KUIH REDAN DAN KUIH ROS

Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Hari ini dah 10 hari kita berpuasa. Mungkin ada yang dah mula buat kuih raya agaknya. Oklah, saya akan posting dua resipi kuih tradisional yang sering dihidangkan pada hari raya iaitu Kuih Redan dan Kuih Ros. Selamat Mencuba!

KUIH REDAN

Bahan-bahan :

1 biji kelapa, ambil 3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula pasir
1 peket tepung pulut
1 biji telur A
1 cawan bijan
minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

1. Santan dan gula disatukan dalam periuk dan masak hingga mendidih.Angkat dan sejukkan.
2. Telur dipukul dengan garfu dan tuang dalam tepung pulut. Gaul rata.
3. Tuang santan ke dalam tepung sikit-sikit hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah. Tinggalkan sedikit santan untuk melembabkan doh nanti.
4. Ambil secubit tepung dan gentel jadi bulat dan golekkan dengan bijan didalam sebuah dulang. Buat cara yang sama hingga doh habis.
5. Panaskan minyak dan goreng kuih ini hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Tip : Doh lama kelamaan akan kering jika terdedah pada udara. Tutup doh dengan plastik. Jika kering, tambahkan santan dan uli hingga lembut.

KUIH ROS (KUIH GOYANG)

Bahan-bahan :

100 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
200 gm gula pasir
400 gm santan
3 biji telur A
secubit garam

Cara Membuatnya :

1. Satukan semua bahan dalam sebuah mangkuk adunan. Kacau dengan pemukul telur (whisk) hingga gula larut.
2. Tapiskan adunan ini dalam sebuah bekas lain. Rehatkan 20 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Rendam acuan kuih ros supaya ia cukup panas.
4. Setelah minyak panas, celupkan acuan dalam adunan tepung tadi.Jangan sampai tenggelam semuanya.
5. Masukkan dalam minyak dan biarkan ia tanggal sendiri. Goreng hingga garing.

Tip : Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Acuan hendaklah cukup panas supaya kuih tak melekat.
Kuih redan yang rangup.

3 comments:

::thexieza:: said...

owh kuih redan ye namenye..
kami adik-beradik biasa panggil kuih guli..
hehe..
sebab bentuknye bulat2 mcm guli..

Hany Gallery said...

A'kum. Saya pernah cuba 1 x, adun semua bhn2, then goreng. Ia kembang dan meletup2, minyak percik kat kulit. Pas tu dah serik nak buat.

Unknown said...

Belum pernah buat dua2 kuih ni, tak berani lagi...kuih ros tu mmg kesukaan.

Popular Posts