Cotton Cheese Cake Tak Menjadi


>> Gambar Kek Keju Yogurt dari majalah NUR.Resipi dan cara membuatnya lebih kurang sama dengan Japanese Cotton Cake.

Kesian jugak Kak Ani pada beberapa orang pengunjung blog yang cuba membuat Japanese Cotton Cheese Cake tapi tak jadi-jadi.Sebenarnya membuat kek ni bukan setakad baca dan ikut resipi saja,tetapi perlu ada sedikit skil dan pengetahuan asas tentang teknik digunakan. Ini kerana membuat kek ni banyak kaedahnya. Lain jenis kek lain kaedahnya. Contohnya membuat kek span lain kaedahnya dengan membuat kek mentega.Pengetahuan asas ini jarang ada dalam buku tetapi banyak boleh didapati di internet.Itulah kelebihannya orang yang ada internet, mudah meluaskan pengetahuan tanpa batasan. Cuma anda perlu rajin menggali dari pelbagai sumber.Lagi satu yang penting ialah pengalaman, makin banyak kali kita buat makin bertambah skil dan kemahiran kita. Tidak mengapa jika anda sudah beberapa kali menemui kegagalan kerana kegagalan itu sebenarnya mematangkan anda. Tetapi anda perlulah mengambil iktibar dari kegagalan itu. Mengapa gagal?Setiap kali anda gagal tanya diri sendiri apakah yang silap.Adakah adunan terlebih gaul,putih telur terlebih pukul atau suhu oven terlalu perlahan?Bila anda membuat semula, cuba baiki kesilapan-kesilapan tersebut.Itulah yang saya lakukan selama berpuluh tahun yang lepas. Disamping menimba ilmu dengan mengikuti pelbagai kursus,
pengalaman dari kegagalan turut menjadi guru saya yang penting. Jangan mudah berputus asa jika kali pertama, kedua atau ketiga anda gagal. Pasti ada puncanya. Yakinlah dengan diri sendiri.ANDA BOLEH!



Panduan Membuat Cotton Cheese Cake:


1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan di atas meja (rujuk resepi dlm posting yang lalu).

2. Pastikan keju yang anda beli adalah betul iaitu Cream Cheese Philadelphia (jenis ketul 250 gm). Bukannya Cream Cheese Spreadable (dlm botol) , Cheddar Cheese atau lain-lain cheese.

Keluarkan keju dari peti sejuk 30 minit - 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipotong.

3. Gunakan tepung kek atau superfine , bukan tepung gandum agar tekstur kek lembut.

4. Pastikan telur yang digunakan adalah telur baru. Semasa memisahkan kuning telur dan putih telur, pastikan tidak ada kuning telur masuk ke dalam putih telur. Bekas memukul putih telur juga hendaklah bersih dan tidak berminyak agar putih telur naik dengan elok.Pakai alat whisk untuk memukul putih telur.

5. Susu gunakan susu segar atau uht.

6. Untuk menghasilkan merinque (putih telur),satukan putih telur, gula dan serbuk krim tartar.Pukul kelajuan sederhana dengan alat whisk hingga gebu dan kental. Apabila dicolek dengan jari ia masih berekor. Jangan pukul terlalu lama kerana merinque akan kering.

7. Proses membakar adalah menggunakan cara water-bath iaitu meletakkan sedulang air di bawah tin kek. Suhu adalah 160-170 darjah celcius dan dibakar selama 1 1/2 hingga masak.

8. Selepas kek masak,tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama 30 minit sebelum dikeluarkan. Keluarkan dari dulang air dan sejukkan.



Cara Membuatnya:

1. Krim keju dan mentega di potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam sebuah periuk bersama gula dan susu segar. Panaskan secara double-boiler (dimasak atau kuali berisi air yang dipanaskan tetapi air jangan sampai mendidih).Gaul dengan pemukul telur atau senduk hingga lembut dan menjadi pes yang pekat.

2. Masukkan jus lemon dan kuning telur.Kacau hingga sebati.Angkat dan biarkan ia menjadi suam-suam kuku.

3. Ayak tepung dan masukkan ke dalam pes tadi.Gaul sebentar sahaja.Jangan kacau terlalu lama kerana akan overmix.

4. Putih telur diputar bersama gula dan serbuk krim tartar untuk menghasilkan merinque. Putar dengan alat whisk hingga gebu dan kental (soft peak).

5. Pindahkan pes ke dalam mangkuk lebih besar agar mudah digaul.

6. Masukkan merinque 3 bahagian.Masukkan 1 bahagian dan gaul perlahan-lahan dengan senduk atau whisk hingga sebati. Memasukkan merinque hendaklah perlahan dengan cara kaup dan balik supaya gelembung udara dalam putih telur tidak pecah dan menyebabkan kek bantat.

Habiskan menggaul dan adunan batter ini hendaklah tetap gebu.Jika adunan ini cair, mendap dan seakan tiada udara,anda terlebih gaul atau merinque anda tidak cukup kembang.

7. Griskan tin bulat 9 inci atau 10 inci dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan.

8. Oven hendaklah dipanaskan 15 minit lebih awal ke suhu 160 darjah celcius.

9. Ambil loyang 11 inci dan masukkan air paip 1/3 bahagian. Letakkan tin berisi kek dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Jangan buka pintu oven sehingga 1 1/2 jam.

10. Selepas 11/2 jam tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan.



Nota : Ini dah bagi detail punya panduan. Kalau tak jadi juga mungkin ada masalah dengan peralatan seperti oven atau anda kena attend kelas untuk melihat sendiri bagaimana cara membuatnya.

8 comments:

Nina Suria said...

salam puan noraini, kita bekongsi mentor yg sama; kegagalan ~ahak~

saya memang degil orangnya, selagi tidak dapat menghasilkan yang terbaik, selagi itu saya akan terus mencubanya. Kegagalan banyak mengajar saya, biasanya saya akan merujuk pada buku2 orang barat(bukan sebab saya terlalu mengaggungkan mrk) yang sudah di iktiraf. Walau buku masakan itu tidak mempunyai foto atau ilustrasi yang menguja namun dengan adanya teks dan gaya bahasanya yang mudah untuk difahami saya akan membelinya. Saya banyak mendapat ilmu dari sana..

terimaksih berkongsi rahsia disini :)

saya memang suka membaca

HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA said...

Salam Nina,
Memang betul,untuk berjaya kita tak perlu takut untuk gagal.Sama juga dalam bidang masakan ni.Nak menghasilkan produk yang betul-betul perfect kita perlu mencuba banyak kali.Saya pun banyak merujuk kepada buku-buku dari barat kerana buku-buku masakan dalam bahasa Melayu sangat kurang ilmiahnya.Kebanyakannya setakad gambar dan resipi, tiada panduan apa-apa. Sebab itulah saya berazam untuk menghasilkan buku-buku masakan yang berkualiti.Bukan setakad gambar dan resipi tetapi ada ilmunya juga. Insyaallah untuk buku-buku yang akan datang.

Laire said...

Assalamualaikum...Pn Noraini, terima kasih atas perkongsian ini. Sangat telus dan terperinci. Senang untuk difahami oleh orang baharu dalam membuat kek seperti saya...

Laire said...

Assalamualaikum...Pn Noraini, terima kasih atas perkongsian ini. Sangat telus dan terperinci. Senang untuk difahami oleh orang baharu dalam membuat kek seperti saya...

Nur ReeN Hj Aman said...

Kesilapan saya mngkin no 6. Bsungguh saya gaul mcm kek biasa. Rupanya tak nak gelembung udara dlm meringue keluar. Dah 3kali buat tp kek berkedut. Smua tips saya ikot. ni saya baru siap tutup oven dan bukak pintu oven. Tgk la hasilnya nnt

Fatin syahirah said...

Salam puan.. saya nk tanya masa kita satukan adunan A dengn adunan maringue tu kn.. adunan nya nak betul2 sebati sampai tiada ketuln putih ataupun memng akan ade ketuln2 putih tu semasa kita nk bakar.. tq

Unknown said...

Assalamualaikum puan.. Saya nk tya kenapa cheese di bhagian atas red velvet cair.. Sy msukn dlm peti ais smlaman br kluarkn dr acuan elok kejadianya tp bla kwn sya bw blk dr klg naik van cair trus.. Adakah kerna panas atau cara buat salah.. Tq puan

Salwani Jaafar said...

saya buat pun tak jadi. Bahagian atas ok. Bahagian bawah mcm bengkang. kat mana silapnya.

Popular Posts