Assalamualaikum kepada semua pengunjung Resipinoraini.Nampaknya tidak berapa hari lagi,kita akan melangkah ke bulan Ramadan yang mulia.Bila mulai berpuasa, kaum ibu mulalah sebuk memikirkan apakah juadah istimewa yang akan dihidangkan bila berbuka puasa nanti. Tentulah yang sedap-sedap aje yang difikirkan.Ramai orang yang berpendapat belanja di bulan puasa ni makin meningkat jika dibanding pada hari biasa. Saya memang setuju kerana saya membandingkan budget belanja dapur sebelum puasa dan semasa puasa.Memang naik. Mana taknya.Kat rumah dah masak lauk.Pergi pula pasar Ramadan, nampak semua sedap-sedap belaka. Beli lagi ayam percik, kuih-muih,cendol dan segala macam.Anak pulak nak murtabak, atau roti John .Bila balik rumah, penuh satu meja.Dah tak habis makan, akhirnya buang.
Saya berharap anda semua janganlah jadi macam tu.Membazir adalah amalan syaitan.Pada saya bila membeli tu biarlah berpada-pada, jangan terlampau ikut nafsu. Bila kat rumah dah dimasak lauk-pauk dalam 2-3 jenis tak perlulah beli lauk lagi. Kalau nak belipun, belilah pencuci mulut seperti kuih-muih serba sedikit atau buah-buahan.Sepatutnya bulan Ramadan ini bulan bersedekah dan berjimat-cermat tapi dah jadi bulan pesta makan.Walau apapun terpulang kepada anda untuk mengawal budget anda.Yang penting bila hari raya nanti ada peruntukan untuk sedekah duit raya untuk ibubapa dan saudara-mara. Akhir kata, Selamat Berpuasa!
No comments:
Post a Comment