Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kek Cawan Coklat Kukus



Bahan-bahan :
(A)
150 gm minyak masak/jagung
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

(B)
50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
(C)
3 biji telur, dipukul dengan garfu hingga sebati

Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan-bahan A dalam sebuah periuk. Kacau atas api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai mendidih.Angkat dari api dan biarkan suam.
2. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau rata.
3. Ayakkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.
4. Rehatkan adunan 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit hingga masak.

6 comments :

nUr said...

bunyi sedap...nampak lagi la sedap..bila mkn mmg sedap....!! nape xpercaya ker..?? x percaya buat la sendiri..

ruzie said...

teruja nak cuba resipi nie...

pencinta nescafe said...

hye..nk tny..
1)kalau resipi ni kite gune kan utk bakar boleh?
2)gune cup tu kan..kek tak melekat ke?

Coklat oh coklat said...

NAK TANYA,CUP NYA..NAK GUNA YANG CAMNE? KLU KERTAS, KENA KUKUS..BASAH KAN? ADA KE CUP YANG SESUAI DAN TAK PAYAH NAK KUAR DARI BEKAS.

Syikin said...

camner nk ingt resepi..akak ada tips ke?asyik bukak buku je tiap kali nak masak..cepat lupa..

Syikin said...

emulco coklat tu apa?mana boleh beli?