Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Apam/Kek Kukus Marmar


>>Sodap nampaknya kek ni,simple pulak buatnya.

Bahan-bahan: ( Tin berukuran 10 inci )
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara Membuatnya:
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat .Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

1 comments :

syiraz said...

Salam. Saya da cuba kek ni. Menjadi dan memang sedap. Dah buat beberapa kali. Cuma nak tanya kenapa ye, bila masak tu, ataknya merekah?