Selamat Menyambut Ramadan AlMubarak

Alhamdulillah kita telahpun berada di pertengahan bulan Syaaban dan tidak berapa lama lagi akan menyambut Ramadan pula. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat dimana saja anda berada terutama kepada bekas-bekas peserta di Aniz Baking Centre. Tentang kursus, hanya tinggal satu kursus pada minggu ini iaitu kursus biskut raya pada 24/7/2011.Aniz Baking Centre akan bercuti pada bulan Ogos dan September iaitu bulan puasa dan hari raya.Insyaallah kursus akan disambung semula pada bulan Oktober nanti. Jadual akan dimasukkan di blog dan website kami pada pertengahan bulan September.

Wassalam.

No comments:

Popular Posts