Puding Karamel Feqah
>> Gambar dan resipi dipetik dari http://srsfeqah.fotopages.com/
Semasa akak menjenguk ke fp Feqah di http://srsfeqah.fotopages.com/ akak tengok gambar puding karamelnya sungguh menyelerakan. Jadi akak siarkan resipi dan gambarnya disini,bolehkan Feqah !Puding karamel adalah pencuci mulut yang enak dimakan sejuk. Jadi sejukkan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dinikmati. Puding ini juga boleh dikukus ataupun di bakar secara water-bath(bain-marie).
Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.
Puding Karamel Feqah
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad
Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.
Puding Karamel Kak Ani
Dah lama akak cari resipi ni entah terselit kat mana. Baru-baru ni jumpa pulak. Akak pernah buat resipi ini dan jadi perfect. Cuma kaedah yang digunakan adalah secara water-bath dan dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.
Bahan-bahan :
(A)
230 gm gula pasir
50 ml air
(B)
800 ml susu kotak (segar atau UHT)
150 gm gula
8 biji telur A
2 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Masak gula pasir (A) hingga cair dan keperangan dengan api perlahan.Tuangkan air dan kacau hingga semuanya cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang 8 inci. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan B dalam sebuah bekas dan pukul dengan pemukul telur hingga sebati.Boleh juga guna mixer atau pengisar.
3. Tapiskan adunan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
4. Sediakan sebuah loyang 10 inci dan isikan air 1/3 bahagian. Masukkan loyang berisi adunan telur tadi ke dalamnya.
5. Bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
6. Setelah masak, sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam peti ais beberapa jam.
7. Untuk menghidang, terbalikkan loyang atas pinggan yang sesuai. Karamel hendaklah di bahagian atas. Puding ini enak dimakan sebagai pencuci mulut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagai...
-
>> Kek yang mempunyai komposisi bahan yang seimbang dan suhu oven yang stabil tidak akan merekah. Adakalanya kek yang kita buat menja...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...
1 comment:
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi info tentang puding karamel dalam artikel ini.
Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan telah diberikan.
Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-puding-karamel-mini-paling-gebu-dan-mudah-dimakan.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
Post a Comment