Karipap Mudah

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Karipap ni akak buat semalam. Ianya mudah dan sesuai untuk dibuat jualan atau untuk makan sendiri. Lagi satu ia boleh difrozenkan. Susun karipap dalam bekas plastik atau tupperware tetapi setiap lapisan alas dengan plastik supaya tidak melekat. Masuk dalam peti dinginbeku dan tahan sebulan. Bila hendak digoreng, keluarkan satu jam sebelumnya agar ia lembut dan bolehlah digoreng. Apabila menggoreng karipap, api jangan kuat kerana kulit karipap akan jadi menggerutu atau menggelembung. Panaskan minyak secukupnya dan gorenglah dengan api perlahan. Untuk menjadikan bentuknya sama besar,bolehlah gunakan acuan karipap yang banyak dijual di pasaraya. Untuk satu adunan dibawah, boleh mendapat 45 biji karipap bersaiz sederhana.

Bahan-bahan doh:
600 gm tepung gandum
130 gm majerin
150 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan inti :
7 biji kentang bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
100 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar serbuk kari
air secukupnya
garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat doh :
1. Air dan garam dilarutkan.
2. Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga rata.
3. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.
4. Uli sebentar hingga doh agak licin. Cubitkan doh sebesar bola ping-pong dan rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.
5. Canaikan doh dan masukkan inti. Kelim tepinya dan susun atas dulang. Buat begitu sehingga adunan habis.
6. Setelah siap, bolehlah digoreng. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Cara membuat inti :
1. Tumiskan bawang hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan daging dan biarkan ia empuk. Tambah sedikit air.
2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air dan biarkan ia masak perlahan-lahan.
3. Apabila air telah kering, masukkan garam dan perasa. Angkat apabila kentang telah empuk. Sejukkan sebelum digunakan.

5 Responses to "Karipap Mudah"

Cik Siti Wan Kembang Says :
February 29, 2008 at 12:53 PM

tq k.ani for the idea..dapat juga pertama kali buat karipap dalam hidup..hehe..nanti k.ani boleh lah jenguk rupa karipap siti yg dah terpilih jadi model tu..yg lainnya..hancus juga..kena order acuan kelim kut dari Msia..

Putrisuri Says :
January 25, 2010 at 12:59 AM

NAK TANYA... KEKADANG KALAU KITE MENGGORENG MINYAK NYA MERESAP BANYAK DALAM KARIPAP ..CAMNA NAK KURANG KAN MINYAK DALAM KARIPAP YG DAH DI GORENG

neena Says :
April 1, 2010 at 11:08 PM

Dah 2 kali buat karipap mudah ni..kelim dgn tangan..alhamdulillah semua keluarga suka. Memang mudah, tak berminyak spt yg pernah saya buat sebelum ni..tq 4 the recipe..

M|sSpSp Says :
December 12, 2011 at 1:12 AM

insyaallah akan mencuba resepi mudah neh...hrp menjadi..:D

azliza jaja Says :
July 11, 2012 at 8:49 PM

Nmpk menarik. Bleh ty mcm ne nk jdkan kulit karipap lmbut?

Post a Comment

Resipi Noraini Copyright © 2009 Designed by Ipietoon for Bie. Vector by DaPino. Edited by Aqmalbaik 2010 for Resipi Noraini