>>Oven Galy dan oven Europa yang telah banyak berjasa.
Bercerita tentang oven, ramai yang bertanya jenis oven apakah yang paling sesuai membuat kek biasa ataupun kek lapis.Susah juga saya nak rekomen sebab banyak sangat jenama yang terdapat di pasaran.Jika kita berkunjung ke kedai-kedai elektrik atau pasaraya-pasaraya besar,berderet oven berbagai jenama di rak. Tak tahu mana satu nak pilih.Betul tak! Jadi untuk memudahkan anda membeli oven, saya turunkan beberapa panduan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Selepas itu, anda bolehlah membuat pertimbangan sendiri.
Oven yang saya gunakan untuk membuat kek samada span,mentega, sifon, keju dan lain-lain adalah Oven jenama Europa Jetcook System-Valencia 328E yang saya beli lebih 7 tahun yang lalu. Oven ini adalah jenis kegunaan domestik (kegunaan rumahtangga) tetapi boleh juga digunakan untuk buat bisnes kecil-kecilan dari rumah. Saya sangat puas hati dengan oven ini kerana semua kek saya masak dengan rata dan tidak pernah hangus. Begitu juga dengan biskut-biskut hari raya yang saya buat . Oven ini ada kipas tetapi saya tak pernah gunakannya kerana pada percubaan pertama dulu, saya dapati kek cepat garing di sekelilingnya tetapi bahagian tengah tak masak. Jadi saya gunakan mode biasa saja iaitu api atas dan bawah. Oven ini bersaiz besar iaitu 50cm x 64cm dan berharga dalam lingkungan RM1000 . Jadi jika anda mahu membeli oven jenis ini pastikan ada tempat untuk meletakkannya. Untuk membuat pelbagai jenis kek yang cantik dan gebu,bergantung juga kepada kualiti ovennya. Pada pendapat saya oven jenis besar seperti Europa dan lain-lain jenama seperti Zanussi, Elba sesuai digunakan. Selalunya oven jenis ini mempunyai fungsi/mode api atas dan bawah yang sesuai untuk membakar pelbagai jenis kek termasuk kek lapis. Kerana saiznya besar,anda boleh membakar 2 atau 3 biji kek sekaligus dan menjimatkan masa anda .
Untuk membakar kek lapis, saya gunakan oven bersaiz kecil berjenama Galy yang saya beli 10 tahun yang lalu.Oven ini bersaiz 40 cm x 28 cm dan boleh diletakkan atas almari atau kabinet.Saya tidak pasti samada jenama ini masih ada di pasaran atau tidak. Tetapi banyak jenama lain yang hampir serupa dengannya seperti Pensonic, Butterfly dan lain-lain.Antara ciri-ciri yang perlu ada ialah heater (besi pemanas) hendaklah dari jenis stainless steel dan mempunyai fungsi api atas dan bawah.Tidak perlu ada kipas. Selalunya oven jenis ini berharga dalam lingkungan RM200 - RM300. Untuk tujuan komersil,anda boleh membeli oven kek lapis dari Sarawak. Saya pernah menghubungi sebuah syarikat menjual oven ini di Sarawak dan kata mereka harga jual adalah RM650 tetapi kos penghantaran agak tinggi.Kos keseluruhan mungkin RM1000. Jadi jika ada yang nak berniaga, lebih elok gunakan oven komersil menggunakan gas ini.
Adakah oven gelombang mikro(microwave) sesuai untuk membakar? Saya pernah membeli sebuah oven jenis ini tetapi malangnya ia tidak sesuai untuk membakar kek. Kecuali jika jenis kombinasi, ia mungkin sesuai.Semak buku panduan oven ini atau tanya jurujual sebelum membelinya.
29 comments:
Thanks... saya tercari2 panduan membeli oven sbb xnak menyesal lepas beli....
tq...kebanyakkan org ckp jenama Europa bagus...dulu pakai oven bulat je..
tima kasih..sy mmg tgh cari panduan ni..tp sy rasa..sy memilih jenama zanussi...apa pndpt pn noraini?
Saya dok pk nak beli Oven jenama ELBA RM180- 30 liter. Ok tak???
salam kak..sy ni baru bjinak2 buat business lasagna..pd pdpt akak oven europa/berjaya/zanussi yg ok untuk bake lasagna?
kak, nak tanya sikit, oven ni kan ada dua jenis yang pakai letrik dan yang pakai api, yang mana sesuai?
ooo..mcm tue ke kak...
sy baru beli Oven jenama ELBA 35Liter, ader kipas...
tue fungsi tuk aper yer kak...
Saya jumpa oven europa guna letrik rm1150...saya xbeli sbb xtau brand ni.saya tercari2 brand zanussi/butterfly.terima kasih share info.
Kak saya nk tanya..saya guna oven cornell. berapa suhu/minit nk bakar biskut raya...guna api atas bawah ke?
Kak saya nk tanya..saya guna oven cornell. berapa suhu/minit nk bakar biskut raya...guna api atas bawah ke?
Faber tak digalakkan.
Salam saya nak jual oven 2nd jename zanussi brminat pm.sy di.whatsup 0173141528
Salam saya nak jual oven 2nd jename zanussi brminat pm.sy di.whatsup 0173141528
Salam saya nak jual oven 2nd jename zanussi brminat pm.sy di.whatsup 0173141528
Mcmana cara nak bakar cookies dan puff dlm oven ni agar masak sekata?
Salam. Pn bole tak klau kita bakar 4 tray kek span serentak?
2tray sy letak di bahagian atas dan 2 lg di bahagian bwh?
Boleh Tya...saya guna oven elba 56l api bwh xde.bila bkar roti biskut ...bwh mcm kurang masak.sapa ada tip kongsi
Boleh Tya...saya guna oven elba 56l api bwh xde.bila bkar roti biskut ...bwh mcm kurang masak.sapa ada tip kongsi
Klau oven ada kipas,on kn kipas tu supaya haba panas sekata
Sya nak tnye.sya baru bei oven letrik jenis cornell.besi nye x menyala warnamerah ah tapi sya br bingkang ubi msk atas aring tapi bwhkuih x garing tapi masak.memangjenis oven skrg camtu ke
Terimakasih untuk infonya sangat bermanfaat bagi saya pribadi. saya ingin menambahkan informasi tentang microave oven commercial, dapat dibaca di blog https://horecakitchenindonesia.blogspot.co.id/ dan jika membutuhkan sebuah oven untuk bisnis anda, anda dapat melihat http://www.gastro.co.id/ sebagai salah satu distributor kitchen equipment terbaik di Indonesia
Tq
Tq
Terima kasih puan atas info...saya mmg tercari2 info ttg oven...sbb ada 3 pilihan...europa..trio..the bakers..so nampaknya saya kena beli europa...
Saya nak bakar biskut 2 tray skali berapa suhu dan masa yang diperlukn oven saya trio.120 L
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
Post a Comment