Ban Manis (Sweet Bun)

Ban manis ini boleh membuat pelbagai jenis roti dengan bentuk dan isian yang berlainan. Jika anda pergi ke kedai bakeri, anda dapat saksikan bermacam-macam jenis ban. Semuanya menggunakan resipi asas yang sama tetapi dipelbagaikan bentuk, inti atau toppingnya. Dari ban manis ini anda boleh membuat Mexico Bun, Mini Bun, Cheese Bun, Coconut Twist Bun dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan:

400 gm tepung roti
100 gm tepung superfine (kek)
100 gm gula kastor
5 gm garam
20 gm susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1 biji telur B, dipukul
1 peket (11 gm) yis segera Mauripan
40 gm shortening
250 gm air

Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung, bread improver dan yis. Gaul rata.
2. Buatkan lubang di tengah dan tuangkan telur dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar.
3. Masukkan shortening dan gaul/pukul lagi hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Jika guna mesin 10- 15 minit. Pakai tangan 20 minit. Doh yang cukup elok diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai.
4. Masukkan dalam bekas besar dan biarkan ia mengembang selama 45 minit dan naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh bagi membuang anginnya dan uli sebentar ke bentuk asal.
6. Timbang doh seberat 60 gm dan bentukkan. Boleh juga diletakkan inti di tengahnya.
7. Susun dalam dulang pembakar dan biarkan ia naik 30 minit lagi . Masa bergantung kepada suhu bilik. Ia perlukan suhu 35 - 40 darjah celcius untuk naik dengan elok.
8. Gliskan dengan campuran telur dan air susu .
9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit hingga masak.

3 comments:

Yesterday.once.More said...

salam kak...saya nak tanya petua macamana nk biar roti tu lembut dan gebu selepas beberapa hari..saya buat roti , selepas masak memang lembut, tapi apabila nak makan esoknya dah keras..

manukan said...

cik boleh campurkan dgn water roux. atau selepas sahaja dah sejuk, pack dalam plastik. nak tahu lebih lanjut boleh lawati ke www.pakarrotisweetbun.com

Unknown said...

Kak,klau xbuat tepung susu boleh juga ka.menjadi juga ke

Popular Posts