Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Kek Tiramisu Asas


Resipi : Jason McDonald ,www.heavenlytiramisu.com

Bahan-bahan :
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar pati badam (optional)
1 cawan sirap kopi
360 gm (1 pound) mascarpone/ricotta atau krim keju
1 1/2 cawan krim putar
24 keping kek span ladyfingers
coklat parut/koko untuk hiasan

Cara Membuatnya :
1. Pukul kuning telur hingga kembang - 5 minit.
2. Masukkan setengah cawan sirap kopi dan pati badam.
3. Pindah ke periuk double-boiler dan kacau dengan pemukul telur selama 7 minit hingga pekat.
4. Pukul keju hingga lembut dan masukkan ke dalam adunan telur.
5. Pukul krim putar dan masukkan ke dalam adunan diatas. Kacau hingga sebati.
6. Susunkan ladyfingers dalam bekas kaca atau acuan tin berukuran 11x7 inci.
7. Sapukan baki sirap kopi keatas ladyfingers itu agar ia lembap. Ratakan 1/2 adunan krim keju.
8.Ulangi proses dan bahagian atas ialah krim keju.
9. Taburkan koko dan hiaskan dengan coklat hiris.Tutup bekas itu dengan plastic wrap dan sejukkan 3 - 4 jam atau semalaman sebelum dinikmati.

Membuat sirap kopi:
1 cawan air panas
3 sudu besar kopi segera Nescafe
2 sudu besar coffee emulco/pes kopi
6 sudu besar gula
- Kacau semuanya hingga larut

1 comments :

izyanee said...

salam kak... nak tnya la... ladyfinger tu apa ek.... kat mana blh dpt? kalo x guna tu ada alternatif lain x? sy ni baru nak belajar... :)