Permintaan Untuk Resipi

Alhamdulillah kerana blog ini sudah dikunjungi oleh ramai orang.Saya berharap anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat dari blog ini. Dalam ramai-ramai tu, ada sebahagian kecil yang meminta resipi itu dan ini. Bukan saya tidak mahu melayani permintaan anda tetapi anda pula perlulah memahami situasi saya. Masa saya di depan komputer hanya 2 jam sehari. Itulah masanya untuk posting baru, menjawab persoalan anda dan menjawab emel,mencari bahan dan lain-lain. Selebihnya untuk urusan rumahtangga,penulisan buku,kursus,tempahan dan urusan peribadi.Untuk mencari resipi-resipi yang anda minta saya terpaksa membongkar fail-fail untuk mencari resipi tersebut.Ini juga memakan masa saya. Jadi saya berharap sekiranya saya tidak menunaikan permintaan anda,janganlah pula ada yang berkecil hati dan marahkan saya. Jika ada kelapangan saya akan cari,jika tidak maafkanlah saya. Anda boleh cuba dapatkan resipi-resipi yang anda hajati dari blog-blog lain yang ada di link saya seperti http://www.resipi.net/ dan lain-lainnya. Untuk pengetahuan anda, merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul ialah resipi bukan resepi.

1. PUDING KASTAD JAGUNG (permintaan Munaliza)

Bahan-bahan:
1 tin krim jagung
3/4 cawan tepung kastad
3 cawan santan pekat
sedikit garam
3/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Masukkan semuanya dalam periuk dan kacau hingga sebati.
2. Masak atas api sederhana hingga mendidih .Ia jadi pekat dan berkilat.
3. Tuang dalam acuan 9 inci dan sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

2. Mee Kari Special (permintaan Zainab)
Bahan-bahan:
2 peket mee kuning, dicelur
3 cawan santan pekat
2 biji kentang, dipotong dadu kecil
100 gm daging, dicincang
500 gm kerang, direbus dan kopek
10 ekor udang basah
2 keping fishcake
10 biji fishball
bahan hiasan:
1 cawan taugeh, dicelur
3 biji telur, direbus
2 ikat sawi, dicelur
5 biji limau kasturi
3 keping tauhu, digoreng

Bahan tumis :
2 ulas bawang putih,dihiris
1 ulas bawang merah,dihiris
3/4 cawan rempah kari
sedikit bunga lawang dan kayumanis

Cara Membuatnya :
1.Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing.
3. Masukkan santan dan air secukupnya.Masukkan bahan-bahan seperti kentang,udang, kerang, daging,fishball dan fishkek. Masak hingga semuanya empuk. Tambah garam dan perasa.
4. Hidangkan bersama mee dan bahan-bahan hiasan.

3. Kek Span Kopi (Lupa siapa yang minta)

Bahan-bahan:
160 gm gula halus
15 gm ovalette
5 biji telur
125 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
40 ml air suam
1 sudu teh Nescafe (larutkan bersama air suam)
1 sudu teh emulco kopi
75 ml minyak masak

Cara Membuatnya:
1. Satukan gula, ovalette,telur, tepung dan serbuk penaik. Pukul kelajuan perlahan untuk sebatikan.Tukar kelajuan maksima dan pukul selama 5 minit hingga pekat dan masukkan air nescafe.
2. Pukul lagi 5 minit kelajuan maksima hingga kembang dan gebu.
3. Tuangkan minyak dan gaulkan dengan senduk hingga sebati.
4. Griskan acuan 9 inci dan lapik kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit hingga masak.

(sila rujuk label tip dan panduan untuk panduan membuat kek span)

1 comment:

Syamsulina Mohamad said...

akum kak, saya sgt teruja dgn keprihatinan akak ingin membantu org lain juga utk pandai memasak macam akak satu hari nanti. saya nak buat satu permintaaan resepi, yg dah lama saya mencubanya, tapi most of it menghampakan. mungkin resepi yg saya perolehi dan teknik yg saya gunakan tidak betul.
resepi yg saya maksudkan ialah bahulu komersil yg sering terdapat di pasaraya besar. sy sgt sukakan yg bahulu choc rice, mmg boleh terus membeli dr peniaga, tapi saya sgt sukakan cabaran memasak. lagipun ini kuih tradisional yg saya rasa, saya ingin mewarisinya utk anak cucu saya insyallah.
harap sangat dapat membantu saya, terima kasih.

Popular Posts