Ciri-ciri bread-like muffin
Mufin jenis ini mengandungi kurang gula dan kurang lemak.Ini menyebabkan tekstur dalaman mufin lebih kering dan kasar. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak atau mentega cair.Kaedah membuatnya adalah bahan-bahan cecair dimasukkan ke dalam bahan-bahan kering.Kemudian digaul rata perlahan-lahan.Jangan overmix kerana gluten dalam tepung akan terbina secara berlebihan dan menyebabkan mufin keras.
Ciri-ciri cake-like muffin
Mufin jenis ini mengandungi mentega dan gula yang lebih banyak.Mentega dan gula diputar hingga berkerim iaitu menggunakan kaedah creaming method, sama seperti membuat kek mentega. Kemudian barulah bahan-bahan lain dimasukkan satu persatu. Tekstur dalaman mufin jenis ini lebih lembut dan gebu seperti kek.
Tetapi anda jangan risau jika mufin anda tidak menjadi. Sekarang ada cara mudah membuat mufin yang enak. Baru-baru ini saya ada menbeli sepeket muffin mix dari kedai menjual bahan kek.Saya hanya ikut resipi yang diberikan pada peket muffin mix itu. Saya campurkan dengan telur, air dan minyak.Kemudian putar dengan hand-mixer selama 3 minit.Nah, ia siap untuk dibakar.Hasilnya, alhamdulillah.Ia naik dengan cantik dan sedap pula rasanya. Saya taburkan dengan cip coklat diatasnya sebelum dibakar. Bertambah bercoklat mufin ni jadinya. Satu peket 500 gm boleh dapat dalam 15 biji mufin bersaiz besar.Jika guna saiz kecil tentu dapat lebih banyak lagi.Anda tidak perlu campurkan serbuk penaik atau soda kerana ia telah dimasukkan dalam muffin mix ini.
Mufin menggunakan tepung Muffin Mix.
1 comment:
assalammualaikum puan noraini,
terima kasih di atas info muffin yang amat2 berguna kepada saya. cuma saya nak tanya, bagaimanakah aturan mengadun jika menggunakan muffin mix? maksud saya adakah saya perlu mengembangkan telur dahulu atau main masuk sahaja kesemua bahan2 itu.
Post a Comment