Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

KURSUS FEBRUARI, MAC DAN APRIL 2011.

FEBRUARI 2011

12/2/2011 ( Sabtu )
ANEKA KEK KEJU (RM150)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.

13/2/2011 (Ahad)
ANEKA BISKUT RAYA (RM150)
Resipi : Biskut Almond London, Biskut Cip Coklat,Tat Gulung,Tat Sri Nona, Semperit, Biskut Strawberi, Biskut Aiskrim, Biskut Gajus, Coklat Srikandi dan 3 resepi bonus beserta tips bisnes biskut raya dan panduan membuat biskut.

19/2/2011 (Sabtu)
TALAM DAN KUIH-MUIH (RM150)
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan,Talam Lapis,Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah),, Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang gerenti jadi.


20/2/2011
ANEKA KEK POPULAR DAN CARA MENGHIAS (RM150)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias), Pandan Layer Cake dan Kek Coklat.

26/2/2011
FROZEN FOOD (RM150)
Resipi : Pau lembut,Donat, Karipap Pusing,Cucur Badak,Bom Bijan, Kuih Rengas, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.Penerangan tentang cara pembungkusan dan penyimpanan agar tahan lama..

27/2/2011
KEK COKLAT DAN HIASAN (RM150)
Resipi :  Kek Coklat Moist, American Brownies, Span Coklat, Chiffon Coklat, Kek Coklat Kukus.Cara membancuh chocolate ganache dan menuang atas kek.

MAC 2011

5/3/2011 (Sabtu)
ANEKA ROTI (RM150)
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat kentang dan  pizza.Turut mempelajari cara membuat sandwich bread dan croissant.


6/3/2011 (Ahad)
ANEKA PASTRI (RM150)
Mempelajari cara membuat Puff Pastry seperti Puff Sardin, Chicken Pie,Apple Pie, Portuguese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur, Cream Puff pelbagai bentuk dan inti.

12/3/2011 (Sabtu)
BAHULU DAN SWISSROLL (RM150)
Mempelajari cara membuat bahulu tradisional, bahulu moden pelbagai perisa seperti pandan, cappucino,bahulu lapis dan bahulu gulung.Membuat Swissroll Marble,Benji Roll,Blueberi Swissroll.

13/3/2011 (Ahad)
ANEKA KEK KEJU (RM150)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.


19/3/2011 (Sabtu)
KEK LAPIS SARAWAK (RM150)
Mempelajari cara membuat kek lapis bercorak dan kek lapis gulung.Diajar cara memotong dan menyusun mengikut corak dikehendaki.Resipi spt. Kek Lapis Semarak, Kek lapis Kincir Angin, Kek Lapis Prun, Roll Domino dan Roll Tikar.


20/3/2011 (Ahad)
KEK CAWAN DAN HIASAN (RM150)
Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, Kek Cawan.Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus.Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly, krim mentega.


26/3/2011 (Sabtu)
DECORATED COOKIES (KUKIS BERHIAS) (RM150)
Mempelajari cara membancuh dan membakar biskut . Membancuh royal icing dan menghias biskut dengan pelbagai corak dan warna. Sesuai untuk hidangan raya, hadiah atau hantaran perkahwinan.
Bonus : 3 resipi biskut.

27/3/2011 (Ahad)
HIASAN KEK PERKAHWINAN DENGAN FONDANT (RM170)
Membancuh dan membakar kek buah. Membancuh ising fondant dan ising royal.Ditunjukkan cara membalut kek dengan fondan dan menghias dengan pelbagai paten untuk hantaran.Anda membawa pulang kek yang telah anda hias sendiri.

APRIL 2011

2/4/2011 (Sabtu)
ANEKA KEK KEJU (RM150)
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Cip Coklat dan Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.


3/4/2011 (Ahad)
HOMEMADE CHOCOLATE (RM150)
Mengenali jenis-jenis coklat.Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan. Membuat  pelbagai jenis dan corak coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle dan pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.


9/4/2011 (Sabtu)
TALAM DAN KUIH-MUIH (RM150)
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan,Talam Lapis,Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang gerenti jadi.

10/4/2011 (Ahad)
BISKUT RAYA (RM150)
Resipi : Biskut Almond London, Biskut Cip Coklat,Tat Gulung,Tat Sri Nona, Semperit, Biskut Strawberi, Biskut Aiskrim, Biskut Gajus, Coklat Srikandi dan 3 resepi bonus beserta tips bisnes biskut raya dan panduan membuat biskut.


16/4/2011 (Sabtu)
FROZEN FOOD (RM150)
Resipi : Pau lembut,Donat, Karipap Pusing,Cucur Badak,Bom Bijan, Kuih Rengas, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.Penerangan tentang cara pembungkusan dan penyimpanan agar tahan lama..

17/4/2011 (Ahad)
ANEKA KEK POPULAR DAN HIASAN (RM150)
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias), Pandan Layer Cake dan Kek Coklat.


23/4/2011 (Sabtu)
ANEKA ROTI (RM150)
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat dan  pizza.Turut membuat sandwich bread dan croissant.


24/4/2011 (Ahad)
ANEKA PASTRI (RM150)
Mempelajari cara membuat Puff Pastry seperti Puff Sardin, Chicken Pie,Apple Pie, Portuguese Egg Tart, Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur, Cream Puff pelbagai bentuk dan inti.

30/4/2011 (Sabtu)
KEK COKLAT DAN HIASAN (RM150)
Resipi :  Kek Coklat Moist, American Brownies, Span Coklat, Chiffon Coklat,Kek Coklat Kukus dan menghias kek dengan Coklat Ganache .

Nota : Semua kelas diadakan dari pukul 10 pg - 5 petang. Kursus secara hands-on (praktikal). Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen saja. Sijil diberikan selepas kursus.Untuk membuat tempahan kelas, sila hubungi Puan Noraini : 014-3247478 atau 03-31675408. Bayaran yuran hendaklah dibuat kepada  Prokarya Publishing and Distributors. No. akaun MAYBANK No.562900001799 selewat-lewatnya 1 minggu sebelum kelas.Semua kelas di diadakan di premis Aniz Baking Centre, No.45-1, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang. (Bangunan kedai sebelah Giant) 



Kursus Terakhir Untuk tahun 2010

Sebahagian peserta sedang menyusun coklat yg telah siap.

Para peserta Homemade Chocolate bergambar ramai.
Dua kursus terakhir untuk tahun 2010 telah berlangsung pada minggu lepas iaitu Kursus Homemade Chocolate dan Kursus Kek Popular. Tahniah diucapkan kepada para peserta  yang hadir. Saya berharap anda mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan jangan putus asa jika cubaan pertama anda kurang menjadi. Teruskan mencuba sehingga mendapat hasil yang sempurna. Hanya peserta Homemade Chocolate saja yang  bergambar manakala peserta Kek Popular tidak sempat diambil gambarnya kerana kesuntukan masa. Maaflah ye.Insyaallah kalau datang kelas 2011, kita akan bergambar lagi.

Kursus Talam dan Roti (11 dan 12/12)

Kursus Talam dan Roti telah berlangsung pada minggu yang lepas. Ramai peserta yang telah hadir untuk kedua-kedua kursus ini. Disebabkan cuti sekolah , ramai peserta dari luar KL/Selangor menghadiri kursus ini seperti dari Terengganu, Pahang, Taiping Perak, Sungai Petani, Kedah dan lain-lain lagi. Tahniah kepada anda semua kerana bersusah-payah datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu. Saya berharap anda semua mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk menambah pendapatan atau untuk hidangan keluarga tersayang.


Peserta kursus kuih talam bergambar kenangan.


Sebahagian peserta bergambar bersama kuih-muih yang dihasilkan.

Peserta kursus roti sedang membuat pizza.


ANIZ BAKING CENTRE AKAN BERPINDAH KE KLANG

Saya ingin memberitahu kepada semua pengunjung dan bekas peserta Aniz Baking Centre bahawa kami akan berpindah ke Bandar Bukit Tinggi, Klang mulai Januari 2011. Kursus akan bermula pada bulan Februari 2011 setelah kerja-kerja pengubahsuaian premis baru ini selesai. Premis baru ini beralamat di No 45-1,Jalan Batu Nilam 5,Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.Ia terletak di tingkat 1 sebuah bangunan kedai 3 tingkat bersebelahan Pasaraya Besar Giant Klang.Insyaallah,premis baru ini akan menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa dari di Taman Samudra.Dari KL ke Klang mengambil masa lebih kurang 45 minit saja dan lebih cepat jika melalui Lebuhraya NPE dari Bangsar. Untuk ke Klang anda boleh mengikuti Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), NPE, KESAS, LDP atau NKVE.Jika melalui Federal Highway, tolnya murah iaitu RM2.20 saja.Untuk ke Bandar Bukit Tinggi Klang , anda tidak akan mengalami kesesakan jalanraya kerana Jambatan Kota yang baru telahpun siap sepenuhnya.

Tentu ramai yang bertanya kenapa saya berpindah ke Klang. Sebenarnya saya memang tinggal di Klang dan terpaksa berulang-alik ke KL jika ada kelas. Sudah 3 tahun  Aniz Baking Centre berkhidmat kepada warga KL dan sekitarnya dan saya berfikir sudah tibalah masanya kami menyumbang bakti  kepada warga di sebelah sini pula. Bagaimanapun saya mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja yang berminat walaupun dari mana anda datang.Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada warga KL dan para peserta semua yang memberikan sokongan yang sangat menggalakkan sepanjang kami beroperasi di Taman Samudra.Semoga kita akan berjumpa lagi di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada tahun hadapan.

Disinilah Aniz Baking Centre akan beroperasi mulai 2011, ditingkat bawah ialah kedai elektrik.

KURSUS FROZEN DAN KEK CAWAN

Dua kursus telah berlangsung pada minggu lalu iaitu kursus Frozen Food dan juga kursus Kek Cawan. Alhamdulillah ia telah berlangsung dengan jayanya. Ramai peserta yang datang dari luar KL seperti dari Taiping, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan lain-lain. Maklumlah musim cuti sekolah dapatlah mereka yang jauh tu datang belajar. Akhirkata Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anda semua.
Para peserta sedang sebuk menyiapkan kek cawan masing-masing.

Ada yang tengah termenung memikirkan apa design nak buat.

Dah siap kek cawan barulah boleh bergambar.

KELAS TALAM DAN ROTI SUDAH PENUH

Assalamualaikum kepada para pengunjung semua. Ingin diberitahu bahawa kursus Talam pada 11/12 dan Kursus Roti &Pastri pada 12/12 sudah penuh. Oleh itu saya berharap anda tidak membuat pembayaran untuk kedua-dua kelas ini lagi. Bagaimanapun kursus Homemade Chocolate 18/12 dan Kursus Kek Mentega, Span dan Cara Hiasan pada 19/12 masih ada kekosongan lagi. Sekian, terimakasih. (posted 4 Disember 2010)

KURSUS 4/12 DAN 5/12 SUDAH PENUH.

Ingin dimaklumkan bahawa kursus 4/12 - Frozen Food dan 5/12 - Kek Cawan telahpun penuh. Anda diharapkan untuk tidak membuat pembayaran lagi untuk kedua-dua kursus ini. Untuk kursus seterusnya masih ada kekosongan lagi. Mana-mana bakal peserta yang telah memberi nama, sila buat pembayaran untuk mempastikan anda mendapat tempat kerana bilangan peserta yang diambil adalah terhad kepada 20 orang saja.Sila telefon saya dahulu untuk mempastikan kursus yang anda minta itu masih kosong.
(Posted : 29 November 2010)

KURSUS KEK KEJU DAN HIASAN KEK

Kursus Kek Keju telah diadakan pada 27/11 dan Hiasan Kek pada 28/11. Kedua-dua kursus telah berjalan dengan lancar dan para peserta semua telah berjaya menamatkan kursus masing-masing. Tahniah diucapkan kepada anda semua.Balik nanti teruskan praktis untuk lebih mahir.

Seronok nampaknya bila kek dah siap.

Para peserta Kek Keju bergambar ramai.

Peserta sedang sebuk mengaising kek.

Dah siap kek barulah boleh bergambar

Kek yang dihasilkan oleh peserta sendiri.

Penyertaan untuk kursus Kek Keju Ditutup.

Penyertaan untuk kursus Kek Keju pada 27/11/2010 telahpun ditutup kerana telah cukup peserta. Masih ada kekosongan untuk kursus Hiasan Kek pada 28/11/2010. Sila call dulu sebelum membuat bayaran untuk pastikan masih ada kekosongan.Harap maklum.( posted :22/11/2010 - 4 ptg)

BAYARAN YURAN KURSUS

Assalamualaikum kepada para pelawat semua. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada para peserta yang telah membuat bayaran untuk kursus Kek Keju 27/11/2010 dan Kursus Hiasan Kek pada 28/11/2010. Hanya ada 2 kekosongan lagi untuk 27/11 dan  8 tempat kosong lagi untuk kursus Hiasan Kek.Peserta terhad kepada 20 orang saja.Kepada peserta yang telah membuat pembayaran, hendaklah sms nama anda dan tarikh kursus yang ingin disertai. Slip bayaran hendaklah dibawa semasa hadir pada hari kursus nanti.Anda tidak perlu membawa apa-apa barang kecuali pen saja kerana semua bahan dan peralatan akan disediakan. Kepada anda yang telah menempah untuk kelas 4 dan 5 Disember iaitu Kelas Frozen Food dan Kek Cawan dan Hiasan, bolehlah membuat pembayaran yuran dari sekarang.

SELAMAT PULANG KE TANAHAIR


Bermacam jenis kuih, kek,kuih kering ada dijual di kedai Kartikasari.

Para pekerja sibuk melayan pelanggan.

Kuih-muih basah turut dijual disini.

Kek-kek moden pelbagai jenis.

Kek lapis surabaya,lapis legit menjadi jualan terhangat disini.
 Alhamdulillah, saya sekeluarga selamat pulang ke tanahair pada 14 November yang lepas. Syukur kerana Jakarta dan Bandung tidak terkena jerebu Gunung Merapi yang meletup tu. Ini kerana Gunung Merapi terletak di Jawa Tengah manakala Jakarta dan Bandung terletak di Jawa Barat. Di Jakarta, kami hanya berada satu malam saja jadi tak banyak tempat yang sempat kami lawati.Lagipun Jakarta ini jem teruk, kata orang Indon macet.Kebetulan pulak,presiden Amerika Barack Obama ada melawat Indonesia sehari sebelum tu.Esoknya kami bertolak ke Bandung yang terletak 3 jam perjalanan dari Jakarta.Bandar Bandung ni terletak atas kawasan bukit macam Genting Highland tu, jadi cuaca agak sejuk sikit. Bandar ni pun sesak juga dengan jalan-jalan yang sempit dan kenderaan yang banyak terutama motosikal.

Banyak juga tempat shopping kat sini seperti Factory Outlet, kedai barang kulit, Komplek Pasar Baru dan lain-lain. Tapi makan aje yang kurang enak kerana tak sesuai dengan tekak kita yang dah terbiasa dengan masakan Melayu.Tapi kat Bandung ni kena hati-hati sikit dengan kedai makan kerana ada yang tak halal kerana kat sini bukan semua Islam, ramai yang Kristian. Kedai bakeri kat sini banyak sekali, yang sempat kami kunjungi ialah Perusahaan Bakeri Kartika Sari yang terletak di Kebon Kawung, Bandung. Bermacam jenis kek dan kuih-muih dijual kat sini. Saya pun belilah Lapis Legit,Lapis Surabaya, Brownies Kukus dan beberapa jenis yang lain untuk hidangan Hari Raya Haji nanti. Rasanya lebih kurang macam kek kita aje.Kelainan disini, ia turut menjual pelbagai jenis kuih-muih basah.

Kesimpulannya, memang seronok pergi makan angin ni, sambil-sambil tu dapat meninjau bisnes bakeri disana.Disini juga ada tempat-tempat yang turut menganjurkan kursus-kursus masakan. Insyaallah, saya bercadang untuk buat Lawatan Sambil Belajar ke Bandung lagi khusus mengenai bidang bakeri, mungkin penghujung tahun depan (2011).Program ini akan diwar-warkan di blog bila tiba masanya nanti.

BERKUNJUNG KE NEGARA JIRAN

Dengan izin Allah saya akan berkunjung ke Jakarta dan Bandung dari 10 - 14 November 2010. Oleh itu anda yang ingin bertanya mengenai kursus atau nak buat tempahan kursus , tidak menghubungi saya pada tarikh tersebut. Boleh menghubungi saya semula mulai 15 November. Walaupun di Indonesia baru saja ditimpa tsunami, letupan Gunung Merapi dan sebagainya, saya sekeluarga teruskan juga kesana kerana telah merancangnya sejak 6 bulan yang lepas.Harap-harap Jakarta dan Bandung tidak  kena tempias bencana. Nanti bila saya balik , akan saya ceritakan perkembangan disana.Wassalam.

KURSUS KEK COKLAT DAN ROTI

Peserta kursus Roti &Pastri bergambar kenangan.
Inilah roti-roti yang telah dihasilkan oleh peserta.
Peserta kelas Kek Coklat bergambar ramai.
Dua kelas telah berlangsung pada minggu lalu iaitu Kursus Kek Coklat dan juga Roti & Pastri pada 6 dan 7 November 2010. Sambutan sangat menggalakkan dimana 24 orang menghadiri kursus Kek Coklat dan 26 orang menghadiri kursus Roti &Pastri. Tahniah kepada para peserta kerana telah menjayakan kursus ini. Diharap anda mencuba resipi-resipi yang telah dipelajari tempohari.

PERATURAN BARU UNTUK DAFTAR KURSUS

Assalamualaikum diucapkan kepada para pelawat di Resipinoraini.Saya berharap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya ingin mewar-warkan satu peraturan baru untuk mengikuti kursus di Aniz Baking Centre.Saya bersyukur kerana kursus-kursus masakan yang kami anjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari anda semua.Bagaimanapun, ada beberapa perkara kurang enak yang perlu diperbetulkan agar menjadi lebih kemas dan teratur.Peraturan ini akan berkuat-kuasa mulai kursus  27 November 2010.

Ini berkenaan dengan pendaftaran peserta. Memang ramai yang memberi nama untuk mengikuti kursus sehingga ada sesetengah kelas  yang terlebih peserta. Tetapi  ramai yang cancel walaupun telah memberi pengesahan kehadiran . Seringkali dengan alasan yang remeh-temeh, bakal peserta sewenang-wenangnya membatalkan kelas. Tentunya kami tidak menggemari tabiat seperti ini diteruskan.Ini menutup peluang orang yang benar-benar berminat. Kami hanya mahukan peserta yang serius dan betul-betul memberikan komitmen untuk hadir.

Oleh itu, mulai kelas 27 November 2010, sesiapa yang berminat mengikuti sebarang kursus di Aniz Baking Centre hendaklah membuat bayaran penuh RM150 sebelum menghadiri kursus. Tiada diskaun untuk bekas peserta kerana harga barang sudah naik mendadak.Semua orang  membayar harga yang sama  iaitu RM150.(Yuran kursus tidak dinaikkan)

1. Bank-in bayaran anda RM150 kemana-mana cawangan MAYBANK. Bayar atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS. No akaun : 562900001799
2. Setelah membuat bayaran, faks slip bayaran ke 03-31675408 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com atau ani_zakaria@yahoo.com.my 
3. Hantar sms ke 014-3247478 memberitahu bayaran telah dibuat dan sertakan nama anda dan tarikh kursus yang ingin diikuti. Nama anda akan dimasukkan dalam senarai peserta.
4. Kami akan menyemak bayaran anda secara online.
5. Pada hari kursus, sila bawa slip bayaran anda untuk pengesahan.
6. Sekiranya anda tidak dapat hadir kursus tetapi bayaran telah dibuat, anda boleh menukar tarikh kursus yang lain.
7. Bayaran hendaklah dibuat sekurang-kurang 4 hari sebelum kelas berlangsung.
8. Tempat terhad kepada 20 peserta saja. Siapa membuat bayaran dulu, dia mendapat tempat.

Apa-apa kemusykilan, bolehlah emel ke admin@anizbakingcentre.com atau ani_zakaria@yahoo.com.my

KURSUS KEK DAN HOMEMADE CHOCOLATE

Dua kursus telahpun berlangsung pada minggu lepas iaitu Kursus Kek dan Hiasan dan Kursus Homemade Chocolate. Syabas diucapkan kepada para peserta yang bersungguh-sungguh menjalani kursus tersebut. Tapi resipi tu janganlah disimpan saja.Cubalah praktikkan hingga mendapat hasil yang sempurna. Selamat Maju Jaya.

Dah penat buat kek, tibalah masa mengambil gambar pula.
Peserta kursus kek bergambar kenangan.
Ini pula peserta kursus Homemade Chocolate, mencuba sendiri membuat coklat.
Sedang asyik memasukkan filling dalam coklat.
Benerapa jenis coklat yang dihasilkan oleh peserta.

KURSUS TALAM DAN MUFFIN

Peserta kuih talam bergambar kenangan.

Mufin pelbagai jenis dan rasa.

Swissroll Benji dan Swissroll Trio Manis.

Peserta kursus Mufin dan Swissroll.
Dua kursus telah berjaya dilangsungkan pada minggu lepas iaitu kursus Talam dan Kuih-Muih (23/10) dan kursus Muffin dan Swissroll (24/11). Tahniah diucapkan pada para peserta semua  kerana telah berjaya menamatkan kursus pada hari tersebut. Diharap anda akan mencuba resipi-resipi yang dipelajari untuk santapan keluarga mahupun untuk bisnes.

KURSUS FROZEN DAN KEK KEJU

Kursus Frozen Food dan Kursus Kek Keju telah berlangsung pada 16/10 dan 17/10 yang lalu. Lebih 20 peserta menghadiri kursus frozen dan 18 orang peserta menghadiri kursus keju. Tahniah diucapkan kepada anda semua atas kesungguhan anda semua. Selamat maju jaya diucapkan kepada anda semua.
Peserta Kursus Frozen Food bergambar kenangan.
Sebahagian kuih-kuih yang boleh difrozen.
Peserta kursus kek keju sibuk mengambil gambar.
 Inilah antara kek-kek keju yang dihasilkan oleh peserta.

KURSUS ROTI DAN KEK CAWAN YANG MERIAH


Dua kursus telah berlangsung pada hujung minggu lepas iaitu Kursus Roti & Pastri dan Kursus Kek Cawan . Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus Roti dan 26 peserta telah mengikuti kursus Kek Cawan. Walaupun kelas agak sesak, tetapi para peserta tetap ceria dan bersungguh-sungguh mengikuti pembelajaran. Tahniah diucapkan kepada anda semua .Saya doakan anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

 Peserta sedang sebuk menyiapkan tugasan
 
Hasil kreatif para peserta.
Tekun sekali mereka menghias.
 
Roti Ban Sosej
 
 Donat
Para peserta kelas roti bergambar ramai.

MACAM-MACAM PERKARA

Bulan Syawal sudah hampir sampai ke penghujungnya.Raya pun dah habis, jadi kitapun buatlah aktiviti seperti biasa. Banyak sekali pertanyaan-pertanyaan yang keluar kat Chat Box dan sayapun tak sempat nak menjawapnya satu persatu. Jadi saya akan jawap pertanyaan anda itu di ruangan ini saja mengikut tajuknya .

Mengenai Kursus

Alhamdulillah, sambutan untuk kursus-kursus nampaknya begitu menggalakkan  sekali hingga ada kursus yang hampir penuh.Jadi sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan dari sekarang. Ada yang bertanya tak ada ke buat kursus di tempat lain? Ingin ditegaskan disini bahawa saya tidak mengadakan kursus di tempat lain kerana masalah nak cari  tempat kursus, logistik dll.Nak cari tempat yang ada kemudahan oven dan mixer besar bukannya senang, tambah lagi nak mengangkut macam-macam barang. Jadi saya meminta maaf kepada orang Johor, Perak, Kedah , Pulau Pinang, Kelantan dll kerana tidak dapat buat kelas di negeri anda. Jika anda betul-betul berminat hendak belajar, datanglah ke Taman Samudra. Bak kata pepatah Melayu, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jangan marah aaaaa.

Lagi satu bagi anda yang nak booking kelas tu, janganlah tinggalkan mesej saja kat Chat Box. Seriuslah sikit. Hantar sms ke 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com . Jangan lupa sertakan nama anda, no.handphone dan tarikh kursus yang diminta.Bagi yang dah booking tapi nak kensel, beritahu sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal supaya saya boleh masukkan orang lain. Jangan suka-suka saja nak kensel-kensel , nanti nama kena blacklist baru tahu!

Ambil Tempahan Raya

Syukur alhamdulillah, ramai bekas-bekas pelajar saya dah jadi usahawan biskut raya. Seorang bekas pelajar namanya Jamilah dapat banyak tempahan hingga tak menang tangan dibuatnya. Bagus sesangatlah tu, mula-mula buat kat rumah, bila ada modal bolehlah buka kedai pulak. Apapun, tambahkanlah ilmu anda tu, dah pandai buat biskut, belajar pulak buat kek, roti dan lain-lain.Barulah pelbagai produk kita tu.

Nak Order Buku

Anda boleh dapatkan buku saya di Aniz Baking Centre dan juga di kedai-kedai buku seluruh negara. Bagaimanapun jika anda tak jumpa buku itu di mana-mana kedai, anda boleh order terus dari penerbit Alaf 21 Sdn.Bhd. tel 03-55118820/21. Buku Citarasa Biskut Popular boleh anda order dengan saya ok.

KURSUS MASAKAN BERMULA BULAN OKTOBER

Assalamualaikum kepada para pelawat semua. Nampaknya Hari Rayapun sudah 10 hari berlalu dan kita semua sudah kembali menjalankan tugas masing-masing.Anak-anak sudah mula bersekolah dan ibu-bapa juga sudah mula bekerja. Aniz Baking Centre akan memulakan kursus pada awal bulan Oktober nanti. Kepada anda yang berminat mengikuti kursus masakan, bolehlah membuat tempahan kursus dari sekarang. Jadual kursus dari bulan Oktober hinggalah ke bulan Disember telahpun dikeluarkan di blog ini dan juga di laman web rasmi http://www.anizbakingcentre.com/ . Sebarang tempahan kursus boleh dibuat melalui sms ke no 014-3247478 atau telefon  03-31675408 . Anda juga boleh emelkan ke ani_z@yahoo.com.my atau admin@anizbakingcentre.com .

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada para pelawat Blog Resipinoraini  dan bekas peserta di Aniz Baking Centre.Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari anda semua sekiranya terdapat salah dan silap kami semasa mengendalikan kursus. Semoga kita akan bertemu lagi dilain masa.

Ikhlas dari,
Puan Hajah Noraini Zakaria
Aniz Baking Centre.

PELANCARAN LAMAN WEB WWW.ANIZBAKINGCENTRE.COM

Alhamdulillah, kita sudahpun sampai ke penghujung bulan Ramadan.Insyallah hari Khamis atau Jumaat kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bersempena dengan bulan mulia ini saya ingin mewar-warkan pelancaran laman web rasmi untuk Aniz Baking Centre iaitu  http://www.anizbakingcentre.com/ . Semua maklumat mengenai kursus di Aniz Baking Centre boleh diikuti di laman web ini seperti jadual kursus, cara membuat tempahan, peta lokasi, alamat tempat kursus dan sebagainya.Laman web ini mudah dicapai melalui Goggle atau Yahoo. Sebarang pertanyaan boleh emelkan ke admin@anizbakingcentre.com . Bagaimanapun Blog Resipinoraini akan terus beroperasi seperti biasa dengan pelbagai pengisian seperti berita, resipi, tip dan sebagainya.Terimakasih atas sokongan anda semua. Kepada pelawat dan bekas peserta di Aniz Baking Centre diucapkan anda semua sukses selalu dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Jadual Kursus Aniz Baking Centre

JADUAL KURSUS BULAN OKTOBER, NOVEMBER DAN DISEMBER 2010

BULAN OKTOBER 2010

9/10/2010, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
ROTI DAN PASTRI
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat dan pizza. Turut mempelajari cara pelbagai tart seperti tat keju blueberi,tartlet buah dan tat telur.

10/10/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
KEK CAWAN DAN HIASAN
Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, K.C.Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus.Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly, krim mentega

16/10/2020, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
FROZEN FOOD
Resipi : Pau lembut,Donat, Karipap Pusing,Cucur Badak,Bom Bijan, Kuih Rengas, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.Penerangan tentang cara pembungkusan dan penyimpanan agar tahan lama.

17/10/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
ANEKA KEK KEJU
Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Brownies Kukus, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.

23/10/2010, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
ANEKA TALAM DAN KUIH KOMERSIL
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan,Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), KUih Tepung Pelita, Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang gerenti jadi.

24/10/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
MUFFIN DAN SWISSROLL
Resipi : Orange Muffin, Strawberry Muffin, Chocolate Muffin, Cheese Muffin. Swissroll Marble,Benji Roll,Blueberi Swissroll.

30/10/2010, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
KEK MENTEGA, KEK SPAN DAN CARA MENGHIAS
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias) dan Pandan Layer Cake.

31/10/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
HOMEMADE CHOCOLATE
Mencairkan dan ‘temper’ coklat. Membuat coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle. Pembungkusan coklat untuk jualan.


BULAN NOVEMBER 2010

6/11/2010, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
KEK COKLAT DAN HIASAN
Resipi : Kek Coklat Basah, Kek Coklat Moist, American Brownies, Sacher Torte, Span Coklat, Chiffon Coklat, Menghias kek coklat dengan Coklat Ganache

7/11/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
ROTI DAN PASTRI
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat dan pizza. Turut mempelajari cara pelbagai tart seperti tat keju blueberi,tartlet buah dan tat telur.

27/11/2020, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)

ANEKA KEK KEJU

Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti, Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Brownies Kukus, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang.


28/11/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA
Membuat Kek Span. Membancuh Krim Mentega. Mempelajari corak seperti bintang, bunga, dam dan lain-lain. Menghias kek harijadi dan bawa pulang sebiji kek.


BULAN DISEMBER 2010

4/12/2010, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
FROZEN FOOD
Resipi : Pau lembut,Donat, Karipap Pusing,Cucur Badak,Bom Bijan, Kuih Rengas, Samosa, Popia dan 3 resipi bonus.Penerangan tentang cara pembungkusan dan penyimpanan agar tahan lama.

5/12/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
KEK CAWAN DAN HIASAN
Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, K.C.Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus.Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly, krim mentega

11/12/2020, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
ANEKA TALAM DAN KUIH KOMERSIL
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan,Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), KUih Tepung Pelita, Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang gerenti jadi.

12/12/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
ROTI DAN PASTRI
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough seperti sosej roll, plait bread,red bean bun,mix vege bun, donat dan pizza. Turut mempelajari cara pelbagai tart seperti tat keju blueberi,tartlet buah dan tat telur.

18/12/2010, Sabtu (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
HOMEMADE CHOCOLATE
Mencairkan dan ‘temper’ coklat. Membuat coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle. Pembungkusan coklat untuk jualan.

19/12/2010, Ahad (RM 150 untuk peserta baru RM 130 untuk peserta lama)
KEK MENTEGA, KEK SPAN DAN CARA MENGHIAS
Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi,Kek Mentega Oren,Kek Buah, Kek Black Forest (Cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias) dan Pandan Layer Cake.



Kursus dijalankan secara bengkel dari pukul 10 pg - 5 ptg.Yuran adalah RM150 untuk peserta pertama kali dan RM130 untuk bekas peserta. Untuk bekas peserta anda dikehendaki membawa resit bayaran kursus terdahulu atau sijil kursus yang lalu untuk mendapat diskaun. Yuran dibayar pada hari kursus dan sebarang tempahan boleh dibuat melalui telefon 03-31675408 atau sms nama dan tarikh kursus ke 014-3247478 (Pn.Noraini). Kursus diadakan di Aniz Baking Centre, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus layari http://anizbakingcentre.com/  Anda tidak perlu membawa barang kecuali pen dan yuran saja.

KURSUS MASAKAN BERMULA PERTENGAHAN OKTOBER

Assalamualaikum diucapkan kepada para pelawat semua.Diharap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Ramai yang bertanya tentang kursus. Ingin saya memberitahu bahawa kursus masakan akan bermula pada pertengahan bulan Oktober ini.Selepas hari raya saya akan memasukkan jadual untuk bulan Oktober, November dan Disember. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah buat tempahan. Saya juga hendak memaklumkan bahawa KURSUS HANYA DI ADAKAN DI TAMAN SAMUDRA, KUALA LUMPUR SAHAJA. KURSUS TIDAK DIBUAT DI TEMPAT LAIN KERANA MASALAH TEMPAT,LOGISTIK DLL.Jadi saya harap anda semua janganlah bertanya lagi bila nak buat di Sarawak, Ipoh, Kuantan, JB dan lain-lain. Dah jenuh saya beritahu, kursus hanya di KL saja.

Oklah,Selamat Berpuasa.

KUIH REDAN DAN KUIH ROS

Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Hari ini dah 10 hari kita berpuasa. Mungkin ada yang dah mula buat kuih raya agaknya. Oklah, saya akan posting dua resipi kuih tradisional yang sering dihidangkan pada hari raya iaitu Kuih Redan dan Kuih Ros. Selamat Mencuba!

KUIH REDAN

Bahan-bahan :

1 biji kelapa, ambil 3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula pasir
1 peket tepung pulut
1 biji telur A
1 cawan bijan
minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

1. Santan dan gula disatukan dalam periuk dan masak hingga mendidih.Angkat dan sejukkan.
2. Telur dipukul dengan garfu dan tuang dalam tepung pulut. Gaul rata.
3. Tuang santan ke dalam tepung sikit-sikit hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah. Tinggalkan sedikit santan untuk melembabkan doh nanti.
4. Ambil secubit tepung dan gentel jadi bulat dan golekkan dengan bijan didalam sebuah dulang. Buat cara yang sama hingga doh habis.
5. Panaskan minyak dan goreng kuih ini hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Tip : Doh lama kelamaan akan kering jika terdedah pada udara. Tutup doh dengan plastik. Jika kering, tambahkan santan dan uli hingga lembut.

KUIH ROS (KUIH GOYANG)

Bahan-bahan :

100 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
200 gm gula pasir
400 gm santan
3 biji telur A
secubit garam

Cara Membuatnya :

1. Satukan semua bahan dalam sebuah mangkuk adunan. Kacau dengan pemukul telur (whisk) hingga gula larut.
2. Tapiskan adunan ini dalam sebuah bekas lain. Rehatkan 20 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Rendam acuan kuih ros supaya ia cukup panas.
4. Setelah minyak panas, celupkan acuan dalam adunan tepung tadi.Jangan sampai tenggelam semuanya.
5. Masukkan dalam minyak dan biarkan ia tanggal sendiri. Goreng hingga garing.

Tip : Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Acuan hendaklah cukup panas supaya kuih tak melekat.
Kuih redan yang rangup.

Resipi Kuih Buah Melaka dan Biskut Makmur

Mungkin ramai yang dah mula buat biskut raya terutama yang berniaga biskut raya tu. Atas permintaan seorang pelawat ke blog ini, saya siarkan resipi Biskut Makmur  yang dipetik dari buku saya CITARASA BISKUT POPULAR.

BISKUT MAKMUR
Bahan-bahan :

150 gm minyak sapi tulin (QBB atau lain-lain brand)
100 gm minyak masak (yang masih baru)
500 gm tepung gandum
1/2 cawan kacang tanah (disangai dan ditumbuk kasar)
1 cawan gula kastor (untuk salutan)
cawan kertas secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Minyak sapi dan minyak masak dipanaskan hingga cair.Sejukkan sebelum digunakan.
2. Tuangkan minyak sedikit-sedikit dalam tepung hingga cukup basah. Jika berderai, tambah lagi minyak.Jika terlembik, tambah tepung.
3.Ambil sejemput sebesar guli dan buatkan lubang. Masukkan kacang dan bulatkan semula.
4. Susun atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit hingga berbau wangi.Gunakan suhu 180 darjah celcius.
5. Sejukkan biskut dalam dulangnya.Apabila sejuk, golekkan dengan gula kastor dan letak dalam cawan kertas.
6. Simpan dalam balang.

Tip :
1. Untuk membakar biskut,panaskan ketuhar 15 minit ke suhu 180 darjah celcius.
2. Dulang pembakar tak perlu digriskan.
3. Untuk biskut lebih sedap , gunakan 100 peratus minyak sapi.Tak perlu dicairkan. Jika minyak sapi berketul, kacau dulu hingga lembut.Gaulkan dengan tepung gandum. Kalau nak berniaga, kenalah campur minyak untuk kurangkan kos sebab minyak sapi sangat mahal sekarang ni.
4. Boleh gaul dengan gula aising, gula kastor atau gula kasar yang dikisar sendiri.


KUIH BUAH MELAKA

Bahan-bahan :

500 gm tepung pulut (apa-apa brand pun boleh)
2 ketul gula Melaka (potong dadu kecil-kecil)
5 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air)
1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
secubit garam
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Air pandan dicampur dengan pewarna dan 1 cawan air lagi. Tuangkan sikit-sikit dalam tepung pulut dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah.Jika kering, tambah air lagi. Hati-hati jangan tuang air terlalu banyak supaya tidak lembik.Kalau lembik, kena tambah tepung lagi.
2. Ambil secubit dan masukkan gula melaka.Bulatkan semula dan susun dalam dulang atau pinggan.Buat begitu hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk sederhana besar.Isikan air 1/2 periuk saja.Apabila mendidih,masukkan buah melaka.Jangan isi banyak sangat.
4. Biarkan buah melaka masak dan ia akan timbul pada permukaan air. Sambil itu kacau supaya buah melaka tak lekat pada dasar periuk.
5. Sediakan loyang dan isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
6. Apabila buah melaka dah timbul,angkat dengan senduk atau tapis, biarkan tos dulu baru masukkan dalam loyang berisi kelapa. Golek-golekkan supaya kelapa merata pada kuih.
7. Pindahkan dalam pinggan yang sesuai dan sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Resipinoraini.Nampaknya  tidak berapa hari lagi,kita akan melangkah ke bulan Ramadan yang mulia.Bila mulai berpuasa, kaum ibu mulalah sebuk memikirkan apakah juadah istimewa yang akan dihidangkan bila berbuka puasa nanti. Tentulah yang sedap-sedap aje yang difikirkan.Ramai orang yang berpendapat belanja di bulan puasa ni makin meningkat jika dibanding pada hari biasa. Saya memang setuju kerana saya membandingkan budget belanja dapur sebelum puasa dan semasa puasa.Memang naik. Mana taknya.Kat rumah dah masak lauk.Pergi pula pasar Ramadan, nampak semua sedap-sedap belaka. Beli lagi ayam percik, kuih-muih,cendol dan segala macam.Anak pulak nak murtabak,  atau roti John .Bila balik rumah, penuh satu meja.Dah tak habis makan, akhirnya buang.

Saya berharap anda semua janganlah jadi macam tu.Membazir adalah amalan syaitan.Pada saya bila membeli tu biarlah berpada-pada, jangan terlampau ikut nafsu. Bila kat rumah dah dimasak lauk-pauk dalam 2-3 jenis tak perlulah beli lauk lagi. Kalau nak belipun, belilah pencuci mulut seperti kuih-muih serba sedikit atau buah-buahan.Sepatutnya bulan Ramadan ini bulan  bersedekah dan berjimat-cermat tapi dah jadi bulan pesta makan.Walau apapun terpulang kepada anda untuk mengawal budget anda.Yang penting bila hari raya nanti ada peruntukan untuk sedekah duit raya untuk ibubapa dan saudara-mara. Akhir kata, Selamat Berpuasa!

MUFFIN YANG COMEL

Muffin atau kek-kek kecil memang menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Nak membuatnya tidaklah susah sangat cuma kita kena tahu kaedah yang sesuai. Kalau kita rajin meninjau di bakeri-bakeri, kita boleh lihat ada pelbagai jenis mufin dengan pelbagai perisa .Identiti mufin ialah puncaknya yang tinggi dan membulat. Kadangkala ada yang sampai merekah. Sebenarnya terdapat dua jenis mufin iaitu 1.Bread-like muffin dan 2. Cake-like muffin. Kedua-dua jenis mufin ini mempunyai kaedah membancuh yang berbeza.

Ciri-ciri bread-like muffin
Mufin jenis ini mengandungi kurang gula dan kurang lemak.Ini menyebabkan tekstur dalaman mufin lebih kering dan kasar. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak atau mentega cair.Kaedah membuatnya adalah bahan-bahan cecair dimasukkan ke dalam bahan-bahan kering.Kemudian digaul rata perlahan-lahan.Jangan overmix kerana gluten dalam tepung akan terbina secara berlebihan dan menyebabkan mufin keras.

Ciri-ciri cake-like muffin
Mufin jenis ini mengandungi  mentega dan gula yang lebih banyak.Mentega dan gula diputar hingga berkerim iaitu menggunakan kaedah creaming method, sama seperti membuat kek mentega. Kemudian barulah bahan-bahan lain dimasukkan satu persatu. Tekstur dalaman mufin jenis ini lebih lembut dan gebu seperti kek.

Tetapi anda jangan risau jika mufin anda tidak menjadi. Sekarang ada cara mudah membuat mufin yang enak. Baru-baru ini saya ada menbeli sepeket muffin mix dari kedai menjual bahan kek.Saya hanya ikut resipi yang diberikan pada peket muffin mix itu. Saya campurkan dengan telur, air dan minyak.Kemudian putar dengan hand-mixer selama 3 minit.Nah, ia siap untuk dibakar.Hasilnya, alhamdulillah.Ia naik dengan cantik dan sedap pula rasanya. Saya taburkan dengan cip coklat diatasnya sebelum dibakar. Bertambah bercoklat mufin ni jadinya. Satu peket 500 gm boleh dapat dalam 15 biji mufin bersaiz besar.Jika guna saiz kecil tentu dapat lebih banyak lagi.Anda tidak perlu campurkan serbuk penaik atau soda kerana ia telah dimasukkan dalam muffin mix ini.


Mufin menggunakan tepung Muffin Mix.

Pecal Istimewa

Assalamualaikum, apa khabar para pengunjung semua.Nampaknya kelas sudahpun berakhir maka saya akan mengisi ruangan diblog Resipinoraini ini dengan pelbagai artikel dan  resipi untuk tatapan anda semua. Moga apa yang saya sampaikan di blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Hari ini saya akan memberikan resipi Pecal yang memang menjadi kegemaran saya dan suami. Anak-anak memang tak minat hidangan ni almaklumlah sayur-sayuran. Rasanya hidangan Pecal ni berasal dari orang-orang Jawa. Hidangan ini hanya mengandungi sayur-sayuran seperti kangkung, kacang panjang, taugeh, timun, tauhu dan yang paling penting kuah kacangnya.Kalau sedap kuah kacangnya, mesti best pecal ni. Sesuai untuk hidangan makan tengahari dan juga untuk berbuka puasa. Selamat Mencuba !

PECAL

Bahan-bahan Kuah Kacang:
2 cawan kacang tanah, telah ditumbuk kasar
8 tangkai cili kering
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan air panas
sedikit minyak , untuk menumis
garam, secukup rasa

Bahan Sayur-sayuran :
10 batang kacang panjang, dipotong pendek
1 batang timun, dicincang halus
100 gm taugeh
secekak kangkung
2 keping tauhu,digoreng

Cara Membuat Kuah:
1. Cili kering dibasuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan goreng cili kering, bawang besar dan belacan hingga cili garing, jangan sampai hangus.
3. Tumbuk bahan tersebut dengan lesung batu hingga hancur.
4. Sediakan sebuah mangkuk sederhana.Masukkan cili tumbuk, kacang tumbuk, gula, garam, air asam jawa dan air panas.Kacau sebati. Rehatkan kuah selama 30 minit supaya kuah menjadi pekat sebelum dinikmati.

Cara Menghidang:
1. Sediakan sebuah periuk berisi air. Panaskan hingga mendidih.Celurkan kacang panjang, kangkung dan taugeh satu demi satu. Alihkan kedalam pinggan hidang.Susunkan timun dan tauhu yang telah dipotong dadu.
2. Untuk menikmatinya, ambil setiap sayuran dan tuangkan kuah diatasnya.

Pelbagai sayuran untuk pecal.
Kuah memainkan peranan penting mesti cukup rasa.
Bolehlah menuangkan kuah bila nak menikmatinya.

Nota : Anda boleh menambah sayur-sayuran seperti pucuk ubi, daun cekur dll. mengikut citarasa anda.

Kursus Kek dan Biskut (24 dan 25 Julai 2010)

Peserta kursus biskut raya  bergambar kenangan.

Peserta kursus Kek Popular bergambar ramai.

 
Puan Noraini menunjukkan cara menghias kek.

Pelbagai jenis kek telah disediakan.

 
Inilah kelas kita yang terakhir sebelum raya ni iaitu Kelas Kek Popular dan Biskut Raya yang telah diadakan pada minggu lalu. Ramai peserta yang telah hadir dan ada yang merancang untuk ambil tempahan hari raya nanti. Baguslah kalau gitu ada semangat untuk buat bisnes.Akhir kata,Selamat Maju Jaya pada anda semua.