Jadual Baru Tahun 2012
Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Aniz Baking Centre telahpun mengeluarkan jadual baru untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2012. Jadual boleh diikuti di blog ini atau layari www.anizbakingcentre.com . Jika berminat membuat tempahan kursus, sms ke 014-3247478 atau emel ke admin@anizbakingcentre.com . Jika anda menghantar sms, sila beritahu untuk tempahan kursus, berikan nama penuh anda dan tarikh kursus yang ingin dihadiri.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK -562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors, selewat-lewatnya seminggu sebelum kursus berlangsung.
Kursus Homemade Chocolate dan Kek Cawan Ada Kosong.
Dua lagi kursus akan berlangsung minggu ini iaitu Kursus Homemade Chocolate dan juga Kursus Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat boleh sms nama dan tarikh kursus ke no.014-3247478.Bayaran yuran dibuat secara bank-in atau online transfer ke akaun MAYBANK no: 562900001799 atas nama Prokarya Publishing and Distributors.
Pelbagai jenis produk homemade chocolate yang dipelajari. |
Pelbagai hiasan kek cawan dari krim mentega. |
Kursus Frozen Food dan Roti - 17 &18/12/2011
Dua kursus telah berlangsung pada minggu lepas iaitu kursus Frozen Food dan Kursus Roti.Kursus telah berlangsung dengan jayanya dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang hadir.Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan apabila pulang ke tempat masing-masing.
Peserta kursus Frozen bergambar kenangan. |
Kuih-muih frozen yang telah dihasilkan leh peserta. |
Ini pula peserta kursus roti yang turut dihadiri 3 jejaka. |
Kelas Terakhir Tahun 2011
Masih ada lagi 4 kelas yang akan berlangsung pada bulan Disember sebelum kami menutup tirai 2011.Pada 17/12- Frozen Food Part 1 iaitu mempelajari pelagai jenis kuih-muih yang boleh dibekukan.18/12 - Aneka Roti.Anda akan mempelajari cara membuat pelbagai jenis roti ban manis,donat, roti pizza dan roti kentang.Pada 24/12 - Homemade Chocolate.Cara-cara membuat coklat buatan tangan dari dapur anda sendiri,tidak perlu peralatan mahal.Manakala pada 25/12- Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Semua kelas masih ada kekosongan dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Puan Noraini di talian 014-3247478 atau sms nama penuh dan tarikh kursus ke nombor yang sama juga.
Kursus Talam dan Kek Popular -10 &11/12/2011
Peserta kursus talam bergambar kenangan. |
Peserta kursus kek popular. |
Peserta kursus talam sedang memotong kuih-muih. |
Bayaran Kursus
Assalamualaikum kepada para pelawat semua. Kepada bakal peserta yang telah membuat bayaran, anda hendaklah menghantar sms ke no: 014-3247478 memberitahu yang anda telah membuat bayaran.Sertakan nama penuh anda dan tarikh kursus yang telah dibayar.Slip bayaran atau salinan transaksi hendaklah dibawa semasa datang kursus. Jika anda tidak menghubungi kami,pihak kami tidak dapat mengetahui siapa yang telah membuat bayaran tersebut .Ini menyebabkan nama anda tercicir dari senarai peserta. Harap mendapat kerjasama dari bakal peserta semua.
Kursus Fondant dan Kek Cawan
Peserta kursus Hiasan Kek Fondant bergambar kenangan. |
Hasil kerjatangan peserta kek fondant. |
Peserta Kek Cawan dan Mufin |
Sebahagian dari kek cawan yang dihasilkan. |
Kursus Frozen Food Part 2
Kursus Frozen Food Part 2 telah diadakan pada minggu yang lalu.Seramai 10 peserta telah menghadiri kursus ini.Pelbagai resipi kuih-muih telah diajarkan kepada para peserta.Kuih-muih ini boleh didinginbekukan untuk bisnes mahupun untuk hidangan keluarga.Tahniah kepada para peserta yang hadir.
Peserta kursus Frozen Food 2 |
Pelbagai jenis kuih-muih yang boleh dibekukan. |
Apam tepung beras yang mekar |
Kursus November dan Disember 2011
Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Terimakasih kerana mengunjungi blog Resipinoraini.Kepada anda yang berminat mengikuti kursus di Aniz Baking Centre,ada banyak kursus-kursus yang akan berlangsung pada bulan November dan Disember ini. Anda boleh ikuti jadual di blog ini atau layari www.anizbakingcentre.com untuk jadual yang lebih terperinci. Untuk makluman anda, semua kursus di adakan di Aniz Baking Centre yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang ( kawasan kedai berhadapan GIANT Bukit Tinggi, Klang)
Kursus Hiasan Kek dan Homemade Chocolate
Dua kursus telah berlangsung baru-baru ini iaitu kursus Hiasan Kek dengan Krim Mentega dan Kursus Homemade Chocolate.Tahniah kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus pada hari tersebut.Harap anda terus maju jaya.
Peserta sedang tekun menghias kek masing-masing. |
Sebahagian hasil karya para peserta. |
Peserta hiasan kek. |
Peserta "Homemade Chocolate". |
Produk coklat yang dihasilkan peserta kita. |
Kursus Masakan Lagi
Kursus Sudah Bermula
Alhamdulillah, Aniz Baking Centre sudah kembali mengadakan kursus setelah bercuti Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri. Pada minggu yang lalu, dua kursus telah diadakan iaitu kursus Kek Keju dan Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega. Ada peserta yang datang dari jauh seperti Kedah, Johor Baru, Pahang dan Kelantan. Syabas diucapkan pada anda yang sanggup datang dari jauh untuk menimba ilmu. Kepada anda yang ingin mengikuti kursus-kursus kami, anda boleh layari www.anizbakingcentre.com untuk jadual lengkap sehingga bulan Disember ini.
Peserta kelas kek keju bergambar kenangan. |
Peserta kelas kek cawan dengan hasil kerja mereka. |
Jadual Baru Oktober 2011
Jadual baru untuk bulan Oktober 2011 bagi kursus di Aniz Baking Centre telah pun dikeluarkan. Pendaftaran untuk kursus kami juga sudah dibuka dan anda sudah boleh menjelaskan bayaran yuran awal untuk mengelakkan kelas penuh, tempat terhad kepada 20 peserta sahaja. Kelas hanya dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad dengan yuran antara RM150 atau RM170 dari 10 pagi hingga 5 petang. Hubungi kami untuk pendaftaran melalui www.anizbakingcentre.com atau hubungi 014-3247478 / 03-31675408 atau emel admin@anizbakingcentre.com
JADUAL OKTOBER 2011
Untuk melihat Jadual Kursus lengkap, sila Tekan Sini . Untuk peta lokasi Tekan Sini . Dan untuk mengetahui cara Pendaftaran dan Bayaran, sila Tekan sini
JADUAL OKTOBER 2011
1/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | ANEKA KEK KEJU Mempelajari cara membuat 6 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti Kek Keju Tiramisu, Cotton Cheese Cake, Kek Keju Blueberi, Kek Keju New York, Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias kek keju tersebut agar cantik dipandang. |
2/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | KEK CAWAN DAN HIASAN KRIM MENTEGA Resipi : Kek Cawan Oren, Kek Cawan Coklat, Kek Cawan Kismis Walnut, Kek Cawan Pandan dan 3 resipi bonus. Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak menggunakan piping jelly dan krim mentega. |
8/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | TALAM DAN KUIH-MUIH Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan, Talam Lapis, Kuih Gula Hangus (Sarang Lebah), Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu dan 4 resipi bonus kuih talam yang dijamin menjadi. |
9/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | KEK POPULAR Resipi : Kek Span Vanila, Kek Span Coklat, Kek Pelangi, Kek Mentega Oren, Kek Buah, Kek Black Forest (cara menghias kek), Kek Blueberi (cara menghias), Pandan Layer Cake dan Kek Coklat. |
15/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | FROZEN FOOD PART 1 Resipi : Karipap Biasa, Karipap Pusing, Donat, Kuih Kasturi. Samosa, Popia dan Puteri Ayu. Mempelajari cara pembungkusan dan teknik penyimpanan |
16/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | KEK COKLAT DAN HIASAN Resipi : Kek Coklat Moist, American Brownies, Span Coklat, Chiffon Coklat, Kek Coklat Kukus. Cara membancuh chocolate ganache dan menuang atas kek. |
22/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | ANEKA ROTI Mempelajari cara membuat Roti Ban Manis kaedah sponge dough seperti Sausage Roll, Plait Bread, Red Bean Bun, Mix Vege Bun, Donat Kentang dan Pizza. Turut mempelajari cara membuat Sandwich Bread dan Potato Bread. |
23/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | BAHULU DAN SWISSROLL Mempelajari cara membuat bahulu tradisional dan bahulu moden pelbagai perisa seperti pandan, cappucino,bahulu lapis dan bahulu gulung. Membuat Swissroll Marble,Benji Roll,Trio Manis Swissroll. |
29/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | HIASAN KEK DENGAN KRIM MENTEGA Membuat Kek Span, membancuh Krim Mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang, bunga, daun dll. Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang telah dihias. |
30/10 10 pagi – 5 petang (RM 150) | HOMEMADE CHOCOLATE Mengenali jenis-jenis coklat. Mencairkan dan memasukkan coklat dalam acuan. Membuat pelbagai jenis dan bentuk coklat praline dan intinya. Membuat coklat truffle,coklat oreo,lolipop dan pembungkusan coklat untuk jualan atau hadiah. |
Untuk melihat Jadual Kursus lengkap, sila Tekan Sini . Untuk peta lokasi Tekan Sini . Dan untuk mengetahui cara Pendaftaran dan Bayaran, sila Tekan sini
Selamat Hari Raya AidilFitri
KAMI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" KEPADA SEMUA PELAWAT DI RESIPINORAINI DAN BEKAS-BEKAS PESERTA DI ANIZ BAKING CENTRE. KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA ADA TERSILAP KATA ATAU TERKASAR BAHASA SEMASA MENGENDALIKAN KELAS.
Ikhlas dari:
Hajah Noraini Bt.Hj.Zakaria
NorAqmal,NorZaheeda,NorNajwa Fazleen dan Norijan Bin Suramin
p/s : Kursus di Aniz Baking Centre akan bermula pada bulan Oktober.Jadual akan dimasukkan pada pertengahan bulan September nanti.
Ikhlas dari:
Hajah Noraini Bt.Hj.Zakaria
NorAqmal,NorZaheeda,NorNajwa Fazleen dan Norijan Bin Suramin
p/s : Kursus di Aniz Baking Centre akan bermula pada bulan Oktober.Jadual akan dimasukkan pada pertengahan bulan September nanti.
Mengagumi Kebesaran Ilahi
Assalamualaikum.Baru-baru telah berlaku peristiwa mengagumkan dimana kedudukan bulan betul-betul berada diatas Kaabah.Setelah menatap gambar-gambar tersebut,saya menjadi kagum dengan kehebatan Allah SWT menciptakan kejadian tersebut untuk ditafsirkan oleh sekelian manusia yang berakal.Berlakunya di Bulan Ramadan yang mulia, marilah kita mengucapkan syukur kehadrat Ilahi diatas limpah kurniaNya kepada kita selama ini. Tingkatkan amal ibadah dihari-hari terakhir bulan Ramadan ini.Wassalam.
JAKIM SAHKAN MENTEGA GOLDEN CHURN TIDAK HALAL
Kuala Lumpur (15 Ogos) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan mentega jenama "Golden Churn - Pure Creamery Butter"yang dipasarkan di Malaysia tidak halal.Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimport berbeza.
Artikel dipetik dari www.bernama.com
Wahai adik-adik dan kakak-kakak, sekarang dah sah Golden Churn ni tak halal.Jadi kalau nak buat kek tu pakailah jenama yang lain.Selamat Berpuasa.
Artikel dipetik dari www.bernama.com
Wahai adik-adik dan kakak-kakak, sekarang dah sah Golden Churn ni tak halal.Jadi kalau nak buat kek tu pakailah jenama yang lain.Selamat Berpuasa.
Macam-macam hal
Assalamualaikum kepada para pelawat semua.Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya.Dah 5 hari kita berpuasa dan tak lama lagi sebuklah nak buat biskut raya dan kek.Tup,tup timbul pulak cerita mentega Golden Churn ada DNA babi.Nasib baiklah Kak Ani tak guna mentega ni untuk buat kek mentega dan kek lapis.Sebabnya mentega ni mahal sangat.Kak Ani dah biasa pakai Anchor jadi tak gunakan jenis lain.Tapi tak tahulah pulak esok lusa keluar pulak cerita Anchor pun tak halal.Mintak-mintak janganlah.
Kesian jugak pada pengusaha-pengusaha kek lapis kat Sarawak yang terpaksa buang kek mereka.Ada yang dah beli banyak mentega Golden Churn.Jadi nak buat apa mentega tu?Kalau dapat jual balik oklah tak adalah rugi sangat.Harap mereka banyak-banyak bersabar.Ini dugaan di bulan Ramadan.Kak Ani nak cadangkan kepada pihak-pihak yang menjaga halal haram ni, kenalah periksa selalu benda-benda macam ni.Kalau tak halal beritahu awal-awal.Ini nak raya macam-macam hal pulak.Apapun kepada anda yang selalu menggunakan mentega ni, bertukarlah kepada jenama yang lain.Biar kurang sedap sikit tapi bendanya halal.
Kesian jugak pada pengusaha-pengusaha kek lapis kat Sarawak yang terpaksa buang kek mereka.Ada yang dah beli banyak mentega Golden Churn.Jadi nak buat apa mentega tu?Kalau dapat jual balik oklah tak adalah rugi sangat.Harap mereka banyak-banyak bersabar.Ini dugaan di bulan Ramadan.Kak Ani nak cadangkan kepada pihak-pihak yang menjaga halal haram ni, kenalah periksa selalu benda-benda macam ni.Kalau tak halal beritahu awal-awal.Ini nak raya macam-macam hal pulak.Apapun kepada anda yang selalu menggunakan mentega ni, bertukarlah kepada jenama yang lain.Biar kurang sedap sikit tapi bendanya halal.
Mentega Golden Churn ada DNA Babi, Digunakan Secara Meluas untuk Kek Lapis Sarawak
Saya petik:
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal
[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman yang berat.
Dipetik dari www.duniacacamarba.blogspot.com
Pengusaha AKAN Buang Kek Lapis Tercemar dengan Unsur BABI. Anda Percaya?
Saya petik:
Kek lapis guna mentega Golden Churn dimusnahPengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru
[BH] KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.
Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.
Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.
Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.
“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.
“Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.
Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.
Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.
Persatuan akui ramai batal tempahan
KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.
Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.
“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.
Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.
Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.
“Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.
“Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu,” katanya.
Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung.
Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak.
Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.
“Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya,” katanya.
P/s: Saya tidak mahu mengulas panjang. Cuma saya sangsi dengan kesungguhan sesetengah pengusaha (bukan Islam) membuang kek yang telah tercemar dengan unsur babi. Jumlah kek yang akan dimusnahkan mungkin banyak jumlahnya. Malah berita di atas memerihal bahawa pengusaha telah menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri. Bukan sahaja kek yang akan dibuang, malah mentega yang dibeli secara borong itu juga perlu dibuang. Sanggupkah mereka menanggung kerugian?
Seperkara lagi, mentega itu paling popular dan paling banyak digunakan dalam kalangan pengusaha kerana dapat menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan. Dengan kelebihan yang sedemikian, adakah pengusaha dengan mudah akan membuang atau menggantikannya dengan jenama lain?
Ringkasnya, bagi penggemar kek lapis Sarawak, mungkin melupakan keinginan untuk membeli dan makan kek ini buat sementara waktu adalah jalan yang terbaik. Biarpun begitu, terpulang kepada anda. Tepuk dada tanya selera.
Dipetik dari www.duniacacamarba.blogspot.com
Selamat Menyambut Ramadan AlMubarak
Alhamdulillah kita telahpun berada di pertengahan bulan Syaaban dan tidak berapa lama lagi akan menyambut Ramadan pula. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat dimana saja anda berada terutama kepada bekas-bekas peserta di Aniz Baking Centre. Tentang kursus, hanya tinggal satu kursus pada minggu ini iaitu kursus biskut raya pada 24/7/2011.Aniz Baking Centre akan bercuti pada bulan Ogos dan September iaitu bulan puasa dan hari raya.Insyaallah kursus akan disambung semula pada bulan Oktober nanti. Jadual akan dimasukkan di blog dan website kami pada pertengahan bulan September.
Wassalam.
Wassalam.
Aktiviti Kelas Yang Lepas.
Beberapa kelas telah berlangsung sepanjang bulan Jun dan Julai ini.Antaranya seperti kelas Pastri, Frozen Food,Biskut Raya, Kek Popular dan juga Kek Cawan.Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan sempurna.Tinggal 6 kelas lagi yang akan berlangsung pada bulan Julai ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah booking tempat.
Peserta kursus kek cawan |
Peserta kursus roti. |
Peserta kursus pastri. |
Peserta kursus frozen food. |
Sebahagian peserta kursus biskut sedang menghias biskut. |
Kursus 11/6 dan 12/6.
Alhamdulillah kursus Talam dan Kek Coklat telah berlangsung dengan jayanya pada minggu yang lalu.Tahniah diucapkan kepada para peserta yang datang dari jauh dan dekat.Ada peserta yang datang dari Brunei,Kluang Johor,Sungai Petani dan lain-lain.Moga ilmu yang dipelajari pada hari tersebut dapat dimanfaatkan untuk keluarga mahupun untuk bisnes anda.
Peserta kursus Kek Coklat bergambar kenangan. |
Peserta kursus Talam dan Kuih-Muih . |
Kelas 18/6 dan 19/6 ada kosong.
Masih ada kekosongan untuk kelas Aneka Roti pada 18/6 dan kelas Aneka Pastri pada 19/6.Sesiapa yang berminat boleh bank-in atau online transfer bayaran yuran RM150 kepada Prokarya Publishing and Distributors No.akaun MAYBANK - 562900001799.Selepas membayar sms beritahu sudah buat bayaran,beri nama penuh anda dan tarikh kursus ke no 014-3247478. Untuk makluman anda juga kelas 26/6 iaitu Biskut Raya dan Biskut Berhias SUDAH PENUH.
Masih ada tempat kosong
Pada minggu ini akan berlangsung kursus Talam dan Kuih-muih (11/6) dan Kursus Kek Coklat (12/6).Masih ada kekosongan tempat untuk kedua-dua kursus ini.Sesiapa yang berminat boleh buat bayaran ke akaun yang diberikan dalam website ini.Sesiapa yang dah buat bayaran pula, sila sms beritahu dah buat bayaran, beri nama penuh dan tarikh kursus.Ini penting supaya saya dapat masukkan nama anda dalam senarai peserta. Untuk kursus 26/6- Biskut raya, senarai booking sudah lebih 30 orang tapi yang dah buat bayaran baru 11 orang.Jadi sesiapa yang membayar awal akan mendapat tempat kerana tempat terhad kepada 20 orang saja.Terimakasih.
Bercuti ke Langkawi
Assalamualaikum dan apa khabar para pelawat semua?Diharap anda semua sihat wallafiat hendaknya.
Baru-baru ini saya sekeluarga telah bercuti ke Langkawi.Maklumlah cuti sekolah,memang ramai pelawat yang mengunjungi Langkawi.Kali terakhir kami mengunjungi pulau legenda ni ialah kira-kira 8 tahun yang lepas.Sekarang memang banyak perubahannya.Bandar Kuah memang sesak dengan kenderaan.Hotel-hotel penginapan memang banyak, tak susah nak cari.Tapi lebih baik booking secara online awal-awal lagi . Kami menginap di Hotel Bella Vista,yang terletak hanya 10 minit dari jeti Langkawi.Kemudahan disini adalah memuaskan dan rate hotel pula sangat berpatutan terutama di musim cuti sekolah ni.
Yang menariknya tentang Langkawi ialah pantai-pantai yang indah,tempat sejarah seperti makam Mahsuri,Langkawi Geopark,tempat membeli-belah dan macam-macam lagi.Kalau nak shopping barang-barang bebas cukai, boleh ronda-ronda di pekan Kuah.Kalau anda peminat pinggan-mangkuk Corelle, Vantage,Arcopal dan lain-lain, jangan lepaskan peluang ini membeli pinggan-mangkuk dengan harga lebih murah dari biasa.Rugi kalau tak beli ole-ole dari Langkawi.Kedai yang terkenal kat sini ialah Kedai Haji Ismail Group.Ada 5 kedai syarikat ini termasuk sebuah di jeti Langkawi.Macam-macam ada jual di kedai ni,dari coklat-coklat import hinggalah pinggan-mangkuk beranika jenis.Pilih ajelah mana yang berkenan.Lagi satu tempat yang patut dikunjungi ialah Langkawi Geopark .Naik kereta kabel dan saksikan pemandangan indah dari atas bukit.Anda juga boleh melalui jambatan gantung yang terletak di atas bukit ini.
Baru-baru ini saya sekeluarga telah bercuti ke Langkawi.Maklumlah cuti sekolah,memang ramai pelawat yang mengunjungi Langkawi.Kali terakhir kami mengunjungi pulau legenda ni ialah kira-kira 8 tahun yang lepas.Sekarang memang banyak perubahannya.Bandar Kuah memang sesak dengan kenderaan.Hotel-hotel penginapan memang banyak, tak susah nak cari.Tapi lebih baik booking secara online awal-awal lagi . Kami menginap di Hotel Bella Vista,yang terletak hanya 10 minit dari jeti Langkawi.Kemudahan disini adalah memuaskan dan rate hotel pula sangat berpatutan terutama di musim cuti sekolah ni.
Yang menariknya tentang Langkawi ialah pantai-pantai yang indah,tempat sejarah seperti makam Mahsuri,Langkawi Geopark,tempat membeli-belah dan macam-macam lagi.Kalau nak shopping barang-barang bebas cukai, boleh ronda-ronda di pekan Kuah.Kalau anda peminat pinggan-mangkuk Corelle, Vantage,Arcopal dan lain-lain, jangan lepaskan peluang ini membeli pinggan-mangkuk dengan harga lebih murah dari biasa.Rugi kalau tak beli ole-ole dari Langkawi.Kedai yang terkenal kat sini ialah Kedai Haji Ismail Group.Ada 5 kedai syarikat ini termasuk sebuah di jeti Langkawi.Macam-macam ada jual di kedai ni,dari coklat-coklat import hinggalah pinggan-mangkuk beranika jenis.Pilih ajelah mana yang berkenan.Lagi satu tempat yang patut dikunjungi ialah Langkawi Geopark .Naik kereta kabel dan saksikan pemandangan indah dari atas bukit.Anda juga boleh melalui jambatan gantung yang terletak di atas bukit ini.
Ida di hadapan Bella Vista Langkawi |
Pemandangan menghadap ke laut |
Kemudahan kolam renang |
Dihadapan Langkawi Geopark |
Dipuncak Gunung Raya |
Kelas bulan Mei 2011
Assalamualaikum dan bersua lagi kepada anda semua.Rasanya sudah dua minggu tak masukkan gambar-gambar kursus yang berlangsung pada bulan Mei ini. Ada beberapa kursus yang telah diadakan seperti kursus bahulu & swissroll,kursus kek keju, kursus hiasan kek dan kursus homemade chocolate. Semua kelas telah berlangsung dengan jayanya.Kepada para peserta, semoga anda semua sukses selalu.
Kek dari kelas bahulu dan swissroll. |
Peserta kelas bahulu bergambar kenangan. |
Peserta kelas hiasan kek. |
Antara kek yang dihasilkan peserta. |
Peserta kelas kek keju dan kek mereka. |
Peserta kelas kek keju. |
Peserta sedang membuat coklat. |
Peserta kelas coklat bergambar kenangan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagai...
-
>> Kek yang mempunyai komposisi bahan yang seimbang dan suhu oven yang stabil tidak akan merekah. Adakalanya kek yang kita buat menja...
-
Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahs...