Mengapa Kek Merekah


>>Kek yang mempunyai komposisi bahan yang seimbang dan suhu oven yang stabil tidak akan merekah.
Adakalanya kek yang kita buat menjadi merekah seperti gunung berapi yang meletus.Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa jadi begitu. Saya pernah membuat sebiji kek coklat moist yang mempunyai kandungan cecair yang tinggi. Apabila hampir masak , ia merekah dan rekahannya sangat luas. Nasib baiklah apabila sejuk, rekahannya kecut sedikit dan bolehlah ditutup dengan topping coklat fudge. Ada beberapa faktor mengapa kek jadi merekah iaitu:

1. Suhu oven terlalu tinggi
Suhu yang biasa membakar kek ialah 180 darjah celcius.Namun begitu setiap jenis oven mempunyai kepanasan yang berlainan. Apabila suhu terlalu panas, bahagian luar kek menjadi keras sedangkan bahagian dalamnya belum lagi kembang.Apabila bahagian dalam mengembang,ia akan menolak keluar dari permukaan kek maka terjadilah rekahan.


2. Terlebih serbuk penaik atau soda
Jika serbuk penaik atau soda bikarbonat tidak disukat dengan betul, ia tidak seimbang dengan jumlah tepung yang digunakan. Akibatnya ia akan menjadi terlalu kembang dan boleh mengakibatkan rekahan.


3. Kek terlalu kering
Ini berpunca dari kandungan tepung yang berlebihan dalam resipi atau adunan kekurangan cecair. Keadaan ini menyebabkan kek kering dan boleh menyebabkan rekahan pada kek terutama kek mentega.

4. Acuan terlalu kecil
Kadangkala acuan yang digunakan terlalu kecil untuk menampung adunan yang disediakan. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dituangkan hingga 1/2 acuan sahaja kerana adunan akan naik dan mengembang.

Kesimpulannya untuk memastikan kek tidak merekah, pastikan perkara-perkara diatas diperbetulkan dan resipi yang digunakan boleh dipercayai. Letak kek di bahagian tengah oven supaya tidak terlalu panas. Masa membakar yang biasa bagi kek mentega ialah 1 jam dan kek span atau sifon pula lebih kurang 45 minit.

6 comments:

myqiss said...

Pn, saya menggunakan oven kecil utk membakar kek ( yg hanya memuatkan loyang bersaiz 9inci sahaja.

Setiap kali membakar kek butter, saya gunakan suhu 170 darjah celsius dgn siz loyang 8 inci x 8 inci.

Kek yang terhasil naik tak sekata.. dan adakalanya hanya membukit dia tengah2 kek sahaja. Adakah ini berpunca dari saiz oven & loyang yg tidak sesuai.

Soalan kedua:
Bila buat muffin, kenapa sukar utk dapatkan tekstur merekah. Permukaan yg terhasil naik rata sahaja.

harap puan dapat membantu.
Terima Kasih.

Inspirasi jahitan hamidah burham said...

salam puan,
bagus kupasan tentang kek merekah ni. saya sblm ni buat cupcake coklat memang cantik dome tu. tapi tak tau knp bila buat kali ketiga dn seterusnya kek saya tu jadi merekah macam gunung berapi. puas saya cuba dptkan kembali bentuk dome tu tapi tak berjaya walaupun saya menggunakan bahan yang sma dan method yg sama. musykil saya. harap puan dapat membantu. terima kasih.

Unknown said...

Puan Aini terimaksh atas perkongsian ilmu ni.rasa lebih bersemngt nk buat kek.sampai pandai :-)

Unknown said...

Puan Aini terimaksh atas perkongsian ilmu ni.rasa lebih bersemngt nk buat kek.sampai pandai :-)

Unknown said...

Terimakasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat.

wanita jelita said...

Tq

Popular Posts