh kita jadikan iktibar bagi dijadikan panduan untuk mendidik anak-anak kita.
1. Jangan terlalu menekan dan mendesak anak untuk menjadi terlalu pintar. Bimbing dan berikan dorongan semangat agar mereka dapat menyerlahkan potensi dalam diri mereka secara semulajadi.
2. Buatlah aktiviti keluarga seperti rekreasi -perkelahan ,sukan,percutian dan lain-lain aktiviti yang mengurangkan kebosanan mereka.
3. Remaja sekarang suka chatting di internet, ambil tahu siapa kawan-kawan siber mereka. Sentiasa nasihati mereka agar berhati-hati dengan kawan-kawan di internet agar tidak menyebarkan "racun" dalam pemikiran anak-anak kita.
4. Semaikan sifat cintakan agama dalam diri anak.Nasihati anak agar jangan meninggalkan solat dan selalulah baca Al-Quran.Nasihatkan mereka supaya sentiasa berdoa kepada Allah SWT jika mereka ada masalah.
5. Rapatkan diri anda dengan anak-anak.Selalu bertanya tentang pelajaran dan keadaan di sekolah. Cuba menghormati dan memahami isi hati mereka.
6. Ibu bapa perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan petunjuk dan hidayah kepada anak-anak kita agar memilih jalan yang lurus dan diredhai olehNya.

Sekiranya kita telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi ibubapa yang terbaik tetapi anak kita masih memilih jalan yang sesat ,terimalah takdir itu dengan rela hati, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir mana yang buruk dan mana yang baik. Jika mereka masih memilih jalan yang buruk walaupun telah dewasa, dosa atas perbuatan mereka itu ditanggung oleh mereka sendiri, bukan lagi tanggungjawab ibubapa.

Kek Mentega Pandan Kelapa


Kek berperisa pandan dan kelapa ini enak dijadikan hidangan minum petang.Aroma pandan dan kelapanya pasti memikat selera. Kek ini juga boleh diisikan dalam cawan kertas untuk menjadi kek cawan pandan kelapa. Cubalah!

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering
Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul sebati.
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk membuat toppingnya, pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Kek Mentega Pelangi


Bahan-bahan :
250 gm mentega
220 gm gula kastor
220 gm tepung kek
4 biji telur A
1 sudu teh serbuk penaik
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuatnya :
1. Griskan tin pembakar bulat berukuran inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Satukan mentega dan gula lalu dipukul hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, hijau dan kuning.
6. Mula-mula masukkan 1 senduk warna hijau ditengah-tengah tin.Kemudian tuangkan 1 senduk warna kuning diatas hijau tadi dan kemudian warna merah.Ulangi proses hingga habis adunan digunakan. Ratakan adunan agar memenuhi tin.
7. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
8. Bakar kek selama sejam hingga masak.

Membuat Kek Span

Kek Span moden adalah antara kek yang paling mudah disediakan.Ini kerana ia menggunakan kaedah masuk semua (all in method) dimana semua bahan dimasukkan sekali kecuali mentega cair. Bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil yang baik,penggunaan mixer besar adalah digalakkan. Ini kerana saya pernah menggunakan hand-mixer untuk memukul kek ini tetapi hasilnya mengecewakan.Sebabnya kek span memerlukan pukulan yang kuat agar telur kembang dengan elok.Jika telur gagal kembang dengan elok,alamatnya kek tidak menjadi.Cara mudah menyediakan kek span ialah dengan menggunakan tepung premix iaitu tepung sponge mix. Didalam premix ini, telah dimasukkan tepung, gula, serbuk penaik dan lain-lain bahan. Terdapat dua perisa iaitu asas (basic) dan perisa coklat. Anda hanya perlu menyediakan telur, air dan mentega cair/minyak. Anda boleh membeli tepung premix ini dari kedai-kedai menjual bahan kek. Jika anda tidak mahu menggunakan sponge mix,anda boleh timbang sendiri bahan-bahannya.
Kek Span Vanila (guna sponge mix)
Bahan-bahan :
280 gm tepung sponge mix
5 biji telur A
60 gm air
80 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul speed perlahan untuk sebatikan telur dan tepung. Kemudian tukar speed maksima dan pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air dan vanila dan pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan minyak atau mentega cair dan gaul perlahan-lahan dengan senduk atau whisk.Boleh juga digaul dengan tangan.
5. Griskan tin pembakar 9 inci dan alas dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya.
6. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 50 minit hingga masak.
Tips: Anda boleh menambah perisa kopi, pandan,strawberi, oren kedalam adunan basic ini.Jangan guna esen vanila. Campurkan perisa pilihan anda dengan air dalam resipi ini.

Pencuci Mulut - Crepes


Tentu anda pernah mendengar tentang pencuci mulut dari barat yang dinamakan Crepes. Ia seakan pankek atau lempeng tetapi ia lebih nipis.Anda boleh gunakan kuali leper untuk memasak crepes ini. Pada saya membuat crepes ini lebih kurang membuat kulit kuih gulung ataupun kuih ketayap.Cuma kuih gulung intinya kelapa tetapi crepes lebih bergaya dengan inti krim keju atau lain-lain inti yang anda hajati. Jadi sesiapa yang ingin mencuba resipi crepes ini saya sertakan resepi crepes yang dipetik dari http://www.preparedpantry.com/ .


These crêpes are filled with a cream cheese mixture and topped with fresh mango pieces. They are then drizzled with coconut cream syrup and sprinkled with toasted coconut. (If you don’t have or don’t want to make coconut cream syrup, you can do without. But the syrup is very, very good.)

For the crêpes:

1 cup all-purpose flour
1 1/2 cups milk
2 large eggs
2 tablespoons granulated sugar
1 tablespoon vegetable oil
1 pinch salt
Methods:
1. Sift the flour into a medium bowl. Make a well in the center.
2. In a small bowl, whisk together the milk, eggs, sugar, vegetable oil, and salt. Add to the flour and whip to a smooth batter. Refrigerate the batter for two hours.
3. Heat a nine-inch crêpe pan on medium high heat. Brush with butter.
4. Measure batter into the hot pan. Immediately tilt and rotate the pan so that the batter covers the bottom of the pan in a thin layer.
5. Cook until bubbles appear and the bottom of the crêpe is a nice even, golden brown.
6. Use a pallet knife or thin, sturdy spatula to turn the crêpe. Cook the second side only it is a blonde color, not as dark as the first side.
7. Remove the crêpe to a sheet of parchment paper or waxed paper and repeat with the rest of the batter.
For the cream cheese filling:
12 ounces cream cheese
1/3 cup granulated sugar
1 large egg yolk
1/8 teaspoon salt
1/2 teaspoon almond or vanilla extract
1. With an electric mixer, blend all ingredients together until smooth.
To assemble your crêpes
1. Fill your crêpes, folding as desired, with the cream cheese filling.
2. Spoon fresh fruit over the crêpes.
3. Drizzle with coconut syrup.
4. Garnish with whipped cream and toasted coconut.
To toast the coconut
1. Preheat oven to 350.
2. Spread flaked coconut on an ungreased cookie sheet.
3. Bake for 10 minutes, stirring two or three times, or until the coconut starts to turn a light golden brown.
4. When done, remove the coconut from the pan and cool before using.

Jenis-jenis gula dan kegunaannya

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

Membuat Kek Cawan





>>Bermacam design boleh dihasilkan
Semalam Kak Ani buatkan 100 biji kek cawan untuk seorang kawan. Biasanya memang Kak Ani tak ambil order tetapi kesian pulak dengan kawan tu, maka dibuatkanlah jugak. Beliau membuat majlis harijadi untuk anaknya, maka kek cawan tu nak diberikan pada kanak-kanak yang datang.Tak payahlah nak potong-potong kek lagi. Seronok juga buat kek cawan ni ya.macam-macam design boleh buat bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Popular Posts