Showing posts with label kursus Mac 2010. Show all posts
Showing posts with label kursus Mac 2010. Show all posts

Kursus Kek Keju 4 April 2010

Aneka macam kek keju telah dihasilkan.
Dah siap kek tu bolehlah potong ya.
Para peserta bergambar kenangan.


Seramai 17 peserta telah menghadiri kursus Kek Keju pada 4 April yang lepas. Editor Majalah RASA, Puan Yati Rahim turut menghadiri kursus ini, katanya untuk hidangan keluarga saja.Tahniah kepada anda semua dan diucapkan Selamat Mencuba.

Kursus Kek Cawan 28 Mac 2010

Peserta sedang membuat kek cawan
Hasil karya seorang peserta
Peserta bersama kek masing-masing


Tahniah kepada para peserta kursus Kek Cawan pada 28 Mac yang lalu. Seramai 12 orang peserta telah menghadirinya. Semoga dapat menggunakan ilmu yang dipelajari bagi menambah pendapatan keluarga. Sukses Selalu.

Kursus Bahulu dan Swissroll (21/3/2010)

Para peserta kursus Bahulu dan Swissroll
Kalau nak belajar buat benji roll yang warna-warni tu kursus bulan 4 ada lagi.

                                Aneka macam bahulu  telah dipelajari di kelas ini.
Pada 21/3 yang lepas telah berlangsung kursus Bahulu dan Swissroll.Seramai 13 peserta telah menghadiri kursus ini.Bermacam jenis swissroll dan bahulu telah dipelajari oleh para peserta. Syabas diucapkan atas kesungguhan anda semua. Semoga anda semua maju jaya.

Kursus Kuih Talam dan Kek Popular

                                Peserta kursus Kuih Talam bergambar kenangan.

                                Pelbagai talam dan kuih-muih telah dipelajari.

                                Kuih gula hangus atau sarang lebah pun ada.

                                Peserta kursus Kek Popular pun nak bergambar juga.

Kursus Kuih Talam dan Kek Popular telahpun berlangsung pada 13/3 dan 14/3 yang lepas.Seramai 14 orang peserta telah mengikuti Kursus Talam dan Kuih Komersil dan 22 orang peserta mengikuti Kursus Kek Popular. Tahniah kepada anda semua yang berjaya menamatkan kursus. Malah saya ada mendapat kiriman sms dari bekas peserta yang telah berjaya membuat kuih yang dipelajari tempohari. Syabas kepada anda.

Kursus Kek Lapis Sarawak





Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus Kek Lapis Sarawak pada hujung minggu lepas. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah berjaya  menyempurnakan kursus. Lepas ni rajin-rajinlah buat kek lapis dan kalau dah pandai bolehlah ambil order pulak. Oklah, good luck to all of you.

Popular Posts