Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Tat Keju

Hari ini teringin pula nak makan tat keju.Hari tu, ada beli di King's Confectionary tetapi harganya mahal.RM2.40 untuk sekeping tat keju yang kecil. Kebetulan ada pula krim keju dalam peti sejuk. Sayapun mulalah mengadun dan alhamdulillah sukses. Jika ada yang ingin mencuba tat keju ini silakan. Untuk satu adunan anda akan mendapat 16 keping tat keju.

Bahan-bahan :

125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 biji kuning telur
250 gm tepung gandum serbaguna
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1-2 sudu besar air

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula.
4. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Inti Krim Keju :

250 gm krim keju Philadelpia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan bluebery pie filling

Cara Membuatnya :

1. Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
2. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi.Letakkan sedikit bluebery pie filling ke tengah tat dan lorekkan dengan lidi.
3. Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti masak.





5 comments :

ummizihni said...

salam Pn Noraini....dah cuba sedap....tapi bakar sampai 20 minit agak kering sgt n ada cara tak supaya nampak keju putih bersih?

Nizamulusrah said...

jgn masak lame sgt.agak2 da masak angkat..20 min tu anggaran je sebab setiap oven dir nye grill len2

Seri Mohamad Khata said...

saya nak tanya blueberry cheese tart tu tahan berapa lama?

dieyla said...

agk2 tart ney mmpu berthan smpi ble eh? stndrd bley buat die bpe mggu lom raya?

uncle jang said...

dulu sy buat plg lama tahan 2 hari..klu dlm oeti ais kesedapan tu tahan dlm 4 hari jew