Asal-usul Tiramisu



Tentu ramai yang menggemari Kek Tiramisu. Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.

Apakah bahan yang menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan-bahan asas untuk tiramisu ialah telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso,likuer (brandi,marsala,rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan. Bagaimanapun, sebagai pengguna Islam , kita tidak boleh memasukkan likuer ke dalam kek ini kerana arak adalah haram disisi Islam. Untuk menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada, tinggalkan saja bahan tersebut. Dari pengalaman saya membuat kek tiramisu,keenakan kek ini tidak terjejas walaupun tidak menggunakan likuer. Justeru itu, saya ingin menasihati para pengguna (blogger) semua agar berhati-hati apabila membeli kek ini dari bakeri atau kafe milik bukan Islam kerana kemungkinan besar mereka memasukkan likuer ke dalam kek ini.Adalah lebih baik lagi afdal jika anda boleh menyediakan sendiri kek ini untuk hidangan keluarga anda.Di tanggung halal !

Mascarpone digunakan dalam membuat kek tiramisu jika mengikut resipi asal. Ia adalah sejenis keju "triple cream" dan bewarna putih krim. Ia lebih bermutu dari krim keju biasa dan harganya lebih mahal.Bagaimanapun, ia sukar didapati di pasaran tempatan. Jadi sebagai bahan gantian, anda boleh gunakan Krim Keju Philadelphia. Untuk memberikan rasa yang sama seperti Mascarpone, krim keju perlu dicampur dengan 3 sudu besar krim masam(sour cream) dan 2 sudu besar krim putar.Gaulkan kesemuanya hingga sebati.Lady Fingers adalah sejenis kek span yang berbentuk jejari. Anda boleh membuat sendiri kek ini atau membelinya dari pasaraya atau kedai-kedai menjual bahan kek. Saya jarang menggunakan lady fingers tetapi menggunakan kek span berperisa kopi. Lebih menjimatkan kos.




No comments:

Popular Posts