Puding Batik Biskut Marie

>> Gambar dipetik dari http://srsfeqah.fotopages.com/
Puding Batik Biskut Marie atau juga dikenali sebagai Kek Batik Marie atau Kek Batik Jawa memang menjadi kegemaran ramai orang tua dan muda. Ini termasuklah akak dan anak-anak . Minggu lepas akak buat tapi tak sempat ambil gambar, pudingnya dah habis. Jadi terpaksalah akak ronda blog-blog lain untuk cari gambar yang sesuai untuk ditampalkan atas resipi akak ni.
Rupa-rupanya ada banyak jenis resipi untuk puding batik ni. Akak terjumpa satu blog http://www.srsfeqah.fotopages.com/. Gambarnya cantik dan resipinya juga simple. Jadi akak mintak izin sama Feqah untuk siarkan resipi dan gambar di blog akak ni supaya lebih ramai di luar sana dapat manfaatnya.Kongsi ilmu lah gitu.

Tips membuat puding/kek batik:
1. Biskut Marie hendaklah dipatahkan 4.Jangan terlalu kecil kerana tak nampak corak batiknya.
2. Mentega hendaklah dicairkan baru dimasukkan bahan-bahan yang lain.
3. Adunan hendaklah dikacau hingga pekat, baru masukkan biskut marie. Kacau sebentar saja supaya biskut marie tidak terlalu lembik.
4. Griskan loyang atau lapikkan dengan plastik agar mudah dikeluarkan.
5. Setelah menuang adunan ke dalam loyang, tekan perlahan dengan plastik supaya padat.
6. Biarkan puding suam baru masukkan dalam peti sejuk. Untuk cepat beku, masukkan dalam freezer atas selama 1 jam.
7. Setelah beku, potong dengan pisau tajam dan hidangkan.

Bahan-bahan :
450 gm biskut Marie
250 gm mentega
100 gm MILO
250 gm susu krimer pekat manis
2 biji telur
350 ml air (2 cawan air)
5 sudu besar koko
1/3 cawan gula
sedikit emulco coklat (jika suka)

Cara Membuatnya :
1. Panaskan mentega dan 1 cawan air hingga mentega itu cair.Gunakan api perlahan.
2. Masukkan milo,susu krimer, gula, koko dan emulco coklat. Kacau sebati.
3. Pukul telur dengan garfu dan masukkan ke dalam periuk. Masak adunan hingga pekat.
4. Masukkan biskut marie yang telah dibelah 4. Kacau hingga semua biskut basah.
5. Sediakan loyang berukuran 10 inci atau 9 inci. Griskan dengan minyak atau lapik plastik.
6. Tuangkan adunan dan ratakan.Apabila agak sejuk,tekan dengan plastik agar padat.
7. Masukkan dalam peti sejuk setelah puding agak suam.Setelah keras, bolehlah dipotong dengan pisau tajam.

Kek Batik Feqah
Bahan-bahan :
1/2 tin susu pekat
125 gm mentega
1/2 cawan milo
1/4 cawan serbuk koko
350 gm biskut marie

Cara Membuatnya :
1. Cairkan mentega, masukkan susu dan kacau. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau lagi.
3. Masukkan biskut marie dan gaul rata sebentar saja.
4. Ratakan dalam loyang bulat 8 inci. Sejukkan.

6 comments:

fatally0urs said...

Hi, saya ikut resipi yg pertama dan ini adalah percubaan pertama. Saya rasa mentaganya terlalu bnyk kerana selepas ia menjadi suam minyaknya naik ke atas puding. Dan apabila saya memasukkan telur ia menjadi ketulan. Ada tips utk saya? Terima Kasih.

zeti akhtar said...

resepi kedua lagi mudah x perlu telur, sya dh pernah buat tapi sukatannya lain, menjadi n sedap.

BUNGA HEIDELBERG said...

Fatallyyours , actually kalau you nak lebih mudah , milo , susu , coklat and telur tu you adun sebati dulu dlm bekas lain baru masukkan ke dlm mentega yg dah cair tu . So adunan tu takkan berketul2 . :)

Popular Posts