Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Mee Hailam




Masakan dari mee memang menjadi kegemaran keluarga saya. Samada untuk sarapan pagi mahupun minum petang, mee selalu menjadi hidangan. Salah satu yang menjadi kegemaran anak-anak saya ialah mee hailam. Membuat mee tidaklah susah. Yang penting perencahnya cukup. Satu petua ialah gunakan air stok untuk membuat kuahnya.Air stok adalah air rebusan tulang ayam, daging atau udang. Perencahnya mesti cukup samada ayam, daging, udang atau sotong. Manisan dari bahan-bahan inilah yang menyedapkan lagi mee anda samada mee goreng, mee bandung atau apa saja mee. Satu lagi petua ialah, basuh dahulu mee dibawah air paip supaya minyak dan rasa sodanya hilang agar tidak menjejaskan rasa mee anda.

Bahan-bahan :

1 peket mee kuning
200 gm daging, direbus
100 gm udang
100 gm isi ayam, dicincang
2 tangkai sawi
1 batang lobak merah, dicincang panjang
3 sudu besar cili kisar
5 biji cili api, di ketuk
1/2 cawan kicap pekat
2 cawan air rebusan daging
garam dan perasa
1/3 cawan minyak, untuk menumis

Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging yang telah dihiris halus, isi ayam dan udang. Kacau hingga ayam empuk.
3. Masukkan air rebusan daging, lobak, kicap dan 1 cawan air. Biarkan mendidih. Jika mahu kuah banyak, tambahkan air.
4. Masukkan mee, sawi dan cili api. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan garam dan perasa. Angkat dan hidangkan.

Kuetiau Goreng Kerang

Bahan-bahan :

1 bungkus kuetiau
1 cawan taugeh
2 batang sawi, dipotong
200 gm udang sederhana, dibuang kepala
200 gm daging atau ayam, dicincang
500 gm kerang, rebus dan kopek
1 biji telur
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar cili kisar
5 sudu besar minyak masak
sedikit garam dan perasa

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing.
2. Masukkan daging atau ayam dan tumis hingga empuk (masukkan sedikit air agar ia mudah empuk).
3. Masukkan udang dan tumis hingga ia masak.Kemudian pecahkan telur dan masukkan kuetiau. Gaul sebati dan masukkan sawi.
4. Akhir sekali, masukkan taugeh, kerang,kicap ,garam dan perasa.Gaul sebati dalam api yang sederhana. Angkat dan hidangkan.

Popular Posts