Semalam saja akak cuba resipi Mufin Epal Kayumanis.Ada dua biji epal merah yang tak dimakan jadi akak cubalah mufin ini yang menggunakan muffin-method. Rasanya ok tapi teksturnya agak kasar dan kenyal sikit seperti roti. Ini adalah ciri-ciri yang biasa bagi mufin yang gunakan muffin-method kerana ia lebih bread-like tidak seperti mufin yang menggunakan cake-like method. Resipi ini boleh mendapat 12 biji mufin bersaiz sederhana.
Bahan-bahan :
200 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
80 gm minyak masak
1 biji telur A
100 ml susu segar/uht
2 biji epal merah,buang kulit dan potong dadu
12 keping cawan kertas
Cara Membuatnya :
1. Panaskan ketuhar kepada 200 darjah celcius selama 15 minit.
2. Satukan minyak, susu, gula, garam dan telur.Kacau dengan pemukul telur hingga gula larut.
3. Tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk kayu manis di ayak ke dalam sebuah mangkuk adunan. Masukkan epal cincang dan gaul rata.
4. Tuangkan adunan (2) ke dalam tepung dan kacau hingga basah.Jangan overmix.
5. Susun cawan kertas dalam tin mufin berlubang 12.
6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sehingga hampir penuh.
7. Bakar selama 25 hingga masak.
Tips:
Mufin dibakar dalam suhu tinggi supaya boleh membentuk puncak tinggi (high doom).Adunan jangan dikacau lama (overmix) supaya gluten dalam tepung tidak terbentuk yang menyebabkan kek keras.Ia masih kelihatan berketul.
2 comments:
Salam Kak Ani,sy biase buat gune epel hijau.Rase dia lain sikit dgn epel merah.Kayu manis saya tak campur ngan tepung tapi tabur di atas sebelum dibakar bersama sedikit gula merah.
Then saya letak kepingan badam di atasnyer.Bau kayumanis ngan gule merah memang sedap.Mgkin sya nak cube versi akak pulak lepas nih.
Hai ady,selamat mencuba!
Post a Comment