Selamat datang ke blog ResipiNoraini !

Cream Puff





Bahan-bahannya :
250ml Susu segar
15 gm Gula kastor
100 gm Mentega
125 gm Tepung roti
5 gm Garam
150 gm Telur

Cara Membuatnya:
1. Panaskan susu sehingga mendidih.
2. Masukan mentega, garam, gula.
3. Masukan tepung dan digaul hingga sebati.
4. Masukan ke dalam “mixing bowl” dan dipukul hingga suam.
5. Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
Adunan menjadi pes yang lembut.
6. Masukkan ke dalam “piping bag” dan bentukkan mengikut citarasa anda.
7. Bakar didalam oven yang bersuhu tinggi 200 darjah C selama 20 – 25 minit.

Bahan-bahannya inti:
125 gm Instant custard
325 ml Susu UHT

Kaedah menyediakannya :
1. Satukan kedua-dua bahan, kacau pada kelajuan tinggi sehingga adunan pekat.
2. Paipkan custard kedalam krim puff.
3. Sedia dihidang.

2 comments :

siti hafizah said...

saya suka mkn cream puff ni.. dulu time sekolah ada belajar gak, tp da lupe. ni ada nya resepi ni dpt la saya cube buat semula..tq pd pn noraini.

siti hafizah said...

di harap puan dpt menyediakan pelbagai resepi lagi untuk di kongsi bersama ..