Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Mentega Golden Churn ada DNA Babi, Digunakan Secara Meluas untuk Kek Lapis Sarawak

Saya petik:
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi. 

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.  

P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak sejak empat dekad lalu. 

Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman yang berat.




Dipetik dari www.duniacacamarba.blogspot.com

1 comments :

Baju Kurung said...

nak share info di fb saya...saya penggemar kek lapis...
elok di sebarkan hal2 begini........