Showing posts with label kursus biskut raya. Show all posts
Showing posts with label kursus biskut raya. Show all posts

Kursus Biskut Raya 11 Julai 2009


Serius betul akak kita membuat biskut mama carries tu!


Hari raya ni penuhlah meja dengan macam-macam biskut.


Semangat gotong-royong dalam kelas biskut raya.

Sorilah kengkawan, lambat pulak posting untuk kelas yang lepas.Oklah pada hari Sabtu lepas telah berlangsung kursus Biskut Raya. Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Kebanyakannya orang KL dan Selangor dan ada juga yang jauh dari Temerloh dan Terengganu. Apapun, tahniah diucapkan kepada anda semua.Moga sukses selalu.

Kursus Biskut Raya 23 Mei 2009


Dah siap biskutnya kena hiaslah pulak.


Bilalah nak habis mencelup biskut tu.


Para peserta bergambar kenangan.

Kursus Biskut Raya telahpun selamat diadakan pada minggu lepas. Seramai 20 peserta telah menghadiri kursus ini. Dah ramai yang bercadang nak buat bisnes biskut pada hari raya nanti.Saya doakan anda semua berjaya.Walaupun bermula secara kecil-kecilan tapi tak mustahil pada masa akan datang jadi besar-besaran pula.Oklah, kita tengok gambar-gambarnya.

Kursus Biskut Raya 15 Mac 2009


Peserta sedang menyapu royal aising pada biskut mama carrie.


Sedang menyalut coklat pada biskut.


Peserta bergambar ramai tanda kenangan.

Baru-baru ini telah diadakan kursus biskut raya. Seramai 10 peserta telah menghadiri kursus pada kali ini. Pelbagai jenis biskut telah dihasilkan dan ramai yang bercadang untuk bisnes biskut raya pada tahun ini. Saya doakan semoga anda berjaya.

Kursus Biskut Raya 1 /3/09


Pelbagai jenis biskut yang dihasilkan, sesuai untuk bisnes


Biskut Aiskrim.


Para peserta bersama ole-ole untuk dibawa pulang.

Kursus Aneka Biskut Raya telah diadakan pada 1 Mac yang lalu. Seramai 16 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Sebanyak 10 jenis biskut dipelajari oleh para peserta. Ramai yang dah berkira-kira untuk bisnes biskut raya pada tahun ini. Eloklah jika ada semangat macam tu.Dah ada ilmu, gunakanlah ia sebaiknya.

Kursus Terakhir Biskut Raya - 24 Ogos 2008


Sebahagian peserta bersama biskut yang dihasilkan.

Kursus terakhir biskut raya telah diadakan semalam.Seramai 27 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Peserta yang datang dari pelbagai tempat seperti Kedah, Melaka dan sebagainya, menunjukkan kesungguhan masing-masing mempelajari kaedah membuat biskut ini. Saya berharap anda semua akan berjaya menghasilkan biskut-biskut yang enak untuk hari raya nanti.

Kursus Biskut - 3 Ogos 2008


Peserta sedang tekun menyiapkan biskut tat gulung.
Kursus biskut raya telah diadakan pada 3 Ogos yang lalu. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Nampaknya para peserta berkobar-kobar untuk membuat biskut raya tahun ini. Ada yang berminat untuk bisnes biskut raya dan ada juga yang belajar untuk hidangan keluarga saja. Walau apapun, memang tak rugi anda belajar kerana harga biskutpun akan naik tahun ini. Kalau tak buat berniaga pun, tak perlulah membeli lagi. Saya mendoakan agar anda sukses selalu.

Kursus Biskut Raya, 13 Julai 2008




Seronok nampaknya para peserta membuat biskut.

Pada 13 Julai yang lalu, telah berlangsung Kursus Biskut Raya. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus sehari ini. Mereka datang dari jauh dan dekat. Ada peserta dari Singapura, Sabah dan Segamat, Johor. Syabas diucapkan kepada anda yang datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu. Saya berharap semua peserta akan mempraktikkan ilmu yang dipelajari selama sehari ini. Mungkin ada yang berminat untuk bisnes biskut raya pada tahun ini . Saya doakan anda semua berjaya.

Kursus Biskut Raya 22 Jun 2008


Tekun sungguh mereka dengan tugasan masing-masing.


Peserta sedang mencairkan coklat.


Tersenyum kerana berjaya menyiapkan biskut Almond London.


Masing-masing bergilir-gilir menjalankan tugas.

Kursus Biskut Raya telah diadakan semalam 22 Jun, di Akademi Bakeri Ria, Taman Melawati KL.Seramai 20 orang peserta yang datang dari sekitar KL, Selangor ,N.Sembilan dan Perak telah menghadiri kursus praktikal selama sehari tersebut. Nampaknya ramai yang berminat untuk menjalankan bisnes biskut raya. Saya mendoakan anda semua berjaya dalam bidang yang diceburi. Moga anda semua sukses selalu hendaknya.

Popular Posts