SELAMAT PULANG KE TANAHAIR


Bermacam jenis kuih, kek,kuih kering ada dijual di kedai Kartikasari.

Para pekerja sibuk melayan pelanggan.

Kuih-muih basah turut dijual disini.

Kek-kek moden pelbagai jenis.

Kek lapis surabaya,lapis legit menjadi jualan terhangat disini.
 Alhamdulillah, saya sekeluarga selamat pulang ke tanahair pada 14 November yang lepas. Syukur kerana Jakarta dan Bandung tidak terkena jerebu Gunung Merapi yang meletup tu. Ini kerana Gunung Merapi terletak di Jawa Tengah manakala Jakarta dan Bandung terletak di Jawa Barat. Di Jakarta, kami hanya berada satu malam saja jadi tak banyak tempat yang sempat kami lawati.Lagipun Jakarta ini jem teruk, kata orang Indon macet.Kebetulan pulak,presiden Amerika Barack Obama ada melawat Indonesia sehari sebelum tu.Esoknya kami bertolak ke Bandung yang terletak 3 jam perjalanan dari Jakarta.Bandar Bandung ni terletak atas kawasan bukit macam Genting Highland tu, jadi cuaca agak sejuk sikit. Bandar ni pun sesak juga dengan jalan-jalan yang sempit dan kenderaan yang banyak terutama motosikal.

Banyak juga tempat shopping kat sini seperti Factory Outlet, kedai barang kulit, Komplek Pasar Baru dan lain-lain. Tapi makan aje yang kurang enak kerana tak sesuai dengan tekak kita yang dah terbiasa dengan masakan Melayu.Tapi kat Bandung ni kena hati-hati sikit dengan kedai makan kerana ada yang tak halal kerana kat sini bukan semua Islam, ramai yang Kristian. Kedai bakeri kat sini banyak sekali, yang sempat kami kunjungi ialah Perusahaan Bakeri Kartika Sari yang terletak di Kebon Kawung, Bandung. Bermacam jenis kek dan kuih-muih dijual kat sini. Saya pun belilah Lapis Legit,Lapis Surabaya, Brownies Kukus dan beberapa jenis yang lain untuk hidangan Hari Raya Haji nanti. Rasanya lebih kurang macam kek kita aje.Kelainan disini, ia turut menjual pelbagai jenis kuih-muih basah.

Kesimpulannya, memang seronok pergi makan angin ni, sambil-sambil tu dapat meninjau bisnes bakeri disana.Disini juga ada tempat-tempat yang turut menganjurkan kursus-kursus masakan. Insyaallah, saya bercadang untuk buat Lawatan Sambil Belajar ke Bandung lagi khusus mengenai bidang bakeri, mungkin penghujung tahun depan (2011).Program ini akan diwar-warkan di blog bila tiba masanya nanti.

No comments:

Popular Posts