Buku "Variasi Kek Lapis"

Alhamdulillah,tercapai juga cita-cita saya untuk mempunyai buku masakan sendiri. Buku masakan yang pertama ini adalah merupakan titik tolak atau batu loncatan kearah menghasilkan lebih banyak buku masakan yang berkualiti di masa akan datang. Setelah 4 bulan buku ini berada di pasaran, sambutan sangat menggalakkan dimana saya menerima banyak panggilan telefon,sms dan email dari para pembaca seluruh Malaysia dan Singapura. Ramai yang telah mencuba resipi-resipi dalam buku ini dan berjaya menghasilkan kek-kek yang enak seperti dalam buku.

Buku ini sangat istimewa kerana mengandungi 40 resipi kek lapis jenis bakar dan kukus.Ia dipaparkan dalam bentuk langkah demi langkah yang memudahkan anda mengikutinya. Disamping itu disertakan panduan dan tip-tip berguna. Sehingga kini, buku tersebut masih menduduki Carta Top 10 untuk buku-buku terbitan Alaf 21 Sdn.Bhd. Jika anda berminat untuk mendapatkan buku tersebut, sila dapatkan di kedai-kedai buku atau hubungi Alaf 21 Sdn.Bhd. di talian 55118820/21 atau layari http://www.alaf21.com.my/



>>> Muka depan buku Variasi Kek Lapis, Kek Lapis Sembilu Kasih,
Kek Lapis Dam dan Kek Lapis Pucuk Rebung.

1 comment:

Neena said...

Saya dah cuba 2 rspi dr buku ni Kek Lapis Mentega Kacang & Kek Lapis Strawberi. Kedua-duanya sgt sedap. Raya tahun lepas saya banyak terima tempahan utk kek ni. It's worth buying your book..it's an inspiration for me..

Popular Posts