Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kek Cawan Coklat Pekat


Sumber : internet

Bahan-bahan :
200 gm coklat masakan
340 gm mentega
445 gm gula kastor
8 biji telur
180 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
7 gm serbuk penaik
1/4 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
1. Cincang coklat kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama mentega.Panaskan secara double-boiler hingga semuanya cair.
2. Angkat dari api dan masukkan gula. Kacau sebati dan biarkan sejuk selama 15 minit.
3. Putar campuran coklat tadi dengan mixer kelajuan sederhana selama 3 minit.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
5. Ayak tepung, serbuk koko,serbuk penaik dan garam. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
6. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak.

Nota : Resipi ini boleh mendapat 25 biji kek.

2 comments :

.:: Affiz & Wawa ::. said...

Aslmkm Kak Noraini .. sy mmg betul2 berminat utk m'hasilkan kek cawan yg kreatif dan sedap .. Ada tak kursus2 utk buat cupcakes ...?

Reen said...

Slm. Kak noraini kek cawan coklat preheat oven brape?