Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Aktiviti Kelas Yang Lepas.

Beberapa kelas telah berlangsung sepanjang bulan Jun dan Julai ini.Antaranya seperti kelas Pastri, Frozen Food,Biskut Raya, Kek Popular dan juga Kek Cawan.Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan sempurna.Tinggal  6 kelas lagi yang akan berlangsung pada bulan Julai ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah booking tempat.

Peserta kursus kek cawan

Peserta kursus roti.

Peserta kursus pastri.

Peserta kursus frozen food.

Sebahagian peserta kursus biskut sedang menghias biskut.

Kursus 11/6 dan 12/6.

Alhamdulillah kursus Talam dan Kek Coklat telah berlangsung dengan jayanya pada minggu yang lalu.Tahniah diucapkan kepada para peserta yang datang dari jauh dan dekat.Ada peserta yang datang dari Brunei,Kluang Johor,Sungai Petani dan lain-lain.Moga ilmu yang dipelajari pada hari tersebut dapat dimanfaatkan untuk keluarga mahupun untuk bisnes anda.
Peserta kursus Kek Coklat bergambar kenangan.

Peserta kursus Talam dan Kuih-Muih .

Kelas 18/6 dan 19/6 ada kosong.

Masih ada kekosongan untuk kelas Aneka Roti pada 18/6 dan kelas Aneka Pastri pada 19/6.Sesiapa yang berminat boleh bank-in atau online transfer bayaran yuran RM150 kepada Prokarya Publishing and Distributors No.akaun MAYBANK - 562900001799.Selepas membayar sms beritahu sudah buat bayaran,beri nama penuh anda dan tarikh kursus ke no 014-3247478. Untuk makluman anda juga kelas 26/6 iaitu Biskut Raya dan Biskut Berhias SUDAH PENUH.

Kursus Terakhir Untuk tahun 2010

Sebahagian peserta sedang menyusun coklat yg telah siap.

Para peserta Homemade Chocolate bergambar ramai.
Dua kursus terakhir untuk tahun 2010 telah berlangsung pada minggu lepas iaitu Kursus Homemade Chocolate dan Kursus Kek Popular. Tahniah diucapkan kepada para peserta  yang hadir. Saya berharap anda mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan jangan putus asa jika cubaan pertama anda kurang menjadi. Teruskan mencuba sehingga mendapat hasil yang sempurna. Hanya peserta Homemade Chocolate saja yang  bergambar manakala peserta Kek Popular tidak sempat diambil gambarnya kerana kesuntukan masa. Maaflah ye.Insyaallah kalau datang kelas 2011, kita akan bergambar lagi.

Kursus Talam dan Roti (11 dan 12/12)

Kursus Talam dan Roti telah berlangsung pada minggu yang lepas. Ramai peserta yang telah hadir untuk kedua-kedua kursus ini. Disebabkan cuti sekolah , ramai peserta dari luar KL/Selangor menghadiri kursus ini seperti dari Terengganu, Pahang, Taiping Perak, Sungai Petani, Kedah dan lain-lain lagi. Tahniah kepada anda semua kerana bersusah-payah datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu. Saya berharap anda semua mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk menambah pendapatan atau untuk hidangan keluarga tersayang.


Peserta kursus kuih talam bergambar kenangan.


Sebahagian peserta bergambar bersama kuih-muih yang dihasilkan.

Peserta kursus roti sedang membuat pizza.


KELAS TALAM DAN ROTI SUDAH PENUH

Assalamualaikum kepada para pengunjung semua. Ingin diberitahu bahawa kursus Talam pada 11/12 dan Kursus Roti &Pastri pada 12/12 sudah penuh. Oleh itu saya berharap anda tidak membuat pembayaran untuk kedua-dua kelas ini lagi. Bagaimanapun kursus Homemade Chocolate 18/12 dan Kursus Kek Mentega, Span dan Cara Hiasan pada 19/12 masih ada kekosongan lagi. Sekian, terimakasih. (posted 4 Disember 2010)

KURSUS 4/12 DAN 5/12 SUDAH PENUH.

Ingin dimaklumkan bahawa kursus 4/12 - Frozen Food dan 5/12 - Kek Cawan telahpun penuh. Anda diharapkan untuk tidak membuat pembayaran lagi untuk kedua-dua kursus ini. Untuk kursus seterusnya masih ada kekosongan lagi. Mana-mana bakal peserta yang telah memberi nama, sila buat pembayaran untuk mempastikan anda mendapat tempat kerana bilangan peserta yang diambil adalah terhad kepada 20 orang saja.Sila telefon saya dahulu untuk mempastikan kursus yang anda minta itu masih kosong.
(Posted : 29 November 2010)

KURSUS KEK KEJU DAN HIASAN KEK

Kursus Kek Keju telah diadakan pada 27/11 dan Hiasan Kek pada 28/11. Kedua-dua kursus telah berjalan dengan lancar dan para peserta semua telah berjaya menamatkan kursus masing-masing. Tahniah diucapkan kepada anda semua.Balik nanti teruskan praktis untuk lebih mahir.

Seronok nampaknya bila kek dah siap.

Para peserta Kek Keju bergambar ramai.

Peserta sedang sebuk mengaising kek.

Dah siap kek barulah boleh bergambar

Kek yang dihasilkan oleh peserta sendiri.

Baki Kursus Bulan Mac 2010

Bulan Mac sudah sampai ke penghujungnya.Hanya tinggal tiga kursus lagi iaitu Kursus Bahulu dan Swissroll (21/3),Kursus Frozen Food (27/3) dan Kursus Kek Cawan &Hiasannya (28/3).Masih ada kekosongan untuk kursus-kursus ini dan jika anda berminat bolehlah menghubungi  Puan Noraini  atau sms nama anda dan tarikh kursus ke 014-3247478.

Kursus Bermula Januari 2010


Macam-macam biskut yang nak diambil gambar.


Jurugambar Wan Zamri, sedang menjalankan tugasnya.
Assalamualaikum kepada para pengunjung semua. Minta maaflah kerana dah beberapa minggu tak update blog ni, maklumlah macam-macam hal. Ramai yang menghantar emel,sms,mesej dalam chatbox dan juga menalifon bertanyakan tentang jadual kursus hujung tahun ini. Biarlah saya menerangkan semula. Saya dan suami telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini tetapi dalam status menunggu (standby). Keberangkatan saya ke tanah suci bergantung kepada keputusan muktamad tentang kuota haji yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Jadi ada dua kemungkinan samada pergi atau tak pergi. Oleh itu saya membuat keputusan bahawa kursus hanya akan bermula bulan Januari 2010 samada dapat pergi ataupun tidak. Jadual kursus Januari 2010 akan dimasukkan pada bulan Disember nanti.Harap anda semua maklum .

Buku baru bertajuk "Aneka Biskut Popular" sudahpun selesai proses shooting dan akan berada di pasaran sebelum puasa tahun depan. Ada lebih 35 jenis resipi biskut yang mudah dan pasti jadi insyaallah. Buku ini lengkap dengan tip dan panduan membuat biskut yang jarang ada dalam buku-buku lain.

Kursus Akan Datang

Assalamualaikum diucapkan kepada para pengunjung semua. Nampaknya kita sudahpun hampir ke penghujung Ramadan dan beberapa hari saja lagi kita akan menyambut lebaran. Ramai yang bertanya bila saya akan menyambung semula kursus. Nampaknya ramai yang tak sabar-sabar nak belajar ni . Sebenarnya macam ni, saya dan suami ada memohon pakej untuk menunaikan haji pada tahun ini. Tetapi nama kami belum confirm dapat pergi . Jika tak dapat pergi pada tahun ini maka kelas akan bermula pada bulan November. Bulan Oktober saya ada shooting untuk buku terbaru Aneka Biskut jadi tak dapatlah bermula kelas bulan Oktober. Sekiranya ada rezeki saya menunaikan haji tahun ini, maka kursus hanya bermula pada Januari tahun 2010. Apapun, perkembangan terbaru tentang kursus boleh diikuti dalam blog saya ini.
Posting pada 17/9/2009

Kursus Kek Cawan 16 Ogos 2009


Peserta sedang menghias kek cawan masing-masing.


Hai, bila nak siap ni?


Akhirnya peserta bergambar kenangan setelah kek berjaya disiapkan.

Nampaknya kelas kita pun dah sampai ke penghujungnya.Untuk kelas yang terakhir ini, seramai 9 peserta telah menghadirinya. Tahniah diatas kesungguhan anda mempelajari teknik membuat kek dan menghiasnya. Bagaimanapun, untuk menambah kemahiran anda, hendaklah selalu praktis ok.Barulah designnya tambah mengancam. Selamat Maju Jaya pada anda semua.

Kursus Terakhir Sebelum Ramadan

Dua kursus terakhir sebelum Ramadan akan diadakan iaitu Kursus Bahulu dan Mufin pada 15 Ogos (Sabtu) dan Kursus Kek Cawan dan Hiasan pada 16 (Ogos). Untuk kursus bahulu anda akan mempelajari kaedah membuat Bahulu Cermai, Bahulu Kemboja, Bahulu Cappucino, Bahulu Pandan Choc Rice, Bahulu Gulung dan Bahulu Lapis.Anda akan turut mempelajari 4 jenis resipi mufin yan enak. Saya juga akan memberikan panduan mengguna bahan pengawet agar tahan lama dan juga pembungkusan yang menarik.Ha, 10 resipi dengan bayaran RM130 saja. Bila dah belajar bolehlah buat jual untuk raya nanti. Kelas ini masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di 014-3247478 . Untuk Kursus Kek Cawan, kelas sudahpun penuh . Insyaallah bulan November nanti kita akan sambung kursus seperti biasa. Untuk jadual boleh rujuk ke blog saya pada bulan Oktober nanti. Ok bye.

Kursus Biskut Raya dan Kek Popular


Peserta kursus Biskut Raya sedang memaip aising pd biskut.


Peserta kursus Biskut Raya bergambar kenangan.


Peserta kursus Kek Popular bergambar ramai.

Pada minggu lepas telah berlangsung dua kursus iaitu kursus Biskut Raya pada hari Sabtu dan kursus Kek Popular pada hari Ahad. Ramai yang telah menyertai kedua-dua kursus ini dan alhamdulillah mereka sungguh bersemangat sekali sehingga berjaya menamatkan kursus. Selamat maju jaya diucapkan kepada anda semua dan sesiapa yang nak buat bisnes biskut raya tu bolehlah buat biskut dari sekarang .

Shout Box Tak Terbalas

Berbanyak maaf kerana kesuntukan masa untuk membalas komen-komen anda dalam Shout Box.Insyaallah jika saya ada kelapangan masa nanti, saya akan balas okay.Ada beberapa orang yang bertanya mengapa saya tidak membuat kelas di tempat-tempat lain kecuali Taman Samudra. Jawapan saya ialah Aniz Baking Centre sudah ada tempat yang tetap di Taman Samudra.Jadi tidak perlulah berpindah randah kesana- kemari. Masalahnya untuk membuat kursus di luar ialah terpaksa mengangkut peralatan dan banyak masa terbuang dalam perjalanan. Jika anda betul-betul minat mahu belajar, datanglah ke Taman Samudra. Ramai yang dari Pantai Timur, Johor, Melaka, Sabah, Sarawak dan lain-lain tempat yang jauh pun sanggup datang ke Taman Samudra.Bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.Buat masa ini memang saya tiada kesempatan untuk membuat kursus di luar dari Taman Samudra.

Kursus 30 dan 31 Mei 2009

Kursus Kek Cawan dan Hiasannya akan berlangsung pada 30 Mei. Anda akan membuat 4 jenis kek cawan +3 resipi bonus. Mempelajari cara membancuh krim mentega (buttercream) dan menghias kek cawan dengan buttercream dan piping jelly. Juga ditunjukkan demo membuat doh fondant dan menghias kek cawan cara mudah menggunakan fondant.

Pada 31 Mei pula akan diadakan Kursus Kuih Komersil dan Bahulu. Pelbagai jenis kuih komersil seperti talam-talam, kuih bakar, tepung pelita dan pelbagai bahulu akan dipelajari. Semua kelas akan berlangsung dari pukul 10 pg hingga 5 petang. Yuran ialah RM130 sahaja dan anda diberikan sijil penyertaan setelah tamat kursus.Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Masih ada kekosongan untuk kedua-dua kelas tersebut. Berminat boleh hubungi Pn.Noraini atau sms ke 014-3247478 atau 03-31675408.

Kursus Minggu Ini

Pada 18 haribulan(Sabtu) ini akan diadakan kursus Hiasan Kek Dengan Krim Mentega , Krim Segar dan Ganache Coklat. Anda akan belajar perkara berikut seperti :
1. Membuat Kek Span Vanila, Coklat dan pelbagai perisa.
2. Membancuh krim mentega
3. Menyalut kek dengan krim mentega
4. Membuat pelbagai paten seperti tulisan, bintang, daun, bunga ros, dahlia, corak tepi kek dan lain-lain.
5. Anda akan diberikan sebiji kek dan menghiasnya sendiri.Kek dibawa pulang.
6. Demonstrasi membuat kek black forest dan blueberi dari krim segar (Non-Dairy Whipping Cream)
7. Demonstrasi membuat coklat ganache dan menyalut kek dengan coklat.

Pada 19 haribulan(Ahad) akan diadakan Kursus Biskut Raya.Anda akan belajar perkara berikut seperti :
1. Tips dan panduan membuat biskut.
2. Tips dan panduan menjalankan bisnes biskut raya.
3. Membuat 8 jenis biskut dan 3 resipi bonus. Biskut adalah seperti Biskut Permaisuri Badam,Biskut Fancy Aiskrim, Mama Carrie, Havana Strawberi,Almond London, Cip Coklat, Oatmeal, Suji Bergajus, Tat Gulung, Sampan Kelapa dan Semperit. Semua biskut sesuai untuk buat bisnes.

Kepada anda yang berminat, bolehlah smskan nama dan jenis kursus ke 014-3247478. Yuran adalah RM150 dan dibayar pada hari kursus. Tidak perlu membawa barang kecuali pen. Kelas bermula pada pukul 10 pagi - 5 ptg. Tempat kursus adalah di Aniz Baking Centre, No .589 B, Tingkat 2, Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves. Untuk peta lokasi, sila klik link diatas.

Kursus Bulan Mac 2009

Untuk bulan Mac ini, banyak lagi kursus yang akan diadakan seperti Biskut Raya (15 Mac),Puff Pastry (21 Mac),Kek Lapis Sarawak (22 Mac), Kek Cawan dan Hiasannya (28 Mac) dan Frozen Food pada 29 Mac. Kelas-kelas ini masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di no.014-3247478 atau 03-31675408.

Kursus Roti 28/2/09 dan Kursus Pastri 21/2/09


Pelbagai menu hidangan tart dan pastri dihasilkan dlm kursus ini.


Para peserta kursus pastri bersama Chef Yanti.


Para peserta mempelajari cara membuat pizza.


Peserta kursus Aneka Roti, Donat dan Pizza bergambar ramai.

Kursus Aneka Roti, Donat, Pizza dan Kursus Pastri telah diadakan baru-baru ini.Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Semoga anda semua dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.Selamat Berjaya

Kursus Pastri dan Hiasan Kek


Peserta bergambar dengan kek yang telah dihias cantik.


Hasil kerjatangan peserta kelas hiasan kek.

Baru-baru telah diadakan Kursus Puff Pastry, Croissant, Danish dan Tart juga Kursus Hiasan Kek. Selamat Berjaya diucapkan kepada anda semua dan moga ilmu yang dipelajari dalam kelas itu dapat dipraktikkan di rumah nanti bagi menjana pendapatan sampingan buat anda sekeluarga.

Popular Posts