Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Bisnes Biskut Raya


>>Biskut Havana


>>Biskut Mama Carey

Untungkah bisnes biskut raya? Itulah pertanyaan yang dilontarkan oleh seorang peserta kursus biskut raya tempohari. Jawapan saya, apa-apa bisnespun jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh demi mencari rezeki yang halal, pasti mendapat barakah dari Allah SWT.Dengan kata lain, jangan kita membuat bisnes itu semata-mata untuk mendapat untung sahaja tetapi niatkan bahawa kita membuat bisnes itu bagi menunaikan fardu kifayah bagi meningkatkan ekonomi bangsa dan agama kita.Pastinya niat yang baik itu mendapat balasan yang baik juga. Allah SWT tentu akan membukakan pintu rezeki yang melimpah ruah kepada kita kerana 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan.

Berbalik kepada bisnes biskut raya, saya pernah menjalankan bisnes itu sejak saya berhenti kerja sebagai wartawan. Saya mengikuti beberapa kursus membuat biskut dan memulakannya dari rumah.Saya buat sampel biskut-biskut yang popular seperti Almond London, Tat Gulung dan beberapa jenis lagi.Masukkan dalam plastik kecil dan tampalkan pada kad manila.Saya edarkan kepada kawan-kawan siap dengan biskut contoh untuk dirasa. Adik-beradik dan saudara-mara terdekat dioffer untuk menjadi pengedar di pejabat atau tempat kerja mereka. Pada tahun pertama , order tidaklah banyak setakad 2,000 hingga 3,000 biji saja tetapi akan meningkat dari tahun ke setahun sehingga pada tahun lepas mencecah 30,000 biji biskut sehingga tak larat nak buat. Saya cuma dibantu oleh suami dan anak-anak saja. Dari modal RM3,000 boleh dapat pendapatan RM8,000.Kira-kira RM5,000 untung bersih untuk kerja satu bulan lebih.Lepas lah belanja raya. Nak kira penat tu apa-apa kerja pun penat.Cuma bergantung kepada niat kita,jika niat kita ikhlas nak bantu masyarakat untuk dapatkan produk home-made yang sedap lagi halal,tak terasa penatnya...seronok lagi ada bila tengok biskut kita laku. Untuk mendapatkan maklumat lebih detail bagaimana nak jalankan bisnes ni,daftarlah untuk kursus biskut raya pada bulan Jun, Julai dan Ogos nanti.

1 comments :

Crystal Hati said...

Salam kt mana yer nk dptkan bks cmni?