Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.
18 comments:
sedap jugak nampak kek tu!!!!!
mintak izin copy n paste artikel tips dalm nie yer :)
banyak jenis gula rupanya
yang sy tau gula kiub tu
BOLE X GUNA GULA KASTOR UTK BUAT KRIM KEK (UTK HIASAN KEK)??
BOLE X GUNA GULA KASTOR UTK BUAT KRIM KEK (UTK HIASAN KEK)??
alhamdulillah terjawab persoalan saya tentang gula..baru je nak start buat kek/kuih raya after kahwin ni. Confuse gak gula aising dan gula kastor..hehe Terima Kasih sis :)
kalau guna 100 gm gula halus sma manis tak dgn 100 gm gula kaster???
TQ..penjelasan sangat membantu terutama tentang golden syrup dengan liquid glucose.
Minta copy yee ❤☺
Assalamualaikum.
Hendak bertanya, selalu untuk kuih Donut dan kuih Tiram@Kapalterbang, orang guna gula "icing" ke?
*Saya selalu beli kedua-dua kuih tu, tapi kandungan gulanya selalu kurang. Nak makan pun tak best. Nak beli gula spare dan simpan di dalam rumah.
Terima kasih.
assalamualaikum
saya nak tanya kalau kita nak buat lollipop candy tu boleh x guna glucose syrup...kebanyakkan saya tengok resepi kat google ada pakai light corn syrup..boleh saya gantikan light corn syrup dengan glucose syrup???
terima kasih...
mohon share... makaseh...
tq..good sharing
boleh share tak jenis liquid glucose syrup/corn syrup yg halal.? thank you Puan. (sy follow up komen ini)
gula halus pn boleh guna utk buat air kan?
Terima kasih atas perkongsiannya, saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
Gula mana yang sesuai untuk buat cotton candy ye..selain gula pasir atau bahan2 apa yang sesuai
Post a Comment