Membeli Peralatan Bakeri

Fad dari Kuantan bertanya dimana nak beli peralatan bakeri untuk membuat bisnes bakeri di rumah. Antara peralatan penting yang perlu ada ialah pengadun (mixer) dan ketuhar (oven).
Akak gunakan mixer Kenwood Chef dan ketuhar pula gunakan jenis Europa Jetcook. Peralatan ini adalah untuk kegunaan domestik (kegunaan rumahtangga) bukan untuk komersil. Tetapi boleh juga gunakan untuk bisnes kecil-kecilan. Tapi jika kita bercadang untuk membuat secara banyak setiap hari, kita perlu gunakan mesin komersil. Ada banyak syarikat yang menjual peralatan ini dan harganya adalah berbeza-beza. Jadi sebelum membeli, kenalah buat survey dahulu tentang harga,kapasiti,ruang utk menempatkan alat dan lain-lain. Di KL dan Selangor ada beberapa syarikat yang menjual peralatan ini tetapi di Kuantan, saya tidak pasti dimana.

1. Solid Cool Marketing Sdn.Bhd.

Jenis Produk : Petiais Komersil, Pengadun,Ketuhar,worktable dll
Alamat : No.24, Jalan Puteri 4/2, Bandar Puteri ,Puchong, Selangor
: Persiaran Tungku Ampuan Rahimah ,Klang
No.tel : 03-80618080 Fax : 603-80607953

2. CKE Marketing Sdn.Bhd.

Jenis Produk : Ketuhar, Pengadun,petiais, dll
Alamat : Cheras tel : 03-92823333
: Port Klang tel : 03-33739886
: Setapak tel : 03-40228632

3. Lian Huat Machinery Sdn.Bhd.

Jenis Produk : Peralatan bakeri berskala besar
Alamat : Pandan Indah, KL Tel : 03-42967106

Jadi sebelum anda membeli, lawati dahulu showroom mereka untuk melihat sendiri peralatan yang bersesuian dengan budget dan keperluan anda.

3 comments:

Unknown said...

salam...
saya ingin tahu dimana lokasi kedai menjual peralatan membuat kek di berdekatan dengan atau di sekitar wangsa maju...
terima kasih

Unknown said...

Hello,We are manufacturer and designer of Bakery & Fondant tools in Shanghai China.
We are very glad to introduce a new fondant tool which is our best-seller, Lace Mat, which can instant lace making within 10 seconds. It can save your much time to decorate. And it have great demand in global market. This is video link about Lace Mat and Fondant Sheet Machine(new) operation:
http://youtu.be/YFFoHMeIy94;
http://youtu.be/V5ZLwfqQ-xQ
Thank you!

Unknown said...

salam..sy nak tanya sis ade tau tak mana-mana kedai yg membeli oven elektrik industri..sy nk jual oven sy..urgent..

Popular Posts