Promosi 2013

Setiap peserta yang mengikuti kursus di Aniz Baking Centre pada tahun ini akan mendapat sebuah buku percuma bertajuk"Citarasa Biskut Popular"tulisan Chef Noraini Zakaria  berharga RM15.00 Buku ini mengandungi 30 resipi biskut yang enak  dengan gambar yang menarik.Jangan lepaskan peluang  untuk memiliki buku ini yang tidak ada dijual di kedai-kedai buku.Hanya ekslusif di Aniz Baking Centre.

Buku Citarasa Biskut Popular

Selamat Tahun Baru 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 diucapkan kepada para peserta di Aniz Baking Centre khasnya dan para pengunjung blog ini amnya.Semoga tahun baru ini memberi lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan kepada anda semua.Tingkatkan usaha dan insyaAllah anda pasti berjaya.Aniz Baking Centre akan meneruskan kursus-kursus masakan kami seperti biasa.Tempat kursus masih di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Jadual Kursus Januari 2013.

12/1/2013    -   ANEKA ROTI
13/1/2013    -   KEK CAWAN DAN HIASAN KRIM MENTEGA/FONDANT
19/1/2013    -   FROZEN FOOD PART 1
20/1/2013    -   HOMEMADE CHOCOLATE
26/1/2013    -   ANEKA KEK KEJU
27/1/2013    -   BAHULU DAN SWISSROLL

Untuk jadual lengkap, sila layari www.anizbakingcentre.com atau lihat di laman sebelah kanan pada muka utama blog ini.Kursus secara hands-on berkumpulan, yuran RM150 setiap kursus dan waktu kursus dari 10 pg - 5 ptg kecuali Homemade Chocolate yang bermula dari 10 pg - 2 ptg. Untuk tempahan sila sms ke 014-3247478.Boleh juga booking online di website kami.

Kursus Disember 2012

Kursus Disember telahpun berlalu.Mari kita saksikan gambar-gambar mereka yang sempat dirakamkan.Aniz Baking Centre mengucapkan terimakasih atas kehadiran anda dan moga anda semua sukses selalu.

Peserta Kursus Pastri.

Peserta Kursus Kek Cawan dan Mufin.

Peserta Kursus Kek Bisnes.

Peserta Kursus Frozen Food 2

Peserta Kursus Hiasan Kek Dengan Krim Mentega.

Jadual Disember 2012

Kursus Disember 2012

8/12  -           ANEKA TALAM DAN KUIH- MUIH
9/12  -           ANEKA KEK ASAS DAN HIASAN
15/12 -          ANEKA PASTRI
16/12 -          ANEKA KEK CAWAN DAN MUFIN
23/12 -          ANEKA KEK UNTUK BISNES
29/12 -          FROZEN FOOD PART 2
30/12 -          HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA

Untuk jadual lengkap sila layari www.anizbakingcentre.com atau lihat di sebelah kanan laman blog ini.Untuk tempahan kelas,sms nama penuh anda dan tarikh kursus ke 014-3247478.



Kursus Bulan Oktober 2012

Kursus bulan Oktober 2012 telah berlangsung dengan jayanya.Tahniah diucapkan kepada para peserta yang hadir.Saya doakan anda semua akan terus sukses.
Peserta Kursus Hiasan Kek Dgn Krim Mentega.

Peserta Kursus Aneka Pastri.

Peserta Kursus Kek Asas dan Hiasan Fresh Cream.

Peserta Kursus Frozen Food.

Peserta Kursus Kek Cawan dan Mufin.

Peserta melihat hasil tangan mereka.

Peserta Kursus Talam dan Kuih-Muih.

Kursus Terbaru 2012




Hari / Tarikh
Kursus
Sabtu 22/09/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
FROZEN FOOD PART 1
Resipi : Karipap Biasa, Karipap Pusing, Donat, Kuih Kasturi. Samosa, Popia,Apam Dot-Dot dan Apam Mekar.Mempelajari cara pembungkusan dan teknik penyimpanan.
Ahad 23/09/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
HOMEMADE CHOCOLATE
Mengenali jenis-jenis coklat. Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan. Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle,coklat oreo,lolipop dan pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.
Sabtu 29/09/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA ROTI
Mempelajari cara membuat Roti Ban Manis kaedah sponge dough seperti Sausage Roll,Cheese Plait Bread, Red Bean Bun, Mix Vege Bun, Mini Pizza. Turut membuat Donat Kentang dan Pizza saiz besar.
Ahad 30/09/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
HIASAN KEK DENGAN KRIM
MENTEGA Membuat Kek Span, membancuh Krim Mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang, bunga ros, daun dll. Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang telah dihias.



Hari / Tarikh
Kursus
Sabtu 06/10/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA PASTRI
Mempelajari cara membuat Puff Pastry seperti Puff Sardin, Chicken Pie, Portuguese Egg Tart.Membuat aneka tat seperti Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur,Tat Kelapa dan Cream Puff.
Ahad 07/10/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA KEK ASAS DAN HIASAN FRESH CREAM
Resipi : Kek Span Pandan, Span Coklat, Kek Sifon, Kek Pelangi, Kek Buah, Pandan Layer Cake dan Black Forest Cake.
Sabtu 13/10/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
FROZEN FOOD PART 2
Resipi : Pau Lembut, Bom Bijan, Cucur Badak,Kuih Keria, Pulut Panggang, Kuih Koci, Apam Tepung Gandum (Fatt Koh). Mempelajari cara pembungkusan dan teknik penyimpanan.
Ahad 14/10/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
KEK CAWAN DAN MUFIN
Resipi : Red Velvet Cupcake, Carrot Cupcake, Dark Chocolate Cupcake, Mufin Strawberi,Mufin Popi Seed dan Mufin Blueberi.Menghias dengan Cream Cheese Frosting dan Chocolate Buttercream
Sabtu 20/10/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
TALAM DAN KUIH-MUIH
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan, Talam Lapis, Kole Kacang,Talam Kastad Jagung,Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang dijamin menjadi.
Ahad 21/10/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA PENCUCI MULUT UNTUK BISNES
Resipi : Lompat Tikam, Tepung Pelita,Puding Pelangi, Puding Karemel, Puding Trifle, Bread and Butter Pudding, Puding Koktail Buahan,Dadih Buahan.Resipi bonus-Cara Membuat air soya dan taufu fah.



Hari / Tarikh
Kursus
Sabtu 10/11/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA KEK UNTUK BISNES
Resipi : Kek Pisang Pasar Malam, Kek Coklat Kukus, Soft Carrot Cake, Red Velvet Cake, Kek Buah Kukus, Kek Gula Hangus, Kek Kukus Asam Manis.
Ahad 11/11/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
KEK CAWAN DENGAN HIASAN KRIM MENTEGA & HIASAN FONDANT
Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, Kek Cawan Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus. Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan krim mentega dan fondant.
Sabtu 17/11/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA ROTI
Mempelajari cara membuat Roti Ban Manis kaedah sponge dough seperti Sausage Roll,Cheese Plait Bread, Red Bean Bun, Mix Vege Bun dan Mini Pizza. Turut mempelajari cara membuat Donat Kentang dan Pizza saiz besar.
Ahad 18/11/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA KEK COKLAT DAN HIASAN
Resipi : Chocolate Indulgence Cake, Kek Coklat Moist, American Brownies, Kek Span Coklat. Brownies Kukus. Cara membancuh Chocolate Ganache dan menghias kek.
Sabtu 24/11/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA KEK KEJU
Mempelajari cara membuat 5 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi,Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias Kek Keju .
Ahad 25/11/2012
10 pagi – 5 petang

RM 150
BAHULU DAN SWISSROLL
Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti pandan, cappucino,bahulu lapis dan bahulu gulung. Membuat Swissroll Marble,Benji Roll,Trio Manis Swissroll.



Hari / Tarikh
Kursus
Sabtu 01/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
FROZEN FOOD PART 1
Resipi : Karipap Biasa, Karipap Pusing, Donat, Kuih Kasturi. Samosa, Popia ,Apam Dot-Dot dan Apam Mekar.Mempelajari cara pembungkusan dan teknik penyimpanan.
Ahad 02/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
HOMEMADE CHOCOLATE
Mengenali jenis-jenis coklat. Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan. Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle,coklat oreo,lolipop dan pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah.
Sabtu 08/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
TALAM DAN KUIH-MUIH
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan, Talam Lapis, Kole Kacang,Talam Kastad Jagung,Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang dijamin menjadi.
Ahad 09/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA KEK ASAS DAN HIASAN FRESH CREAM
Resipi :Kek Span Pandan, Span Coklat, Kek Sifon, Kek Pelangi, Kek Buah, Pandan Layer dan Black Forest Cake.
Sabtu 15/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA PASTRI
Mempelajari cara membuat Puff Pastry seperti Puff Sardin, Chicken Pie, Portuguese Egg Tart.Membuat pelbagai Tat seperti Tat Keju, Tat Buahan, Tat Telur,Tat Kelapa dan Cream Puff.
Ahad 16/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
KEK CAWAN DAN MUFIN
Resipi : Red Velvet Cupcake, Carrot Cupcake, Dark Chocolate Cupcake.Mufin Strawberi,Mufin Popi Seed dan Mufin Bliuberi.Menghias kek dengan cream cheese frosting dan chocolate buttercream.
Sabtu 22/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA PENCUCI MULUT UNTUK BISNES
Resipi : Lompat Tikam,Tepung Pelita, Puding Pelangi, Puding Karemel, Puding Trifle, Bread and Butter Pudding, Puding Koktail Buahan,Dadih Buahan.Resipi percuma-Cara membuat air soya dan taufu fah.
Ahad 23/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
ANEKA KEK UNTUK BISNES
Resipi : Kek Pisang Pasar Malam, Kek Coklat Kukus, Soft Carrot Cake, Red Velvet Cake, Kek Buah Kukus, Kek Gula Hangus, Kek Kukus Asam Manis.
Sabtu 29/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
FROZEN FOOD PART 2
Resipi : Pau Lembut, Bom Bijan, Cucur Badak,Kuih Keria, Pulut Panggang, Kuih Koci,Apam Tepung Gandum (Fatt Koh)Mempelajari cara pembungkusan dan teknik penyimpanan.
Ahad 30/12/2012
10 pagi – 5 petang
RM 150
HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA
Membuat Kek Span, membancuh Krim Mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang, bunga ros, daun dll. Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang telah dihias.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Hajah Noraini Bt.Hj.Zakaria dan Aniz Baking Centre ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada bekas-bekas peserta kami,para pelawat blog ini dan rakan taulan jauh dan dekat.Semoga anda bergembira menyambut lebaran bersama kaum keluarga dan sanak-saudara masing-masing.

Aniz Baking Centre akan memulakan kursus pada  penghujung bulan September ini.Jadual kursus akan dimasukkan di blog dan website kami pada awal bulan September nanti.Sekian.


PETUA MEMBUAT BISKUT

Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Kita sudahpun masuk ke minggu ke dua bulan Ramadan ini.Tentu kaum-kaum ibu sedang  memikirkan apa biskut raya nak buat tahun ni.Oklah saya akan memberikan beberapa tip dan panduan untuk anda membuat biskut yang enak.

1. Gunakan bahan mentah yang terbaik dan berkualiti.Contohnya guna mentega lebih sedap dari menggunakan majerin.Tepung pula gunakan tepung Red Rose atau tepung cookies.Kalau tak ada boleh gunakan tepung gandum biasa saja.
2. Jika mengunakan kekacang dalam adunan biskut, perlu dibakar dulu supaya biskut rangup.Untuk hiasan atas biskut, tak perlu dibakar kerana ia akan masak semasa proses membakar.
3. Jika menggunakan coklat masakan, cairkan secara 'double-boiler'.
4. Panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan biskut.
5. Dulang pembakar disapu shortening atau alas kertas patchment paper agar tidak hangus atau melekat.
6.Baca resipi dengan teliti sebelum membuat biskut supaya kita tahu kaedah membuatnya yang betul.Biskut-biskut moden biasanya guna kaedah 'creaming method' iaitu mentega diputar bersama gula hingga kembang.Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
7.Jika adunan terlembik (mungkin cecair spt telur berlebihan atau sukatan tak betul),boleh tambahkan tepung.Doh dimasukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 20 minit agar keras sedikit.
8.Jika doh agak kering atau berderai ,putar sedikt majerin dan gaulkan dengan tepung tadi agar ia cukup basah.
9.Biskut yang cukup masak berbau harum dan sikit keperangan.Biskut yang tak cukup masak akan cepat lemau.
10.Sejukkan biskut secukupnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Jadi itulah beberapa panduan membuat biskut.Biskut tanpa gunakan pengawet akan tahan 3 - 4 bulan dalam bekas kedap udara.

Resipi Biskut Golden Cornflakes

Bahan :

250 gm mentega
180 gm gula kastor
1 biji telur B
3 sudu besar golden syrup/madu
300 gm tepung red rose
100 gm tepung jagung
80 gm cornflakes, diramas
50 gm badam cincang, dibakar
1 sudu teh serbuk penaik
100 kpg cawan kertas
ceri merah untuk hiasan

Cara Membuat:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masuk telur dan golden syrup.
2. Ayakkan bahan kering spt tpg red rose, tpg jagung dn serbuk penaik.Masuk cornflake dan badam.
3. Gaulkan dengan adunan mentega hingga jadi doh.
4. Masukkan sedikit adunan dalam cawan kertas.Hiaskan dengan ceri.
5. Bakar hingga masak selama lebih kurang 25 minit.

Biskut Koko Berkacang

Bahan-bahan :
200 gm mentega
50 gm shortening (lemak putih)
180 gm gula kastor
380 gm tepung red rose
20 gm serbuk koko
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emulco coklat
Untuk hiasan :
200 gm coklat masakan, dicairkan
300 gm kacang tanah, tumbuk halus

Cara membuatnya :
1. Putar mentega, shortening dan gula hingga kembang.
2. Masukkan emulco coklat dan kuning telur.Putar sebati.
3. Ayak tepung dan koko.Gaulkan ke dalam adunan mentega hingga jadi doh.
4. Canai adunan dan susun dalam dulang pembakar.
5. Bakar selama 25 minit hingga masak.
6. Setelah biskut sejuk, tuangkan coklat cair dan taburkan dengan kacang tanah.

Biskut Semperit Klasik

Bahan-bahan :
250 mentega atau majerin
200 gm tepung gandum
150 gm tepung kastad
30 gm tepung ubikayu
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen ros
150 gm gula aising

Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen ros.
3. Ayak tepung gandum,tpg kastad dan tepung ubikayu.
4. Gaulkan dalam adunan mentega.
5. Masukkan dalam acuan semperit dan picitkan atas dulang pembakar.
6. Bakar hingga masak.
Biskut Golden Cornflakes




Biskut Koko Berkacang

Biskut Semperit




Salam Ramadhan

Selamat datang ke laman web Aniz Baking Centre. Aniz Baking Centre mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelawat dan bekas peserta kami. Semoga kedatangan Ramadan Al-Mubarak ini memberi kesempatan untuk kita menambahkan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat nanti. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Aniz Baking Centre tidak mengadakan sebarang kursus dan kursus baru akan diadakan bermula September 2012.

Kursus Bulan Julai 2012

Assalamualaikum kepada anda semua.Aniz Baking Centre masih meneruskan kursus-kursus untuk bulan Julai ini.Hanya tinggal 3 kursus saja iaitu 8/7 - Kursus Bahulu dan Swissroll,14/7 - Kursus Talam dan Kuih-Muih, 15/7 - Kursus Kek Coklat dan Hiasan. Masih ada kekosongan untuk kursus-kursus ini.Berminat boleh hubungi Pn.Noraini di talian 014-3247478.Yuran RM150 dan kelas secara hands-on berkumpulan dari pukul 10 pg - 5 petang.

Sepanjang bulan Jun, telah berlangsung 7 kelas.Tahniah diucapkan kepada para peserta yang hadir.Mari kita saksikan gambar-gambar mereka.
Peserta kursus Kek Popular.

Peserta kursus Kek Lapis Sarawak.

Peserta Kursus Talam dan Kuih-muih.

Peserta Kursus Biskut Raya.

Peserta Kursus Kek Keju.

Peserta Kursus Kek Cawan dan Mufin.

Popular Posts