Hajah Noraini telah berkecimpung dalam bidang masakan ini sejak 12 tahun yang lalu.Kini telah membuka pusat masakan beliau sendiri yang diberi nama ANIZ BAKING CENTRE di Subang Bestari,Seksyen U5,Shah Alam Selangor. Pusat ini membekal bahan-bahan membuat kek dan menganjurkan pelbagai jenis kursus masakan kepada kaum wanita atau lelaki yang berminat .Disamping itu beliau menjadi penulis buku masakan dan telah menghasilkan 5 buah buku masakan. Turut menyumbang artikel dan resipi untuk majalah SAJI, KELUARGA, NUR dan lain-lain.Berhasrat menyebarkan ilmu masakan kepada orang ramai melalui kursus dan penerbitan buku-buku masakan yang berkualiti supaya dapat mengembangkan dan memajukan industri masakan di kalangan Bumiputera.
Christian Louboutin 80% off sale Discounts Clean up the warehouse, discount promotions, the latest 2011 super cheap high heeled shoes http://www.highheels-outlets.com
Menganjurkan pelbagai kursus masakan seperti pembuatan kek, roti, pastri, kuih-muih, hiasan kek dan masakan komersil. Kursus diajar sendiri oleh Pn. Noraini Zakaria. Semua kursus diadakan di :
Aniz Baking Centre, No 29-1, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Kepada anda yang berminat, sila hubungi Pn. Noraini di talian
014-3247478
atau emel ke
admin@anizbakingcentre.com
Aniz Baking Centre telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan anda yang berminat mempelajari pelbagai kemahiran membuat kek, biskut, roti, pastri, kuih-muih tempatan dan masakan komersil. Matlamat kami adalah untuk membimbing kaum wanita khasnya dan masyarakat amnya untuk menceburkan diri dalam industri pembuatan makanan halal sebagai perniagaan sambilan ataupun sepenuh masa. Kursus-kursus kami juga sesuai buat anda yang gemar memasak untuk hidangan keluarga sahaja atau berminat mempelajari masakan baru dan sekadar mahu mencuba-cuba .
8/5/2013 (Rabu) Aneka Pastri Rapuh dan Tat (RM130) Resipi : Tat Keju Blueberi,Tat Buah-buahan,Tat Telur,Tat Crunchy Walnut,Apple Pie dan Cream Puff dengan filling kastad.
11/5/2013 (Sabtu) Talam dan Kuih-Muih Part 2 (RM130) Resipi : Talam Berlauk, Kole Kacang, Talam Labu Manis,Talam lapis, Bingka Roti,Apam Gula Hangus + 2 resipi bonus.
18/5/2013 (Sabtu) Aneka Kek Untuk Bisnes (RM130) Resipi : Kek Chocolate Moist,Soft Carrot Cake,Red Velvet Cake,Kek Buah Bakar,Kek Buah Kukus.
19/5/2013 (Ahad) Biskut Raya Untuk Bisnes Part 1(RM150) Resipi : Biskut Almond London,Biskut Tat Gulung, Mama Carrie,Biskut Cip Coklat,Biskut Aiskrim dan Shortbread Coklat.Resipi bonus dan Buku Biskut Percuma.Tip dan panduan bisnes biskut raya.
22/5/2013 (Rabu) Bahulu dan Kek Gulung (RM150) Resipi : Bahulu Cermai,Bahulu Kemboja,Bahulu Gulung,Marble Swissroll dan Benjy Swissroll.
25/5/2013 (Sabtu) Puff Pastry,Croissant dan Danish (RM130) Resipi : Cara membuat pastry berlapis spt Puff Sardin,Chicken Pie,Portuguese Egg Tart,Croissant dan Danish.
26/5/2013 (Ahad) Kek Cawan dan Hiasan Krim Mentega (RM130) Resipi : Kek Cawan Oren,Kek Cawan Coklat,Kek Cawan Kismis Walnut,Kek Cawan Span.Cara membancuh krim mentega dan menghias kek cawan dengan pelbagai corak yang menarik.
29/5/2013 (Rabu) Hiasan Kek Dengan Fresh Cream (Non Dairy Whipping Cream) (RM150) Resipi : Belajar membuat kek span coklat.Membancuh whip cream.Menghias Black Forest Cake,Choc Mousse Cake dan Bluebery Cake.
JUN 2013
Sabtu 01/06/2013 KEK LAPIS TRADISIONAL DAN MODEN - Asas (RM130) Resipi: Kek Lapis Betawi, Kek Lapis Prun, Kek Lapis Keju, Kek Lapis Ceria.
Ahad 02/06/2013 ANEKA KEK KEJU (RM 130) Mempelajari cara membuat 4 jenis kek keju popular yang menggunakan kaedah bakar dan mendingin seperti Kek Keju Tiramisu, Kek Keju Blueberi, Kek Keju Cip Coklat, Kek Keju Oreo. Turut ditunjukkan cara menghias Kek Keju.
Sabtu 08/06/2013 BISKUT RAYA UNTUK BISNES PART 2 (RM150) Resipi : Biskut Snow Almond, Biskut Makmur, Biskut Green Pea, Biskut Gajus, Cornflakes Madu, Biskut Toasted Coconut, Biskut Black & White Sesame dan Biskut Chocolate Oat.Tip serta Panduan Bisnes Biskut Raya.
Ahad 09/06/2013 KEK CAWAN DAN MUFIN (RM 130) Resipi : Red Velvet Cupcake, Carrot Cupcake, Chocolate Cupcake, Mufin Orange Popi Seed dan Mufin Bluberi. Menghias kek dengan cream cheese frosting dan chocolate buttercream.
Sabtu 15/06/2013 TALAM DAN KUIH-MUIH PART 1 (RM130) Resipi: Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan, Kuih Bakar Bijan, Puteri Ayu + 2 resipi bonus.
Ahad 16/06/2013 HIASAN KEK HARI RAYA DENGAN KRIM MENTEGA (RM 150) Membuat Kek Span, membancuh Krim Mentega dan mempelajari pelbagai corak seperti tulisan, bintang, bunga ros, daun dll. Menghias Kek Harijadi secara individu dan membawa pulang sebiji kek yang telah dihias.
Sabtu 22/06/2013 FROZEN FOOD PART 1 (RM 130) Resipi : Karipap Biasa, Karipap Pusing, Donat, Kuih Kasturi. Samosa, Popia,Apam Dot-Dot dan Apam Mekar.Mempelajari cara pembungkusan dan teknik penyimpanan.
Ahad 23/06/2013 KEK COKLAT DAN HIASAN (RM130) Resipi : Kek Span Coklat, Choc.Indulgance Cake, Choc.Moist Cake dan Brownies. Cara membuat Choc. Ganache dan menghias kek coklat.
Sabtu 29/06/2013 BISKUT RAYA UNTUK BISNES PART 1 (RM150) Resipi : Biskut Almond London, Biskut Tat Gulung, Mama Carrie, Biskut Cip Coklat, Biskut Semperit, Biskut Fancy Aiskrim dan Biskut Shortbread Coklat. Resipi bonus dan Buku Biskut percuma. Tip dan panduan membuat bisnes biskut raya. Ahad 30/06/2013 KEK POPULAR HARI RAYA (RM130) Resipi : Kek Pelangi, Pandan Layer Cake, Kek Buah, Kek Lapis Masam Manis, Chill Cheese Cake.
JULAI 2013
Sabtu 06/07/2013 SPECIAL CLASS - BISKUT RAYA MUDAH (RM50) Resipi : Bubble Rice Coklat, Biskut Oatmeal, Cornflakes Madu, Walnut Choc Chip, Semperit Klasik.
Sesiapa yang berminat mengikuti sebarang kursus di Aniz Baking Centre hendaklah membuat bayaran penuh sebelum menghadiri kursus. Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi Pn Noraini no. 014-3247478
1. Bank-in bayaran anda RM150 kemana-mana cawangan MAYBANK. Bayar atas nama PROKARYA PUBLISHING AND DISTRIBUTORS. No akaun : 562900001799 2. Hantar sms ke 014-3247478 memberitahu bayaran telah dibuat dan sertakan nama anda dan tarikh kursus yang ingin diikuti. Nama anda akan dimasukkan dalam senarai peserta. 3. Kami akan menyemak bayaran anda secara online. 4. Pada hari kursus, sila bawa slip bayaran anda untuk pengesahan. 5. Sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari kursus atas apa-apa alasan sekali pun, bayaran tidak dikembalikan dan tidak dibenarkan mengganti kelas lain. Bagaimanapun, anda boleh mencari pengganti untuk hadir bagi pihak anda. 6. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum kelas berlangsung. Kami berhak memindahkan anda ke tarikh lain sekiranya anda lewat membuat bayaran dan kelas tersebut telahpun penuh. 7. Tempat terhad kepada 20 peserta saja. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang telah menjelaskan bayaran sahaja. 8. Pihak syarikat berhak untuk membatalkan atau menunda kelas jika didapati peserta kurang dari jumlah minima 5 orang. Bagaimanapun peserta yang telah membuat bayaran akan diberitahu melalui sms seberapa segera. Anda boleh meminta pemulangan bayaran atau bertukar ke kelas yang lain. 9. Sebaik-baiknya hubungi kami dahulu sebelum membuat bayaran bagi memastikan kursus tersebut masih ada kekosongan.
Facebook Aniz Baking Centre
Search
Lokasi Aniz Baking Centre
Aniz Baking Centre beroperasi di premis baru yang beralamat No 29-1, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Christian Louboutin
80% off sale Discounts
Clean up the warehouse, discount promotions,
the latest 2011 super cheap high heeled shoes
http://www.highheels-outlets.com