Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kek Lapis Pandan (Pandan Layer Cake)


>> Kek Lapis Pandan yang dihiasi krim segar

>> Rupa kek yang telah dipotong

Bersua kembali.Hari ini Kak Ani masukkan resipi Kek Lapis Pandan dari Chef Daniel. Terdapat berbagai versi Kek Lapis Pandan.Kalau resipi Kak Ani, boleh rujuk buku Variasi Kek Lapis, siap dengan step by step sekali. Resipi Chef Daniel ni sedap tapi kurang manis dan kurang rasa pandan.Kalau nak tambah boleh adjust sendiri bahan-bahannya. Untuk kek asas iaitu Kek Span Pandan, boleh rujuk posting yang lalu di bawah label kek. Cuma tambah pes pandan sebagai perisanya.

Bahan-bahan :
1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci
Bahan Kastad:
1000 gm air
125 gm gula
5 helai daun pandan,disimpulkan
110 gm susu cair Carnation/Ideal
2 gm mentega (sedikit saja)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)
85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)

Cara Membuatnya :
1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.
3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.
5. Masuk lapisan kek pertama.Ia perlu kecil sedikit dari tin.Jika besar potong tepinya.
6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga.Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.
8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.
9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

Tips:
1. Mentega bertujuan untuk kilatkan kastad.
2. Pandan boleh diblend dengan sedikit air.
3. Boleh guna santan segar (250 gm santan, air jadi 800 gm)
4. Tin springform boleh dibuka di tepi.Loose tin boleh dibuka dari bawah.Perlu guna tin jenis ini supaya kek mudah dikeluarkan.
5. Kek perlu disejukkan pada suhu bilik sebelum masuk petiais.

2 comments :

wan said...

saya ada buat kek lapis pandan kasatd ,pertama saya letakan kek dan saya letakaan kastad tapi slepas itu kek yg dibawah tadi tu akn timbul ke atas.kenapa ye jadi mcm tu.

mawar chocolate said...

saya ada buat jgk resepi nie.. tp kenata bila kita tuang kastad kek basah.. kena tunggu kastad sejuk dulu ke baru letak lapisan lain..