Membuat Air Soya dan Taufu Fa

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Anak saya yang bongsu, si Najwa suka sangat minum air soya. Asyik beli aje.Saya terfikir kenapa tak buat sendiri. Membuat air soya tidaklah susah kerana kita hanya perlukan mesin pengisar biasa saja. Kacang soya pulak boleh dibeli di pasaraya. Selain dari air soya, kita juga boleh menghasilkan Taufu Fa atau tauhu lembut yang dimakan bersama air gula merah. Untuk membuat taufu fa kita perlu menggunakan sejenis garam buah-buahan atau nama komersialnya Glucono Delta Lactone (GDL) yang akan mengeraskan taufu fa itu. Air soya yang saya buat semalam menggunakan 1 kg .kacang soya dan dapat 7 liter air soya. Puaslah minum. Separuhnya diisikan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Ia tahan sehingga 5 hari. Sebelum mengisar kacang soya, ia hendaklah direndamkan dengan air penuh selama semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam agar kacang itu kembang dan lembut.


Bahan-bahan :

500 gm kacang soya
3.5 liter air
2 helai daun pandan
1/3 sudu teh GDL
1/4 cawan air
500 gm gula
200 gm air

Cara Membuatnya :
1. Kacang soya yang telah direndam, ditoskan.
2. Kisar kacang soya sedikit-sedikit dan masukkan air secukupnya.
3. Tuangkan atas kain muslin atau apa-apa kain putih yang jarang. Perahkan ke dalam sebuah periuk.Buat cara yang sama hingga habis.
4. Masukkan daun pandan dalam periuk. Panaskan air soya hingga mendidih.
5. Untuk membuat taufu fa, ambil 1 liter air soya yang telah masak dan masukkan dalam periuk yang kecil.
6. Bancuh garam buah-buahan(GDL) dengan 1/4 cawan air dan tuangkan ke dalam periuk taufu fa.Kacau sebati.
7. Tutup periuk rapat-rapat dan diamkan ia satu jam agar taufu fa mengeras. Jangan gerakkan atau alihkan periuk.
8. Masak air gula hingga mendidih. Sejukkan.
9. Apabila hendak menikmati air soya, tambahkan air gula dan air batu secukupnya.
10. Taufu fa boleh dimakan sejuk atau panas bersama air gula atau air gula merah.

14 Responses to "Membuat Air Soya dan Taufu Fa"

Im Danial Says :
October 20, 2009 at 10:14 AM

salam. saya nak tanya di mana kita boleh dapatkan GDL?

achai Says :
February 10, 2010 at 9:39 AM

sebenarnya untuk rendam 3 hingga 4 jam sahaja selepas dibasuh..(yang baru dibeli...nak buat tau fu fa pula kena tuang secara serentak di antara air soya dengan air soya yang telah dicampurkan dengan GDL atau satu lagi bahan ...lupa namanya...bahan itu boleh didapati di kedai borong ikan bilis atau runcit cina..

azni Says :
February 10, 2010 at 4:15 PM

anda boleh dapatkan GDL kat kedai menjual bahan mmbuat kek

wendyywy @ Table for 2 or more..... Says :
April 12, 2010 at 8:22 PM

1/3 sudu teh GDL adalah menggunakan sudu menyukat atau sudu meminum teh?
Rata atau menggunung?

TQ.

756 Says :
August 24, 2010 at 12:43 PM

6. Bancuh garam buah-buahan(GDL) dengan 1/4 cawan air dan tuangkan ke dalam periuk taufu fa.Kacau sebati.
7. Tutup periuk rapat-rapat dan diamkan ia satu jam agar taufu fa mengeras. Jangan gerakkan atau alihkan periuk

--->>> waktu ni campuran dibiarkan mendidih ke??

Awaluddin Says :
October 3, 2010 at 4:26 AM

Assalamualaikum kak...saya cuba buat air soya ok, tapi taufu fa tu tak cantik (tak firm macam yang pernah beli) dan masam laa kak. Kenapa ye?

shamsul and aishah Says :
January 3, 2011 at 5:44 PM

salam..

ade sesiapa yg boleh ajar saya camne nak preserve air soya utk tahan lama - contoh mcm air soya yg dibotol atau dikotak dan dijual di pasaran

YoungFReGyLe Says :
February 20, 2011 at 7:37 PM

GDL boleh didapati di kedai kimia2 makanan...dan GDL dicampur dgn tepung jagung..sperti 6 liter air soya GDl diperlukan sbyk 20 G dan tpung pula 40 G dicampur bersama air masak 120 liter...Campuran GDl dan Tepung dituang kedalam TOng Plus dan Tuang air soya 6 liter tnpa putus2..tggu 5 minute dan boleh diceduk

Hashim Jaafar Says :
July 10, 2011 at 6:39 AM

dlm senarai resepi tak ada sebut tepong jagong..di bawah tu kata ada..mana 1 betul

KSF Trading & KSF Cafe Says :
March 6, 2012 at 8:27 PM

- shamsul and aishah -

tentang preservative minuman soya ni...
anda boleh dapatkan benzote dikedai menjual barang membuat kek....

setiap 1 liter hanya guna 1gram benzote.

jika anda ingin gunakan preservative ni hendaklah dengan cara yang betul jika teknik yang salah air anda akan hanya tahan selama seminggu sahaja.

bada Says :
July 22, 2012 at 7:50 PM

nk cuba buat air soya lah, mcm senang je :)



nak buat tauhu putih susah x?

wanny Says :
July 24, 2012 at 1:37 AM

sya dah buat tapi semua x jadi air soya x jadi..taufu far pon x jadi..kenapa eh..kena letak tepung jagung ke? dan tapis kena tapis btol2 ke??

afza Says :
August 15, 2012 at 12:48 AM This comment has been removed by the author.
qNiaibr Says :
October 17, 2012 at 2:45 AM

1) pkai rice cooker blh?
2) GDL tu ape?

Post a Comment

Resipi Noraini Copyright © 2009 Designed by Ipietoon for Bie. Vector by DaPino. Edited by Aqmalbaik 2010 for Resipi Noraini