Bulan Syawal sudah hampir sampai ke penghujungnya.Raya pun dah habis, jadi kitapun buatlah aktiviti seperti biasa. Banyak sekali pertanyaan-pertanyaan yang keluar kat Chat Box dan sayapun tak sempat nak menjawapnya satu persatu. Jadi saya akan jawap pertanyaan anda itu di ruangan ini saja mengikut tajuknya .
Mengenai Kursus
Alhamdulillah, sambutan untuk kursus-kursus nampaknya begitu menggalakkan sekali hingga ada kursus yang hampir penuh.Jadi sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan dari sekarang. Ada yang bertanya tak ada ke buat kursus di tempat lain? Ingin ditegaskan disini bahawa saya tidak mengadakan kursus di tempat lain kerana masalah nak cari tempat kursus, logistik dll.Nak cari tempat yang ada kemudahan oven dan mixer besar bukannya senang, tambah lagi nak mengangkut macam-macam barang. Jadi saya meminta maaf kepada orang Johor, Perak, Kedah , Pulau Pinang, Kelantan dll kerana tidak dapat buat kelas di negeri anda. Jika anda betul-betul berminat hendak belajar, datanglah ke Taman Samudra. Bak kata pepatah Melayu, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jangan marah aaaaa.
Lagi satu bagi anda yang nak booking kelas tu, janganlah tinggalkan mesej saja kat Chat Box. Seriuslah sikit. Hantar sms ke 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com . Jangan lupa sertakan nama anda, no.handphone dan tarikh kursus yang diminta.Bagi yang dah booking tapi nak kensel, beritahu sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal supaya saya boleh masukkan orang lain. Jangan suka-suka saja nak kensel-kensel , nanti nama kena blacklist baru tahu!
Ambil Tempahan Raya
Syukur alhamdulillah, ramai bekas-bekas pelajar saya dah jadi usahawan biskut raya. Seorang bekas pelajar namanya Jamilah dapat banyak tempahan hingga tak menang tangan dibuatnya. Bagus sesangatlah tu, mula-mula buat kat rumah, bila ada modal bolehlah buka kedai pulak. Apapun, tambahkanlah ilmu anda tu, dah pandai buat biskut, belajar pulak buat kek, roti dan lain-lain.Barulah pelbagai produk kita tu.
Nak Order Buku
Anda boleh dapatkan buku saya di Aniz Baking Centre dan juga di kedai-kedai buku seluruh negara. Bagaimanapun jika anda tak jumpa buku itu di mana-mana kedai, anda boleh order terus dari penerbit Alaf 21 Sdn.Bhd. tel 03-55118820/21. Buku Citarasa Biskut Popular boleh anda order dengan saya ok.
1 comment:
Alhamdulillah. Ada nampak pengusaha Bumiputera yg berjaya membantu rakan Bumiputera lain berjaya. Sehubungan itu, saya juga berminat utk mempelawa rakan-rakan komunikasi di laman Kak Noraini utk ke kedai saya utk melihat pilihan bahan mentah yg ada.
Post a Comment