ANIZ BAKING CENTRE AKAN BERPINDAH KE KLANG

Saya ingin memberitahu kepada semua pengunjung dan bekas peserta Aniz Baking Centre bahawa kami akan berpindah ke Bandar Bukit Tinggi, Klang mulai Januari 2011. Kursus akan bermula pada bulan Februari 2011 setelah kerja-kerja pengubahsuaian premis baru ini selesai. Premis baru ini beralamat di No 45-1,Jalan Batu Nilam 5,Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.Ia terletak di tingkat 1 sebuah bangunan kedai 3 tingkat bersebelahan Pasaraya Besar Giant Klang.Insyaallah,premis baru ini akan menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa dari di Taman Samudra.Dari KL ke Klang mengambil masa lebih kurang 45 minit saja dan lebih cepat jika melalui Lebuhraya NPE dari Bangsar. Untuk ke Klang anda boleh mengikuti Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), NPE, KESAS, LDP atau NKVE.Jika melalui Federal Highway, tolnya murah iaitu RM2.20 saja.Untuk ke Bandar Bukit Tinggi Klang , anda tidak akan mengalami kesesakan jalanraya kerana Jambatan Kota yang baru telahpun siap sepenuhnya.

Tentu ramai yang bertanya kenapa saya berpindah ke Klang. Sebenarnya saya memang tinggal di Klang dan terpaksa berulang-alik ke KL jika ada kelas. Sudah 3 tahun  Aniz Baking Centre berkhidmat kepada warga KL dan sekitarnya dan saya berfikir sudah tibalah masanya kami menyumbang bakti  kepada warga di sebelah sini pula. Bagaimanapun saya mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja yang berminat walaupun dari mana anda datang.Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada warga KL dan para peserta semua yang memberikan sokongan yang sangat menggalakkan sepanjang kami beroperasi di Taman Samudra.Semoga kita akan berjumpa lagi di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada tahun hadapan.

Disinilah Aniz Baking Centre akan beroperasi mulai 2011, ditingkat bawah ialah kedai elektrik.

3 comments:

Siti Idayu Rafida said...

Alhamdulillah K.Ani.. boleh saya ikut kelas akak..sebelum ni teringin sangat tapi rasa jauh nak ke KL tu..saya kat Andalas je...inform ke idayurafida@yahoo.com kalau jadual kelas dah ready nanti ye..

eya said...

salam...kat melaka xde ke kursus mcm ni??? :(

Mrs. Rainbow said...

jgn lpa inform jdual klas pd bln februari ni..
sgt berminat utk turut serta dlm bgkel2 yg disediakan..

Popular Posts