Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Mufin Pisang


Bahan-bahan :
(A)
4 biji telur
120 gm gula kastor
10 gm ovalette
(B)
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
180 gm pisang emas atau berangan, dilecek hancur
2 sudu teh esen pisang
135 gm minyak masak
sedikit garam

Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
2. Masukkan pisang lecek, garam dan esen pisang.Gaul dengan senduk hingga sebati.
3. Ayak tepung gandum,serbuk penaik dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan diatas dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan minyak sedikit-sedikit dan gaul rata. Sediakan cawan mufin.
5. Isikan adunan 3/4 penuh. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.

1 comments :

Shim said...

Untuk membakar, mmg kena guna suhu yg tinggi yer?Sy pernah set oven ikut suhu seperti dlm resepi(suhu tinggi)tapi muffin hangus. Bila sy kurangkan suhu kpd yang terendah (100 darjah celcius), muffin x naik membukit. Bagaimana yer?