Mengenai Whipping Cream
>>Whipping Cream for Topping dari pelbagai jenama
>>Sejenis dairy whipping cream dari jenama Pauls
Baru-baru ini seorang pengunjung blog saya dari Australia bertanyakan tentang whipping cream atau dalam bahasa Melayunya krim segar/krim putar/krim pukul. Beliau mengatakan whipping cream yang telah diputar tidak berapa kembang tetapi berair dan tidak cantik disapukan pada kek.
Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat 2 jenis krim putar iaitu Dairy Whipping Cream dan Non-Dairy Whipping Cream For Topping . Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama. Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Manakala Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan.Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan. Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada kek.Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagai...
-
>> Kek yang mempunyai komposisi bahan yang seimbang dan suhu oven yang stabil tidak akan merekah. Adakalanya kek yang kita buat menja...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...
9 comments:
kak noraini..terima kasih pasal info ni..lepas ni saya nak try guna non dairy pulak..sebelum ni tak pernah tgk non dairy ke tak..main belasah je..hasilnye krim xkembang tp berketul2 dan berair..huhu..nak tanya la..kalo pkai speed mesin..btol ke 1 hingga 3 je ?
akak,terima kasih info berguna nie yek,terima kasih banyak2
kak nak tanye la..kalau org buat filing coklat biasenye pakai non dairy ke dairy whipping cream eh?tq kalau buleh share sedikit info
masalahnya krim ni semua tak de tanda halal JAKIM.puas carik yg ada tanda halal. ada cadangan?
masalahnya krim ni semua tak de tanda halal JAKIM.puas carik yg ada tanda halal. ada cadangan?
nak tanya resipi membuat whipping cream, kalaubuat sendiri lagi bagus dan yakin.
Kak Noraini,
non-dairy Whipping cream brand apa yang bagus dan senang nak hasilkan volume?
Salam kak .. sy menggunakan anchor UHT whipping cream sbg topping utk pavlova mini .. tapi, sblm menggunakannya, sy telah menyimpannya di bhgn peti beku Dan digunakan utk keesokkan harinya.selpas kluar dr peti beku, keadaan cream itu akan keras..berapa lamakah yang sy perlu tunggu utk menggunakannya sbg topping pavlova?? Sy telah guna cream itu dlm keadaan berketul-ketul, Dan perlu memukul dgn masa yg agak lama malah tidak kembang Dan naik..apakah masalah yg sy hadapi itu??
Assalamualaikum kak.. saya nk tanya ape maksud non dairy whipping cream yer.. hehehe..
Post a Comment